Bab 9 - Rebut Peluang

410 7 0
                                    

Usai bersiap dan keluar dari bilik, mata liar memandang sekeliling. Ruang tamu rumah kampong yang sunyi dan kosong itu diperhati dengan kerutan di dahi.

"Mana semua orang dalam rumah ni dah pergi?" hati berbisik sendiri. Langkah diayun menuju ke pintu tetapi baru beberapa langkah dia berjalan, dia terdengar bunyi yang datangnya dari arah dapur. Tidak terus menunggu di situ, langkah dibuka menuju ke dapur.

"Jes.." tegur mak ngah Iman sebaik dia berdiri di muka pintu. Tidak membalas sapaan wanita itu, dia hanya senyum sahaja. Langkah terus diatur menuruni mata tangga.

"Awal mak ngah dah ke dapur. Masak apa?" soalnya ramah sedang mata masih melilau memerhati sekeliling. Mana Redza? Shark dan Intan? Hati masih mengulangi soalan yang sama.

"Masak nasi lemak. Si Shaqir tu dari beberapa hari lepas sibuk mesej mak ngah suruh masak nasi lemak sambal udang bila dia balik. Ingat dah seronok duduk Bandar dah tak suka nak rasa masakan orang kampung lagi." Balas mak ngah Iman sambil melepaskan tawa dihujung-hujung bicaranya.

Jeslina tersenyum. "Ermm...kata orang, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula makanan kegemaran, mak ngah." Selorohnya.

Tawa mak ngah Iman terhambur lepas. Kepala diangguk mengiakan. Apa tidaknya, walau sudah bertahun-tahun duduk di Bandar, anak menakannya itu tetap juga suka makan gulai ayam dan sayur pucuk ubi.

"Ermm...ada apa-apa yang Jes boleh tolong?" tidak betah untuk hanya melihat dia terus bertanya. Sudah datang ke rumah orang masakan hendak tengok dan buat bodoh sahaja. Kalau mama tahu dia buat perangai begitu, sepuluh tahun pun masih diungkit perkara yang sama.

"Tak payah susah-susah. Kamu duduk aje biar mak ngah yang masak. Lagipun kamu kan tetamu." Beria-ia mak ngah Iman menolak sambil tangan digoyang-goyangkan sambil menalakan jari ke arah meja makan tidak jauh dari situ.

"Tak apa mak ngah, Jes dah biasa buat kerja dapur." Jeslina semakin beria. Langkah diatur lagi dan terus menuju ke arah kuali di atas dapur. Melihat sambal udang yang sedang menggelegak di atas dapur, sudip dicapai dan sambal udang tersebut dikaup balikkan.

Mak ngah Iman menggeleng. "Haih, tahu si Redza, mesti dia kata mak ngah buli kamu." Bebelnya.

Jeslina tergelak. Api dapur dikecilkan apabila melihat sambal udang di dalam kuali sudah hampir kering airnya. Dibiarkan dengan api besar begitu hangus juga nanti.

"Mana mereka semua mak ngah? Dari tadi Jes tak nampak sesiapa pun." Tanyanya. Intan selepas solat subuh tadi terus dia tidak nampak batang hidungnya.

"Redza baru aje balik ke rumah mak dia. Nak balik mandi dulu katanya. Shaqir dengan Intan ke kedai sekejap cari kueh untuk sarapan pagi ni." Cerita mak ngah Iman sedang tangan laju memotong timun untuk dijadikan ulam.

"Oh.." sepatah kata itu sahaja yang terkeluar dari bibir Jeslina. Sambal udang di dalam kuali dikacau lagi. "Jes angkat ya sambal udang ni. Dah kering dan pecah minyak dah ni."

"Haah, angkat aje. Masukkan dalam bekas kaca yang mak ngah letak dekat tepi dapur tu." Mulut dimuncungkan menunjukkan mangkuk kaca bertutup di sebelah dapur.

Jeslina mengangguk. Baru sahaja mulut ingin bersuara lagi terdengar suara Shaqir memberi salam. Tubuh terus dipusingkan. Melihat Shaqir yang sedang melangkah masuk, cepat-cepat tubuh dipalingkan semula. Tak mahu dia bertentang mata dengan Shaqir lagi. Dengan berhati-hati, sambal udang di dalam kuali dimasukkan ke dalam mangkuk.

"Amboi, sejak bila mak ngah ada assistant?" giat Shaqir sambil ketawa. Jeslina yang sedang leka dengan kerjanya dipandang. Melihat reaksi gadis itu yang tidak kekok, dia tahu pasti Jeslina sudah biasa ke dapur. Lihat sahajalah gayanya itu, pantas sahaja melakukan kerja.

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now