Zandra dan Ammar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas tiga belas jam di dalam kapal terbang. Ammar membukakan pintu kereta Range Rover untuk Zandra. Selepas selesai membawa masuk bagasi, pemandu pun memandu laju keluar dari perkarangan lapangan terbang tersebut. Ammar memandang Zandra beberapa kali, mendapati bahawa gadis itu sangat penat dan mengantuk.
"Kau nak stay rumah Tan Sri or book hotel?"soal Ammar harus menjalankan tugasnya.
"Hotel."jawab Zandra dengan mata yang semakin kuyu. Ammar pantas memberitahu pemandu untuk ke hotel yang berdekatan.
"I just get an email and you have an appointment with a client soon."terang Ammar memegang telefonnya kemas.
"Okay."ujar Zandra biasa membuatkan hati Ammar berasa risau.
"Dress code, casual. Do you want me to prepare it for you?"soal Ammar cuba menceriakan Zandra.
"I would love to. Thanks Ammar. You're the best."jawab Zandra lemah.
"Hey, you pay me for that!"kata Ammar cuba membuat lawak namun tidak diendahkan Zandra.
"Actually, I've been meaning to ask you. Why do we come here? Kau tak cerita lagi apa yang jadi semalam. You're avoiding me so much."kata Ammar cuba untuk membuat Zandra bersuara.
"I'm tired. Boleh tak kita check in hotel dulu?"soal Zandra selepas mengeluh. Entah mengapa, dia tidak ingin meluahkan isi hatinya kepada Ammar kini.
"Aku uruskan sekarang."ujar Ammar sebelum menggerakkan diri keluar dari kereta. Ammar berurusan dengan pihak hotel kemudian kembali ke kereta seraya mengarahkan pemandu mereka untuk membawa beg masuk ke dalam bilik.
"Zan, everything is ready. Jom, I will walk you to your room!"ajak Ammar menghulurkan tangannya buat Zandra. Zandra memandang lama tangan itu sebelum mengalihkan pula matanya kepada wajah Ammar.
Ammar berasa sedikit hairan namun ditepis apa jua fikirannya sekarang. Pelik itu normal untuk seorang gadis bernama Zandra. Zandra meyambut huluran Ammar dan turun dari kereta Range Rover dengan berhati-hati. Ammar membawa Zandra ke biliknya tanpa banyak bicara.
"Here is your key card. Anything else, my room is opposite to yours. Depan ni je."kata Ammar seraya menyerahkan sekeping kad kepada Zandra.
"Thanks Ammar, I will call you later. Bye!"kata Zandra lalu masuk dengan pantas meninggalkan Ammar terpinga-pinga.
"Daripada aku mengumpat dia, lebih baik aku siapkan kerja aku!"kata Ammar bermonolog sendiri. Tiba-tiba, dia tersedar bahawa beg bagasi Zandra berada di dalam bilik Zandra. Entah bagaimana dia ingin mempersiapkan pakaian Zandra. Ammar ternampak seorang pekerja lalu memanggil lelaki itu.
"Excuse me, can I have an excess card to this room? I'm her personal assistant and I have to get my job done immediately."
"I'm sorry sir but we're not allow to do that. It is against our hotel privacy policy."
"My boss is tired and I don't want to disturb her. It could be really helpful if I have an excess key card to her room."
"I'm very sorry sir because I couldn't help you. If it is urgent, I wish you could refer to the guest of this room. Then maybe we could reply your wish."
"Oh, it's okay then. I understand. Thank you."
"You're welcome."
Ammar melambung dan menyambut kuncinya berulang kali sambil otaknya memerahkan idea bagi menyelesaikan masalah ini. Zandra pun satu, suruh macam-macam tapi tak tahu pulak memudahkan kerja orang. Ammar akhirnya membuat keputusan untuk pergi membeli-belah di pasaraya atau mall berdekatan bagi mempersiapkan baju Zandra untuk temu janji malam ini.
YOU ARE READING
LOST 2✔
Storie d'amore✻COMPLETED✻ Zandra dan Raisha yakin bahawa kejayaan mereka hanyalah sebuah permulaan. Sekalipun hubungan mereka direstui oleh keluarga, tidak pula akan dilihat normal oleh masyarakat. Raisha mahukan ikatan manakala, Zandra ingin terbang bebas. Mampu...