Mereka yang lain sudah duduk membuat bulatan ditengah-tengah padang bola.
"mana Minho ni?ambil bola ke buat bola?" perli Yonghwa lalu duduk bersila pula. Mereka yang lain hanya diam.
" kita tunggu ajelah...." AJ mula mencabut rumput dipadang itu. makin lama makin cepat AJ mencabut.
" Hai..." AJ tersenyum lalu memandang setiap sorang membernya.
Mereka yang lain sudah cuak. Tiba-tiba AJ jadi pelik.
AJ tiba-tiba mengurut rambutnya. Tetapi aksinya seperti mengusap rambut yang panjang je...
"Yah AJ, apa kamu buat tu?!!" terus Yonghwa menarik tangan AJ. AJ merenung Yonghwa dengan tajam.
Tiba-tiba AJ bangun lalu mula berjalan mengelilingi bulatan yang dibuat oleh mereka.
Terus Ken dan N memeluk AJ tetapi AJ masih berkeras.
"Lepaskan!" tempik AJ .AJ cuba meronta-ronta tetapi tidak berjaya kerana Yonghwa turut memengangnya.
"Tolong!!!!"
Para pelajar didalam dewan makan sudah cemberut apabila terdengar jeritan dari padang bola. Kedudukan padang bola dan dewan asrama hanya dekat saja. memang agak jelas jugalah bunyi jeritan penghuni dorm bilik 2 tingkat 1 itu.
Lantas Nickhun dan Kyuhyun bangun lalu terus menerpa kearah padang bola.
"kenapa ni?"
AJ terus menjerit kuat. Tersentak Nickhun dan Kyuhyun dibuatnya.
"Kau jangan ingat boleh terlepas!!!" jerit AJ kuat.
"bawa dia ke dewan makan!" terus mereka semua mengheret AJ kedewan makan.
"Kau nak bawa aku kemana?!!!" tempik AJ kuat. Para pelajar didalam dewan makan tersentak. Lantas mereka yang lain kelam-kabut terjenguk-jenguk ke pintu depan untuk melihat apa yang berlaku.
Mereka semua terkejut apabila melihat mereka yang lain mengheret AJ masuk ke dewan makan. Dengan keadaan AJ sebegitu,memang menyeramkan betul!
YOU ARE READING
Asrama Berpuaka
Hayran KurguAkhirnya siap juga bangunan asrama untuk pelajar Seoul all Boys School. Semua pelajar berasa teruja untuk mendaftar masuk asrama yang baru siap dibina. Dalam kegembiraan mereka, satu peristiwa langsung tidak terduga telah berlaku! apa dia? dimana? s...