V tiba-tiba bangun dari duduknya lalu berlari kearah dinding dewan makan. semua pelajar mula berkeliaran lari dari 'V'. Jaesuk, Minhoo dan Jungkook terus mengejar V yang tiba-tiba merekot di dinding. kemudian, V tiba-tiba mengambil posisi merangkak sambil mengaum seperti harimau.
Gaya V seperti hendak menerkam orang!
Tiba-tiba V merangkak dengan sangat laju kebawah meja. Cepat-cepat Lee Minho menyelak kain lapik meja dan terkejut melihat posisi V. V sedang belitkan dirinya diantara keempat-empat kaki meja!
Para guru berusaha melepaskan V tetapi V hanya mengeraskan badannya. V langsung tidak berbicara. Hanya diam dari tadi dengan posisi tersekat di keempat-empat kaki meja!
"pergi ambil air suam!"
cepat-cepat Taemin berlari dan mengambil air suam di water cooler. Jaesuk merenjiskan air suam kewajah V. V menggerakkan kepalanya kekiri dan kekanan, tanda tidak mahu disapu dengan air suam. Rimas barangkali.
Jaesuk tetap membasahkan wajah V hingga basah lencun kepala V dikerjakannya!
Akhirnya tubuh V menjadi lembik dan cepat-cepat Lee minho dan jungkok menarik V keluar dari bawah meja.
V menggulupur setelah ditarik keluar dari meja.
"V-ah..!" Jaesuk menampar-nampar pipi V tetapi tiada respond.
Mereka menampar berkali-kali dan kali ini V beri respond. V membuka matanya sedikit kemudian pejamkan balik. Keadaannya seperti mamai!
"kamu semua masuk bilik masing-masing!"
Terus semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan makan.
" Semua dengar. Berkumpul di bilik gerakan sekarang!" temik Kyuhyun lalu semua pelajar berjalan menuju kearah bilik gerakan.
YOU ARE READING
Asrama Berpuaka
FanfictionAkhirnya siap juga bangunan asrama untuk pelajar Seoul all Boys School. Semua pelajar berasa teruja untuk mendaftar masuk asrama yang baru siap dibina. Dalam kegembiraan mereka, satu peristiwa langsung tidak terduga telah berlaku! apa dia? dimana? s...