"APA?!"
"WHAT?!"
Terkejut mereka berdua dengan cadangan tak disangka Puan Rina. Mereka berdua berpandangan seketika sebelum melarikan pandangan. Puan Rina sekadar tersenyum sahaja. Dia tahu apa yang dia buat sekarang. Tidak salah kalau nak percepatkan benda yang baik sebelum berlaku apa - apa perkara yang tidak diingini berlaku.
Apa semua niey? Kenapa sampai kahwin niey? Aku fikir sampai takat jadi kekasih olok dia sahaja. Tak sangka Puan Rina suruh aku dan mamat gila niey kahwin. Memang tak lah aku nak kahwin dengan lelaki gila niey. Baik aku kahwin dengan tiang dari kahwin dengan terencat tak cukup kalsium ini.
"Mum…please lah."
"Why not? Okey tell me. Dah berapa lama korang bercinta? Baik percepatkan perkahwinan korang berdua."
"Err baru 2 tahun, mum."
"2 tahun?! Kenapa tak cakap dekat mummy langsung sebelum niey? Tak pe lah, Jim. Hari ahad depan, pergi cari persiapan kahwin eah. Kamu kena kahwin, Jim. Sampai bila nak membujang. Pastu, tak malu ke berkepit aje dengan anak dara orang?"
Park Jimin melirikkan mata nya kepada Jung Jieun. Rasa bersalah pula apabila melibatkan gadis itu dalam permasalahan dia. Haih! Mummy pun satu hal. Tak payah lah sampai nak menikah. Sekadar cukup sampai sini aje kan senang. Tak payah aku nak fikir benda lain lagi dah.
"Eun, kamu cintakan Jim?"
Jung Jieun mengangkat muka nya akibat terkejut dengan soalan yang bagi nya tidak ada kaitan langsung dengan nya. Aku rasa nak cabut lari sahaja sekarang niey. Macam mana aku nak cakap aku cintakan dia kalau aku tak cintakan dia langsung. Baru berapa hari jumpa. Boleh buat aku jadi gila macam niey!
"Err…Cin---"
"Mummy…mesti lah dia cintakan Jim. Apa lah mummy niey tanya macam tuey. Jim pun cintakan dia. Kita orang saling cinta mencintai. Kan sayang?"
Tangan Jung Jieun dipegang erat oleh Park Jimin. Selamba dia mencium lembut tangan itu. Jung Jieun berasa tidak selesa dengan kelakuan Park Jimin. Sudah lah sekarang Puan Rina sedang tengok kita orang. Tersenyum penuh makna pula tuey. Benci lah aku macam niey. Lelaki gila niey boleh pulak cium tangan aku. Jangan melebih boleh tak?!
"Sayang…"
"Err ya?"
"Kita saling mencintai kan?"
"Ya…aunty. Ya!"
"Bagus lah! Jadi, terima anak mummy ya, Eun. Kahwin dengan dia. Mummy harap sangat korang berkahwin sebelum mummy menutup mata."
"Apa mummy niey?"
"Betul lah. Terima anak mummy."
Jung Jieun jadi serba salah. Kenapa lah aku kena hadap dengan semua ini? Kenapa tidak orang lain sahaja yang jadi seperti ini? Sudah lah, mummy dia macam berharap aje aku nikah dengan anak dia. Oh my abang tersayang, tolong lah adik mu ini.
×××
"Sorry…"
Ucap Park Jimin perlahan sambil dia memandu sekarang. Tak sangka masalah nya mengakibatkan Jung Jieun terpaksa berkahwin dengan dia. Dengan tidak rela nya, Jung Jieun terima tadi. Park Jimin rasa remuk tapi dalam masa yang sama, dia rasa gembira pula apabila gadis itu terima.
Jung Jieun mengeluh. Betul ke apa yang aku buat ini? Aku rasa ini lah keputusan paling gila pernah aku buat selama 21 tahun ini. Apa nasib aku kelak kalau aku sudah berkahwin dengan lelaki ini? Bagaimana dengan abang nanti? Aku takut dia marahkan aku sebab keputusan gila ini.
"Awak boleh cakap dekat mummy tadi yang awak tak terima. Dan kita takkan berkahwin."
"Mummy awak tuey mengharap sangat saya kahwin dengan awak. Saya jadi serba salah. And you! Kenapa tak cakap yang mummy awak dah plan semua niey? Tak pasal saya terlibat sama!"
"Saya minta maaf. Nanti saya cakap dekat mummy yang kita tak nak berkahwin."
"Semua dah terlambat. Awak tak nampak mummy awak gembira sangat tadi? Awak nak hancurkan kegembiraan dia?"
"Jadi, awak setuju lah kahwin dengan saya?"
"Terpaksa!"
"Okey. For now, saya hantar awak balik. Dress niey awak boleh ambil. Anggap aje hadiah dari saya. Nanti saya hantar balik baju awak."
Jung Jieun menutup mata. Terpejam serapat nya. Kenapa dalam banyak - banyak orang, aku jugak yang harus terima semua ini? Jujur aku cakap, aku terpaksa kahwin dengan lelaki ini. Tak sampai hati aku nak melihat wajah kekecewaan mummy. Aku tak sanggup. Mummy gembira sangat tadi. Jap! Sejak bila aku gelarkan Puan Rina, mummy niey?! Haih apa - apa sahaja lah.
×××
"Eun pergi mana?"
Soal Jung Hoseok sebaik sahaja melihat Jung Jieun masuk ke dalam rumah. Lagi terkejut, melihat penampilan adik nya. Mana adik aku pergi sebenarnya niey? Dengan dress bagai melekat dekat badan. Pastu, dihantar dengan kereta mewah. Sejak bila adik aku perangai macam ini?
"Abang…"
"Kenapa, Eun?"
Jung Jieun mula menangis dihadapan abang nya. Terkejut Jung Hoseok jadi nya. Aku takut nak cakap dekat abang. Dia marah ke aku nanti? Aku dah buat keputusan gila niey tanpa cakap dekat dia dulu.
"Dik…kenapa niey?"
"Abang…jangan marah tau dengan apa yang Eun nak cakap. Jangan melenting, jangan marah, jangan memgamuk pun."
"Okey! Apa dia?"
"Eun…Eun nak kahwin."
"Huh?!"
"Abang! Maafkan Eun. Eun tak cakap dulu dekat abang sebelun Eun buat keputusan niey. Sebenarnya, Eun terpaksa terima perkahwinan niey, bang."
"Tell me everything!"
Jung Jieun menelan liur. Dan dia cerita lah semua nya apa yang berlaku tadi. Betul ke apa aku dengar niey? Adik aku terpaksa berlakon jadi kekasih olok dan sekarang kena nikah dengan lelaki itu. Tak sangka dengan lelaki yang aku jumpa dekat restoran itu dulu. Esok, aku kena jumpa lelaki itu.
"Pergi mandi."
"Abang tak marah?"
"Macam mana nak marah kalau adik cakap jangan marah tadi? Tak pe lah. Semua nya dah jadi. Abang terima siapa je lelaki yang nak kahwin dengan adik but lelaki tuey mesti lah terima adik seada nya dan boleh protect adik."
"Terima kasih, bang."
"Cheonma. Pergi mandi."
×××
to be continued.
vote.
comment.17 May 2017.
YOU ARE READING
[C] Meant To Be | pjm
Roman d'amour- Winner of BESTIES2018 - 🍎 Army Of The Year 🍎 siapa sangka, dari menjadi kekasih olok - olok kepada Park Jimin, berakhir dengan sebuah perkahwinan yang paling tidak disangka oleh Jung Jieun. Jieun terpaksa terima untuk menikahi Jimin, lelaki yang...