Pintu bilik Shaqir yang terkuak sedikit dibuka luas. Pandangan dijengahkan ke dalam. Ada pun orangnya. Bisik Brian perlahan.
Melihat Shaqir yang sedang tersenyum sendirian, Brian kerutkan dahi. Apabila kehadirannya tidak diendahkan, Brian buka langkah dan meja sahabatnya itu dihampiri.
"Ehemmmm!" Sapanya dengan dehaman.
Senyap. Shaqir masih lagi leka merenung kamera di tangan sambil tersengih suka.
Pelik. Apa yang ada dalam kamera itu agaknya sampai begitu sekali riak sahabatnya itu. Oleh kerana rasa ingin tahu yang membuak, laju sahaja kamera di tangan Shaqir dirampas.
"Woiiii!" Shaqir terjerit lantang. Terkejut dia tiba-tiba diserang hendap begitu.
"Main kasar nampak?" Tempelaknya apabila melihat kamera yang sedari tadi di tangan tiba-tiba bertukar tuan.
Brian buang sengih seolah tidak terkesan dengan sergahan Shaqir sedang mata tajam merenung gambar-gambar di dalam kamera tersebut.
Bimbang Brian dapat meneka sesuatu, Shaqir bingkas bangun. Baru sahaja kameranya ingin dirampas semula, cepat sahaja Brian buka langkah dan berlari keluar.
"Brian!" Kuat Shaqir menjerit melepaskan geram dan Brian dikejar.
"Pulangkan balik kamera aku!" Bentaknya agak keras.
Brian tergelak dan berhenti berlari. Sebaik Shaqir menghampirinya, kamera lelaki itu dikembalikan.
Cepat-cepat Shaqir menekan butang off kameranya sebaik diambil. Dibiarkan hidup, bimbang orang lain pula yang buat dajal.
"Sejak bila?" Brian jungkit kening. Sengaja dia buat ayat tergantung sebab dia tahu Shaqir tentu faham akan maksudnya.
"Sejak bila apa?" Acuh tak acuh sahaja Shaqir bertanya.
"Tu..." muncung ditalakan ke arah kamera di tangan Shaqir.
Tidak mengendahkan pertanyaan Brian, Shaqir buka langkah.
"Aku ingat kau gay."
Langkah Shaqir terhenti dan tubuhnya dipusingkan. "What? Aku...apa?! Gay?" Terkejut dia dengan kenyataan Brian tadi. Lelaki segak macam dia dikatanya gay? Brian buta ke apa!
Brian sengih. "Iyalah, selama ni benci sangat dengan perempuan. Berapa ramai perempuan cantik-cantik kau tolak. Bukan perempuan sembarangan, model ada, artis ada, anak-anak orang kaya pun ada. Tu yang buat aku terfikir kau tu....ala-ala gitu." Giatnya.
"Bila masa aku ada cakap aku benci perempuan? Aku cuma tak suka perempuan-perempuan yang jenis mengada-ngada tu semua." Balasnya membela diri sendiri.
Tawa Brian terhambur pula. Pandai sangat cover line! "Serius Shark, sebelum ni aku cuak juga bekerja dengan kau. Takut juga aku tanpa sedar kena cabul." Guraunya dan tangannya dipalangkan di dada.
"Gila kau!" Tempelak Shaqir geram. "Cubalah bogel depan aku tengok aku bernafsu ke tidak." Tempelaknya bersama gelengan. Boleh itu yang difikirkan Brian selama ini?
"Oit! Tak sanggup aku."
Tawa Brian semakin galak dan perlahan-lahan kepalanya digeleng.
"Kau suka dia ke?" Soal Brian setelah ketawanya kembali reda. Dia tahu Shaqir memang susah untuk suka dengan perempuan. Walau disuakan dengan perempuan yang cantik jelita tetapi Shaqir langsung tak terusik sedikit pun.
"Siapa?" Shaqir masih buat dungu. Soal hati tentang gadis yang satu itu memang telah bertahun lama disimpan rapat. Tidak siapa pun yang tahu.
"Jes." Nama Jeslina disebut.
Senyap.
"Kau suka dia kan?" Desak Brian lagi. Kalau sudah gambar Jeslina sahaja yang ada di dalam kameranya tadi, jadi itu apa maksudnya?
Shaqir hela nafas. "Dia tunang orang lah." Balasnya kecewa.
"Serius?" Bulat mata Brian mendengar jawapan Shaqir.
Kepala diangguk. "Dia tunang Redza."
Brian terus terdiam. Maknanya Jeslina itu tunang kawan baik Shaqir sendiri. Hurmmm...kes berat maknanya tu. Kalau bukan kawan baik memang sudah disuruh Shaqir potong jalan terus. Pikat sampai dapat tapi bila kawan baik, tak tergamak pula dia nak suruh buat dajal.
"Bunga bukan sekuntum bro.." pandai pula Brian berbahasa.
"Tapi 'bunga' yang ni berbeza." Pintas Shaqir pula.
"Anggap aje bunga tu jenis yang dah pupus atau memang dah lama sold out."
"Bagi aku, dia tetap 'bunga special edition."
Brian terdiam. Nafas berat dihela.
"Bukan jodoh kau dengan dia, Shark." Bahu Shaqir ditepuk.
"Selagi dia belum kahwin, peluang tu sentiasa ada. Mana tahu takdir mungkin berubah?"
"Shark..."
"Mana tahu aku mampu mengubah takdir?" Pintasnya dan kening dijungkit. Tubuh dipusingkan semula dan langkah dibuka.
"Aku takut kau kecewa." Brian masih belum jemu menasihati.
Ayunan kaki terhenti lagi. "Orang yang tidak mencuba sahaja yang akan kecewa Brian." Balasnya sambil tersengih dan langkah terus diatur. Teringatkan sesuatu, kepala dipusingkan memandang Brian semula.
"Haaa, ni aku nak ingatkan kau, sekali lagi kau buat macam tadi, lebam biji mata kau aku kerjakan!" pesannya mengingatkan.
Brian tersenyum dan kepalanya digeleng. Shark...Shark....it's true, people do crazy things when they're in love. Dan contohnya ada di hadapan mata. Bisiknya.
YOU ARE READING
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU
General FictionDia Shark...lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis-gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina atau digelarnya Bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau...