Bab 8 - Serumah

418 5 0
                                    


Setelah mengharungi perjalanan hampir empat jam, akhirnya mereka sampai juga ke tempat yang di tuju. Sebaik menghantar Shaqir ke rumah ibu saudaranya, Redza rerus memandu keretanya ke rumah orang tuanya. Masuk sahaja ke perkarangan rumah, kereta kereta terus diparkirkan. Enjin dimatikan dan dia terus keluar. Jeslina ikut sama keluar. Elok kaki berdiri di muka tangga, salam dilaung.

Senyap.

Salam dilaung lagi dan masih juga tiada sesiapa yang menyahut. Dengan kerutan di dahi, rumah yang kelihatan sunyi itu diperhati. Semuanya bertutup. Puas ditelek sekeliling tetapi sepi sahaja. Salamnya juga langsung tiada yang sambut. Pelik, kemana pula kedua-dua orang tuanya pergi? Bukankah sudah diberitahu dari seminggu yang lepas lagi yang mereka akan balik hari itu?

"Sunyi aje rumah mak abang ni. Tak ada orang ke?" Jeslina turut kerutkan dahi. Tak mungkin orang tua Redza tiada sedangkan mereka tahu dia dan Redza akan balik ke kampung bersama.

Redza jungkit bahu. Salam dilaung lagi semakin lantang dari tadi.

Masih senyap dan tiada jawapan.

"Pelik ni. Mana mak dengan abah dah pergi?" keluhnya perlahan.

"Abang tak cuba call?" Redza dipandang semula.

Redza lepaskan tawa kecil dan dahinya digaru. "Iyalah, kenapa abang tak terfikir dari tadi?" Balasnya dan telefon bimbit di dalam kereta terus diambil. Nombor telefon abahnya didail. Lama menunggu dan akhirnya panggilannya bersambut. Setelah berbual seketika, talian dimatikan.

"Macam mana?" cepat sahaja Jeslina bertanya. Apa tidaknya, risau juga dia dengan keadaan mereka sekarang.

"Mak dengan abah ke rumah Ateh dekat Raub sebab adik abang tu bersalin pagi tadi. Bersalin anak pertama tu yang kalut orang tua tu." Beritahunya. "Pergi pun tergesa-gesa sampai terlupa nak call abang beritahu." Sambungnya bersama keluhan kecil.

"Habis tu sekarang macam mana? Tak kan Jes nak duduk berdua aje dengan abang?" Jeslina kerutkan dahi. Berdebar pula rasanya apabila memikirkan tentang hal itu.

Tawa Redza terus terhambur. Wajah tunang yang sudah berubah kalut itu dipandang gelihati.

"Sayang, takkan abang nak ambil risiko duduk berdua dengan sayang dalam satu rumah? Memanglah best sebab dapat kahwin cepat kalau tiba-tiba kena tangkap tapi abang tak suka ambil kesempatan dengan cara macam tu. Abang pinang sayang dengan baik jadi urusan pernikahan dan perkahwinan juga biarlah dengan cara yang baik juga." balasnya lembut. "Abang nak perkahwinan kita menjadi satu kenangan terindah dalam hidup abang tapi bukan dengan cara macam tu. Dengan memalukan keluarga." Ucapnya sambil lembut mata menala pandangan ke arah tunang di hadapannya.

Jeslina turut tersenyum. Lega rasanya mendengar kata-kata Redza tadi. Dia tahu Redza bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan. Selama mereka bersama, tidak pernah sekalipun Redza melakukan sesuatu yang melebihi batasan. Memang betul sangat apa yang Aton katakan, dia memang bertuah memiliki lelaki seperti Redza. Maklumlah, lelaki yang baik bukan senang dicari jadi bila ada di hadapan mata tak mungkin dia akan lepaskan.

"Habis tu sekarang macam mana? Jes nak tidur mana?" Sibuk memuji tunang sendiri sampai terlupa di mana mereka sekarang.

Redza terdiam sambil berkerut-kerut dahi memikir.

"Ada hotel tak? Biar Jes tidur dekat hotel ajelah." Jeslina memberi cadangan. Dia bukannya ada saudara mara di situ jadi ke mana lagi yang dia boleh pergi?

"Ermmm...apa kata sayang tidur rumah Shark untuk malam ni. Kalau sayang dekat sana abang tak risau sangat sebab ada mak ngah dan adik perempuan Shark buat teman." tidak bersetuju dengan cadangan Jeslina, Redza memberi cadangan lain. Di situ bukannya tiada hotel tapi rasa tak betah pula membiarkan tunangnya itu bermalam agak berjauhan dari kampung dan ditempat yang asing begitu.

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now