Pengunguman yang dibuat membuatkan semua pelajar asrama terkejut beruk. Mereka semua berkumpul dikelas Kyuhyun dan Nickhun.
"Biar betul si Jongkook tu suruh kita balik asrama dah...benda tu dah blah ke?" soalan cepumas dari mulut becok Niel membuatkan semua pelajar asrama mengetuk kepla Niel tanpa rasa bersalah.
"Mulut tu jaga sikit lain kali!"
Niel tersengih sumbing sambil menggosok-gosok kepalanya.
Semua pelajar asrama sibuk memungah barang mereka kedalam loker masing-masing. Ada yang masih terkejut dengan tindakan drastik Jongkook suruh mereka balik ke asrama semula. Mungkin masalah haritu sudah selesai barangkali...
Ahli exo terkejut melihat Luhan sedang menarik beg rodanya masuk kekawasan asrama. Semua member Exo terus menerpa kearahnya.
"Luhan hyung dah ok ke?" " lamanya tak jumpa hyung!" " kaki hyung macam mana? "macam mana hyung boleh tahu hari ni kena balik hostel?" ambik kau, berjela-jela soalan yang keluar dari setiap mulut member Exo.
"Guys, slow-slow sikit boleh tak?kesian Luhan hyung !" tempik Sehun sambil mendepakan tangannya.
" Ceh, cakaplah yang dia rindukan Luhan hyung juga kan?" sakat Kai. Sehun tersenyum lalu terus memeluk Luhan.
" Yah, baru je hyung balik 4 hari, korang semua dah jadi macam ni...."
"Yelah semua tengah berteka-teki macam mana hyung boleh jatuh..." jawab Chanyeol sambil berpeluk tubuh.
" Itu hyung tak ada komen. Nak buat macam mana, nak terjatuh masa tu juga...." jawab Luhan tersneyum. Semua member menghela nafas lega. Luhan tersenyum kemudian ingatannya kembali pada hari dia terjatuh.
'Sebenarnya guys, 'benda' tu tarik kaki hyung.... 'perempuan' itu asyik tengok kita main bola sepak dari bangunan asrama..' bisik Luhan sendirian.
"Suho hyung balik dah!!" jeritan riang Baekhyun berjaya membuatkan lamunan Luhan mati. Mereka semua terus menerpa kearah Suho yang sedang tersenyum kearah mereka.
Malam itu, semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di bilik gerakan. Jongkook telah menyatakan yang asrama ini sudah selamat dari gangguan 'wanita' itu. Mereka semua bersorak gembira lalu perjumpaan tamat. Tapi Jongkook tetap mengingatkan mereka bahawa jangan sesekali menegur 'benda' yang mencurigakan. Mereka semua terus keluar dari bilik gerakan dan menuju ke bilik masing-masing.
Kyuhyun yang paling terakhir keluar terpaksa menyusun terlebih dahulu kerusi yang disemakkan para pelajar. Semasa mengangkat kerusi yang terakhir, pandangan anak mata Kyuhyun terarah seorang 'gadis' yang sedang berdiri di muka pintu bilik gerakan. Kyuhyun memandang pintu tersebut namun tidak kelihatan gadis tadi.
Jantung Kyuhyun berdengup dengan kuat. Cepat-cepat Kyuhyun mengemas kerusi dan menutup lampu bilik gerakan lalu terus menuju kearah pintu. Baru saja Kyuhyun nak melangkah keluar, tiba-tiba pintu itu tertutup dengan kuat. Kyuhyun cuba memulas tombol pintu itu tetapi tidak berjaya!
YOU ARE READING
Asrama Berpuaka
FanfictionAkhirnya siap juga bangunan asrama untuk pelajar Seoul all Boys School. Semua pelajar berasa teruja untuk mendaftar masuk asrama yang baru siap dibina. Dalam kegembiraan mereka, satu peristiwa langsung tidak terduga telah berlaku! apa dia? dimana? s...