Raisha mencium tangan ibu dan ayahnya selepas tiba di Johor. Zandra juga berbuat yang sama meskipun agak sukar bergerak dengan tangan yang dipenuhi dengan beg dan sebagainya. Yvaine pula terus berlari masuk ke dalam rumah setelah digomol dan dipeluk oleh atuk dan neneknya.
"Nasib baik sampai...ingatkan kami berlapan je."seloroh Dato' Razman tersenyum.
Raisha memandang Zandra dan mengerutkan dahinya seolah hairan. Zandra pula sudah menundukkan kepala untuk berfikir.
"Berlapan? Siapa yang datang?"soal Raisha tidak mampu meneka.
"Siapa lagi...Riz, Hana, Zil, Elle, Reen dan Ariq."kata Datin Eliza bahagia hatinya apabila mereka sekeluarga dapat berkumpul. Jarang benar kalau nak dihitung masa mereka berhimpun beramai-ramai. Maklumlah, anak-anaknya sudah bekerjaya. Apatah lagi, minat anak-anaknya adalah untuk mencari rezeki di negara orang. Doktor, model, entah dari siapa dapatnya bakat ini? Daripada dia atau suaminya? Rumit sungguh kalau nak dibuat kesimpulan.
"Abang Ray tak balik ke?"soal Raisha membuatkan senyuman Datin Eliza menguncup layu dan berasa sayu apabila memikirkan tindakan satu-satunya anak lelakinya itu.
Setelah 3 bulan Raisha dan Zandra bersama, Raykal pergi merantau ke negara orang tanpa khabar berita. Raykal tidak pernah mengumbar khabar tentang dirinya secara terangan atau di sosial media. Bagi Raisha, dia sudah memaafkan abangnya sepenuh hati namun Raykal masih tidak mampu mengampunkan diri sendiri.
"InsyaAllah, satu hari nanti."harap Dato' Razman mengembalikan suasana.
"Zan, jomlah masuk. Kesian pulak bawak barang berat-berat."jemput Datin Eliza apabila baru sahaja perasan beban yang ditanggung Zandra selama beberapa minit.
"Ah, jomlah."kata Zandra mengukir senyum walaupun sudah terasa bagai nak runtuh struktur badannya ini.
Beg yang berada di tangan Zandra bertukar tangan dengan Kak Sal. Zandra mengucapkan terima kasih sebelum dipeluk mesra abangnya. Dia membalas pelukan itu erat dengan senyuman.
"Abang tak bagitahu pun nak balik rumah ibu."seloroh Zandra bermesra dengan Zayriz.
"Salah ke abang nak balik rumah ibu mertua abang sendiri? Takkan nak kena report pada Zan dulu..."kata Zayriz sengaja memberi respon sebegitu.
"Bukan report! At least, informlah jugak adik kesayangan dia ni."kata Zandra tidak sedap hati dengan cara abangnya berbicara.
"Adik kesayangan ke?"gurau Zayriz membuatkan Zandra bermasam muka.
"Aunty Zan!"jerit Faizil berlari ke arah Zandra dengan senyuman lebar diikuti juga Elleen dan Ezzreen.
"Aunty Zan ada kat sini!"jerit Elleen sambil memeluk betis Zandra.
"Jomlah main dengan Reen!"ajak Ezzreen sambil menarik kuat tangan Zandra.
"Eh, aunty Zan nak main dengan Elle lah!"marah Elleen kepada kembarnya tidak berpuas hati.
"Aunty Zan abang punyalah!"marah Faizil pula mencengkam tangan Zandra.
"Eh, budak-budak ni! Sudahlah tu. Sekarang ni, aunty nak main dengan semua anak buah aunty. Boleh?"soal Zandra tersenyum apabila melihat suasana semakin keruh.
"Boleh! Boleh!"serentak anak-anak kecil itu berteriak.
Sedang bermain, Zandra memerhatikan sekeliling ruang tamu yang eksklusif itu. Wajah anak buahnya yang satu lagi tidak ditemui iaitu Fariq Zafrin, anak bongsu abang Zayriznya.
"Ariq mana bang?"soal Zandra apabila buntu mencari. Zayriz yang tadinya fokus pada telefon, pantas melihat wajah Zandra dengan teliti. Sebagai seorang ayah, sungguh dia telah belajar memberikan perhatian kepada orang lain kerana sering benar anak-anaknya mencari dirinya apabila ingin menyoal, bercerita atau bermain. Dia pula sering mementingkan anaknya lebih daripada kerja kini membuatkan dirinya sendiri risau akan nasib syarikat.
YOU ARE READING
LOST 2✔
Romance✻COMPLETED✻ Zandra dan Raisha yakin bahawa kejayaan mereka hanyalah sebuah permulaan. Sekalipun hubungan mereka direstui oleh keluarga, tidak pula akan dilihat normal oleh masyarakat. Raisha mahukan ikatan manakala, Zandra ingin terbang bebas. Mampu...