Bab 10 - Muhal

2.4K 48 16
                                    

_____________________

I.M.P.O.S.S.I.B.L.E

not able to occur, exist, or be done.

_____________________

Gia dan Puan Sri Farah menanti dengan penuh rasa sabar sementara Zandra menguruskan urusan hospital Ammar. Zandra inginkan seorang doktor pakar untuk disediakan supaya sebarang tindakan susulan boleh diambil segera. Fikiran mereka runsing dengan setiap kemungkinan yang boleh berlaku. Doktor yang merawat Ammar ketika ini masih tidak dapat ditemui.

Gia berjalan ke hulu dan hilir merasa bersalah akan apa yang terjadi. Dia menyangka bahawa emosi Raisha sudah tenang dan stabil tetapi lain pula jadinya. Dia sepatutnya sudah dapat membaca gerak-geri majikannya itu. Raisha boleh hilang segalanya selepas ini dan bukan sahaja Zandra malah, kebebasannya. Reputasinya juga tidak mungkin kembali seperti asal jika berita ini sampai di telinga media.

Dia memandang sekeliling dan tertancap pada sebuah stretcher yang diusung laju menandakan ia sebuah kecemasan. Dia mulai membeliakkan mata apabila dia terlihat seorang anak kecil didukung di belakang sekumpulan jururawat yang mengikuti mangsa tadi. Tanpa berlengah, Gia berlari mengejar lelaki yang mendukung budak itu. Saat sudah pasti, Gia menjerit memanggil nama.

"Yves!"jerit Gia sambil berlari menghampiri lelaki itu lalu merampas Yvaine yang berlumuran darah itu ke dalam dakapannya. Lelaki itu terkejut namun yakin, Gia mengenali budak ini.

"No, no..."

Air matanya mula mengalir perlahan-lahan ketika melihat keadaan Yvaine. Tubuh genit itu berjuang untuk terus bernafas. Lelaki itu memegang bahu Gia lembut.

"Do you know her?"soal jururawat itu namun Gia diam sahaja.

"Miss, are you her mother?"soal lelaki itu lagi tetapi Gia membisu.

"Yvaine."ucap Gia merasa sangat bersalah. Lelaki itu mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan Yvaine dengan mengambil Yvaine dari Gia.

"She's critical, we need to bring her in now! Sorry."ucap lelaki itu lalu berlari membawa Yvaine ke Unit Rawatan Rapi.

Puan Sri Farah cuba menjejaki dan mencari Gia yang hilang begitu sahaja. Terpana Puan Sri Farah melihat Gia duduk bersandar pada dinding dengan darah melekat pada bajunya. Dia bergegas mendekati Gia dan bertanya mengapa gadis itu menangis.

"Gia, what happen? Why are you here?"soal Puan Sri Farah melutut perlahan-lahan.

"Puan Sri...I..."

"What? Whose blood is this?"soal Puan Sri Farah semakin cemas melihat keadaan Gia sebegitu rupa.

"Puan Sri...Yves..."

"Yves! Where is she, Gia? Gia, where is Yves?"soal Puan Sri Farah tanpa jemu seraya jantungnya berdegup laju.

"She got into an accident. Shae is also in the ICU.... They're critical. Yves,... she's hardly breathing.... Puan Sri, what are we going to do?"soal Gia takut mereka bakal kehilangan sesiapa antara ketiga-tiga mangsa.

"Allahuakbar, Raisha..."hampa Puan Sri Farah. Bala apa yang menimpa mereka ini.

Zandra yang baru sahaja selesai urusan hospital Ammar mulai melangkah ke arah ruangan bedah Ammar namun dia terhenti apabila melihat mama dan Gia berada di satu sudut tidak jauh dari ruangan Ammar. Dia terkejut melihat keadaan mamanya yang kelihatan pucat. Zandra berlari anak ke arah Puan Sri Farah tanpa menunggu.

LOST 2✔Where stories live. Discover now