________________
K.N.A.C.K.E.R.E.D
extremely tired.
_______________
Raisha mengenakan blaus merah jambu bersama skirt paras lutut berwarna hitam. Raisha menarik nafas sedalam yang boleh sebelum menghembuskannya. Sepanjang hari ini, dia tidak putus-putus memikirkan apa yang bakal terjadi. Namun begitu, dia sudah bersedia untuk menerima segala keputusan Zandra nanti.
Tiba-tiba, Gia muncul dari belakang bersama Yvaine dalam dukungannya. Yvaine yang baru sahaja diturunkan, berlari pantas memeluk kaki mommynya. Yvaine tersenyum gembira kerana dia diberitahu bahawa mereka akan bertemu Zandra.
"Lets go, Ammar is here."kata Gia memegang bahu Raisha sebelum mendukung Yvaine ke dalam kereta.
"Mommy, we're going to meet mama. Aren't you excited?"
"Of course, baby. I'm more excited than you are."
"No, I'm the one who is more excited."
"Okay, sit quietly baby. We're almost there."
Setelah sampai ke banglo yang sangat dikenali itu, Raisha keluar dari kereta dengan rasa berdebar. Pantas sahaja matanya menangkap wajah Tan Sri Zahri dan Puan Sri Farah yang berdiri di hadapan pintu utama untuk menyambut kedatangan mereka. Raisha menggendong Yvaine dan berjalan ke arah mereka. Yvaine dilepaskan sebaik sahaja berhampiran dengan tuan rumah tersebut. Yvaine dipeluk erat dan dikucup berulang kali oleh kedua-duanya kerana rindu.
"Assalamualaikum aunty."ucap Raisha sebelum mencium tangan wanita itu lalu tanpa disedari, badannya ditarik ke dalam pelukan.
"Waalaikumsalam, welcome back Isha."ucap Puan Sri Farah.
Selepas pelukan dileraikan, Raisha beralih ke arah Tan Sri Zahri Indra dan mencium tangannya juga. Tan Sri menjemput kesemuanya masuk untuk minum petang. Raisha mengambil tempat di sebelah Puan Sri Farah. Dia hairan melihat Ammar yang hanya berdiri berdekatan tangga seperti sebatang tiang.
Tiba-tiba, Zandra berjalan turun dari tingkat atas. Tidak pernah luntur kecantikannya apatah lagi apabila dia memakai blaus hitam dan seluar jeans denim. Zandra cepat-cepat menyambut tangan Ammar dengan senyuman dan berbisik kepada Ammar tentang ketampanannya mengenakan baju kemeja berwarna hijau pada hari itu. Raisha yang melihat dari meja makan berasa cemburu dan marah serta-merta.
Zandra menoleh lalu terkejut apabila melihat Raisha dan yang lain sudah berada di meja makan. Yvaine berlari ke arahnya dan Zandra menangkap tubuh anak kecil itu lalu memeluknya erat. Selepas selesai sesi berciuman antara kedua-duanya, mereka bergerak ke meja makan.
"Mari makan, jemputlah Isha. Gia, help yourself."arah Tan Sri Zahri supaya jamuan dimulakan.
"How is work, Isha?"soal Tan Sri Zahri beramah mesra dengan tetamunya.
"Okay je uncle. Yelah, we must be professional despite everything that we go through."kata Raisha dalam diam memerli Zandra.
"True, we should consider the best decision in any case."kata Zandra seakan membalas perlian Raisha yang diyakini ditujukan untuk dirinya.
"Yup, how are you?"soal Raisha mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Zandra.
"I'm good. Even better after seeing Yves."kata Zandra menganggukkan kepala.
YOU ARE READING
LOST 2✔
Romance✻COMPLETED✻ Zandra dan Raisha yakin bahawa kejayaan mereka hanyalah sebuah permulaan. Sekalipun hubungan mereka direstui oleh keluarga, tidak pula akan dilihat normal oleh masyarakat. Raisha mahukan ikatan manakala, Zandra ingin terbang bebas. Mampu...