MTB | 21

1.6K 164 5
                                    

"Wake up, sayang."

Kata Park Jimin seraya menepuk perlahan lengan isteri nya. Jung Jieun menggeliat kecil seraya memusingkan badan nya ke arah suami nya. Spontan sahaja tangan nya melingkar pada pinggang suami nya itu. Park Jimin ketawa kecil seraya mencium dahi Jieun.

"Bangun lah, wife."

Kata Park Jimin sekali lagi. Jung Jieun mengangguk. Dia membuka mata dan tersenyum manis pada suami nya. Lepas itu, mulut nya dimuncungkan. Faham dengan kehendak isteri, Jimin lantas mencium sekilas bibir tersebut. Pautan di pinggang Jimin, dilepaskan.

Tangan Jieun ditarik nya agar isteri nya bangun sambil dia tersenyum suka. Jung Jieun berdiri di tepi katil dan menggeliat kecil. Pantas, tuala yang diberikan suami nya diambil dan masuk ke dalam bilik air. Katil dikemaskan oleh Park Jimin.

×××

Jung Jieun mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan suami nya. Mereka bertentang mata buat seketika dan tersenyum tipis. Air kopi dituangkan ke dalam cawan. Park Jimin, kalau tidak minum air kopi dia, memang tak sah. Macam dah wajib yang isteri nya itu kena buat selalu air kopi untuk dia.

"Jom makan, daddy."

Tegur Jung Jieun kepada daddy mentua nya. Tuan Gunha tersenyum sambil mengangguk. Dia berpakaian biasa sahaja. Selalu nya, setiap hari Sabtu, dia akan pergi bermain golf bersama kawan - kawan nya. Dan pulang ke rumah dalam sekitar
pukul 10 pagi.

"Mummy mana?"

"Kat atas lagi. Buat apa ntah. Kita makan dulu lah. Eun ke yang buat nasi goreng niey?"

"Ha'ah, daddy."

"Nampak macam sedap."

Puji Tuan Gunha. Jung Jieun sekadar tersenyum. Bangga lah juga kena puji dek daddy mentua. Park Jimin disebelah menyiku lengan nya. Jieun berpaling dan nampak suami nya angkat kening berulang kali sambil tersenyum. Faham sangat dengan suami nya. Lantas, Jieun mencubit peha suami nya itu.

"Sakit, yang oi!" Park Jimin tersalah cakap kuat lalu menarik perhatian daddy nya. Park Jimin tersengih sahaja sambil menggosok perlahan peha nya.

"Eh! Mummy. Jom makan."

Jung Jieun menegur Puan Rina yang sudah turun ke meja makan itu. Puan Rina mendengus perlahan seraya duduk. Jieun mahu mencedokkan nasi kepada mummy mentua nya namun dia dihalang. Puan Rina sendiri yang cedok. Jung Jieun tersenyum tawar.

Dia mahu melayan mummy mentua nya macam biasa. Dia dah bercakap dengan Jimin semalam sebelum tidur. Kata Jimin, mummy nya akan senyap juga bangkit kan soal anak sebab penat asyik kata benda yang sama.

"Mummy nak air teh atau kopi?"

"Tak payah nak sibukkan diri kau dengan mummy. Kau layan je suami kat sebelah tuey. Bukan mummy tak tahu yang kau nak ambil hati mummy."

Puan Rina bersuara dingin. Jung Jieun terkedu seketika. Dia lantas berpaling pada suami nya setelah tangan nya ditarik. Park Jimin mengisyaratkan kepada dia agar duduk makan. Jung Jieun akur dan kembali duduk.

Mereka empat beranak makan tanpa banyak bunyi. Sesekali Tuan Gunha bersuara, bertanya itu ini kepada anak dan menantu dia. Park Jimin juga kadang - kadang mengusik isteri nya itu. Puan Rina diam seribu bahasa. Langsung tidak menyampuk perbualan mereka.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now