haish...

2.8K 164 5
                                    

Onew membersihkan darah yang mengalir dari hidung D.O. Member yang lain hanya memerhati.

"ok,siap dah..." Onew menusung semula perkakasnya kedalam first aid kit. Kemudian Onew bangun lalu semua ahli dorm bilik 3 turut bangun.

"thanks!" ucap D.O sambil memengang hidungnya yang terasa kebas lagi.

" biasalah tu...kalau rasa sakit lagi, pergilah bagitahu warden tau!" terus Onew dan ahli dorm 3 keluar dari bilik itu.

Mereka semua terbil-kebil.

"gila ke nak bagitahu warden. kalau si Jongkok tu tanya macam mana boleh cedera ni, apa kita nak jawab? cakap main bola dalam bilik? dengan kita-kita sekali kena hempuk dengan kerusi!" bebel Minho.

Mereka yang lain diam. Dalam fikiran mereka kini hanya satu. Macam mana bola yang tinggi itu tiba-tiba jatuh terus keatas hidung D.O?

Bilik 3 tingkat 1 (Hyuk, Leo, Baekhyun, Onew, Chunji, Kevin)

Kevin kelar dari bilik air. Kosong. Kevin langsung tidak nampak member yang lain didalam bilik. Lantas bulu roma Kevin meremang.

'Jadi aa yang aku dengar dalam toilet tadi?'

Terus Kevin berlari dengan laju menuju kearah pintu bilik dan tiba-tiba muncul Leo masuk melalui pintu tersebut.

"Warghh!!" jerit Kevin kuat terkejut apabila tiba-tiba Leo muncul melalui pintu itu.

"Yah, kalau nak uji vokal tu, tunggu-tunggulah esok pagi!" perli Baekhyun sambil tertawa terbahak-bahak. Kelakar tengok muka terkejut Kevin tadi.

Chunji sudah terguling-guling diatas lantai akibat terlalu kuat ketawa.

Lantas Kevin memeluk Onew erat.

"hyung, malam ni aku tidur dengan hyung tau!" rayu Kevin cemas. Onew mengebil-ngebilkan matanya.

Bilik 1 Tingkat 2 (Suho, Kris, Tao, Hongbin, Youngjae, Dongwoo)

Suho mengeliat malas. lantas Suho menggosokkan biji matanya lalu bunyi nyaring jam locengnya ditutup. Suho melihat jam locengnya. Jarum sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Lantas suho turun dari katilnya lalu kain tualanya dicapai.

Suho berjalan malas menuju kearah tandas. Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu dan GEDEBUSH! nangka busuk jatuh!

bunyi itu berjaya mengejutkan Tao. Tao memandang sesekelling. kemudian dia terlihat sesuatu sedang duduk dihadapan toilet. dengan keadaan bilik yang gelap, Tao hanya dapat melihat Suho seperti jembalang hitam!

"Ah.!!" Tao sudah sesak nafas. Rasa takut mula menguasai dirinya. Lantas dengan berani Tao membuka suis lampu bilik itu kerana katilnya betul-betul berada disebelah suis lampu.

Chang! terus bilik yang gelap bertukar menjadi cerah. Tao menghela nafas lega apabila mendapati jembalang tadi rupa-rupanya ialah Suho!

Lantas Tao mendekati Suho.

"kenapa hyung?"

"tadi hyung jatuh.." perlahan saja Suho menjawab sebab sedang menahan sakit.

"jatuh dengan apa?tarikan graviti tadi kuat sanagt ke?" Tao cuba berseloroh.

" kaki hyung tersadung sesuatu..."

cepat-cepat Tao memerhai keadaan sekeliling. Tak ada apa-apa pun yang berada diatas lantai.

"hyung pasti ke tarsadung sesuatu sebab tak ada apa-apapun yang buat hyung tersadung!"

Youngjae mengeliat malas apabila tidurnya diganggu oleh cahaya lampu yang terang benderang. Lantas Youngjae bangun dari tidurnya.

" apa korang buat disitu?" dengan suara yang serak-serak, Youngjae menyoal. Lantas dengan perlahan-lahan Youngjae mendapati Suho dan Tao.

"hyung ni,tersadung pula pagi-pagi buta!" rungut Tao.

Lantas Youngjae dan Tao memapah Suho ke katilnya. Perlahan-lahan meeka meletakkan Suho diatas katil.

"hyung ok ke tak ni?"

"tak tahulah..."

" tak apelah...biar saya bagitahu warden ajelah.."terus Yongjae menghilangkan diri.

Asrama BerpuakaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang