Zandra melihat jam di tangan yang sudah menginjak ke pukul 1 pagi. Dia meregangkan tengkuknya dan lengannya sebelum mulai mengemaskan barang-barangnya. Dia meninggalkan pejabat dengan segera dan pulang menaiki kereta Mini Cooper merahnya.
Setibanya Zandra di penthouse miliknya bersama Raisha, dia berjalan keletihan menuju ke biliknya. Namun begitu, tubuh Raisha yang terbaring di sofa ruang tamu dilihatnya seketika. Senyuman terukir segera seraya dia meletakkan beg bimbitnya pada dinding dan menghampiri kekasihnya itu.
Wajah Raisha yang lena membuatkan Zandra berasa terharu. Zandra mengalihkan beberapa helai rambut yang menutupi wajah jelita itu. Dahi dan kelopak mata Raisha dicium lembut dan lama. Zandra berdiri semula dan berlalu ke bilik untuk mengambil selimut. Dia menyelimuti Raisha dengan selimut tebal agar gadis itu tidak berasa kesejukan.
Zandra bersegera pula pergi ke bilik Yvaine. Dia menjengah dari pintu sahaja dan mendapati bahawa puteri kecil itu sudah tidur. Dia berjalan menghampiri dan mengucup lembut ubun-ubun anak itu. Zandra ke biliknya dan mandi sebelum tidur.
Zandra merasakan pedih di matanya apabila sinar matahari mulai menyinari ruangan bilik itu. Katil yang ditidurinya mulai bergerak sedikit sebelum bibirnya dicium tiba-tiba. Zandra membuka mata dan melihat wajah cantik kekasihnya.
"Hei bangunlah!"arah Raisha mengusap kepala Zandra.
Zandra bersandar pada kepala katil dan menggosok matanya. Dia meregangkan saraf tengkuknya yang terasa sakit sejak semalam. Berat matanya kerana tidak cukup rehat.
"Semalam kau balik pukul berapa?"soal Raisha memeluk pinggang dan meletakkan kepalanya di dada Zandra. Zandra meramas manja rambutnya membuatkan dia tersenyum.
"Pukul 2 kot..."jawab Zandra dengan suara serak.
"I don't want you to get sick. You know that, right?"soal Raisha penat menasihati kekasihnya itu.
"Yeah. I'm sorry okay, love. Where is Yve?"soal Zandra selepas mengucup kepala Raisha.
"Sleeping. She must go to school later."kata Raisha melepaskan pelukan yang lama itu.
"Hmm...what is your plan today?"soal Zandra kepada Raisha.
"Photoshoot at 1 until 4, I guess."ujar Raisha dengan mata ke atas seperti berfikir.
"Don't get yourself tired."nasihat Zandra peduli akan cintanya itu.
"Said someone who always comes home late."perli Raisha mengenakan Zandra yang ketawa sahaja.
"Hey, I'm different okay! It has deadline that I must follow. Meetings and appointment here and there."kata Zandra mempertahankan dirinya.
"Fine! Well, ibu call petang semalam. Dia suruh kita datang rumah dia."kata Raisha baru sahaja teringat akan kisah itu kepada Zandra.
"Sure. Nanti aku check schedule."kata Zandra dengan senyuman.
"Now, go mandi! Breakfast will be prepared by me. Hurry!"arah Raisha menarik selimut yang menutupi kaki Zandra.
"This first."kata Zandra manja dengan menunjuk ke arah bibirnya yang memuncung.
"No, Zan! Pergilah mandi."kata Raisha sebelum mencium sekejap pipi Zandra itu.
"Jadilah daripada takde langsung..."ujar Zandra dengan muka yang pasrah.
"Now, go!"paksa Raisha menolak tubuh Zandra supaya Zandra mulai bergerak.
"Okay-okay!"jerit Zandra menenangkan Raisha yang suka terburu-buru.
Selepas Zandra memasuki bilik air, Raisha tertawa sendiri dan mulai mengemas katil.
YOU ARE READING
LOST 2✔
Romance✻COMPLETED✻ Zandra dan Raisha yakin bahawa kejayaan mereka hanyalah sebuah permulaan. Sekalipun hubungan mereka direstui oleh keluarga, tidak pula akan dilihat normal oleh masyarakat. Raisha mahukan ikatan manakala, Zandra ingin terbang bebas. Mampu...