"Pergi lah dulu. Nanti saya masuk lah. Ada kerja yang saya nak buat niey." kata Jimin kepada Jieun yang masih lagi tercegat di hadapan dia. Mereka baru sahaja selesai berbincang dengan beberapa orang pekerja yang lain.
"Ok." Jung Jieun mengambil barangan dia dan terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Manakala Park Jimin meneruskan kerja dia yang tergendala tadi.
×××
Terkocoh - kocoh Puan Rina berlari ke pintu utama kerana dari tadi lagi loceng rumah nya berbunyi. Entah siapa lah yang datang ke rumah nya. Sebaik sahaja pintu dibuka. Ada seorang perempuan tinggi lampai sedang tersenyum kepada nya.
"Hai, aunty. Ingat saya lagi?"
"Mesti lah ingat. Kim Raisha kan?"
Kim Raisha pantas mengangguk sambil tersenyum. Senyuman pada bibir Puan Rina juga terlakar. Kemudian, dia mengajak Raisha masuk ke dalam.
×××
Jung Jieun tidak ada mood nak buat kerja. Semua nya jadi serba tidak kena. Entah lah kenapa tapi dia rasa sangat serabut. Marahkan suami dia? Suami dia tak ada buat salah apa pun. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dia.
Oleh kerana tidak ada mood nak buat kerja, dia pergi ke pantri untuk basahkan tekak dia. Sekurang nya dapat hilangkan rasa serabut dia ini. Ada dua pekerja dekat pantri. Jieun tersenyum kepada mereka.
"Puan Jieun nak buat air ya?" soal Seong Hwayoung kepada isteri majikan nya itu.
"Ya. Kopi ada lagi kan?" dia kurang minum minuman berkafein tapi hari ini dia rasa nak minum. Selalu nya suami dia lah yang gemar akan minuman berkafein ini.
"Ada. Saya ambil eah."
"Eh! Sokay. Saya boleh buat sendiri.Awak enjoy lah minum semula." ramah Jung Jieun bercakap dengan pekerja suami nya. Hwayoung mengangguk dan kembali duduk.
Jung Jieun mengambil sebuah bekas yang mengandungi serbuk kopi dan bancuh perlahan. Dia kemudian nya keluar dari pantri setelah siap membancuh air kopi. Jimin masih lagi tidak masuk ke dalam pejabat dia. Jung Jieun mengeluh.
×××
"Rai dah kahwin?" soal Puan Rina kepada Kim Raisha. Dia mahu mengorek latar belakang gadis itu yang sudah lama tidak bersua muka dengan nya. Mana lah tahu kalau gadis itu sudah berumahtangga.
"Belum. Rai tak jumpa lagi yang sesuai. Lagipun, busy dengan kerja sekarang." dia mahu berbasa basi dahulu dengan Puan Rina. Tidak mahu menyatakan hasrat hati nya itu lagi.
Tersenyum Puan Rina mendengar nya. Dia fikir ini lah seelok - elok peluang yang ada. Peluang yang dah sedia ada di depan mata harus lah digapai cepat. Terus mata nya terbayang anak nya, Park Jimin dan Kim Raisha dalam sebuah perkahwinan.
"Bagus lah!"
"Kenapa bagus, aunty?"
"Eh! Tak ada apa."
Puan Rina masih lagi tersenyum pada Raisha. Berbunga hati nya apabila gadis dihadapan nya kini masih belum berpunya. Dia sudah rencanakan sesuatu. Kemudian, dia menyuruh pembantu rumah nya supaya keluarkan dessert dalam peti sejuk dan hantar ke depan untuk Raisha.
×××
"Sayang…" bahu Jung Jieun ditepuk perlahan agar bangun. Masuk aje dalam bilik pejabat, dia dah nampak yang isteri nya sedang tidur nyenyak di atas sofa. Mug juga ada di atas meja kopi.
Jung Jieun tidak bangun. Jadi, dia biarkan sahaja isteri nya itu tidur.Blazer nya ditanggalkan dan letakkan pada badan Jieun. Baru dia perasan yang Jieun tidak berlapikkan apa - apa di bawah kepala. Dia ambil bantal kecil lalu letak bawah kepala Jieun.
"Jimin tak guna!" gumam Jung Jieun perlahan. Park Jimin dapat menangkap apa yang isteri nya cakap lalu dia berpaling pada Jung Jieun. Tapi isteri nya masih lagi tidur. Dia tersenyum kecil seraya menggeleng.
"Pasti mimpi yang bukan - bukan niey. Apa lah!" kata Jimin sambil mengelus lembut pipi Jieun. Tangan nya ditepis kuat menyebabkan Jimin terkejut. Dia berdiri dan memandang isteri nya dengan pelik.
Kemudian…
"Tak guna!!" jerit Jung Jieun tiba - tiba seraya tersedar dari tidur nya. Sudah tentu lah Park Jimin terkejut melihat isteri dia macam itu. Segera Jimin duduk semula disebelah Jung Jieun.
"Are you okay?" soal Jimin. Mereka bertentang mata buat seketika. Lepas itu, Jung Jieun turun dari sofa tanpa menjawab soalan suami nya itu. Jimin mencapai tangan Jieun tapi tangan nya ditepis. Segera Jieun keluar dari bilik itu dan pergi ke tandas.
"Kenapa pula ngan dia?" Jimin menyoal diri dia sendiri. Sukar dia nak percaya dengan apa isteri nya buat kepada dia. Tak pernah lagi Jieun bersikap begitu. Park Jimin mengeluh.
×××
"Jom lunch." Park Jimin mengajak isteri nya. Jung Jieun tetap sama macam tadi selepas bangun tidur. Tak bercakap dengan suami dia dan lebih banyak termenung. Entah apa lah yang difikirkan. Jimin mahu tahu apa yang menganggu fikiran isteri nya itu.
Jung Jieun pantas menggeleng. Tiada mood dia nak keluar pergi makan. Lagipun dia tak lapar sekarang ini. Park Jimin mengeluh seraya menarik kerusi lalu duduk dihadapan isteri dia. Wajah Jieun ditatap nya lama sebelum bercakap.
"Awak ada masalah ke?" soal Park Jimin. Jung Jieun menggeleng sekali lagi. Dia sedikitpun tidak memandang wajah suami nya itu.Tangan nya pula dicapai oleh Jimin.
"Kalau tak de, kenapa awak senyap aje hari niey? Ke awak tak sihat? Ada sakit kat mana - mana ke? Cuba awak bagitahu saya. Kalau awak tak cakap, macam mana saya nak tahu?" panjang lebar Jimin menyoal. Jung Jieun tidak menjawab malahan dia menangis pula.
Mimpi yang dia terima tadi benar - benar membuatkan dia terkesan sampai sekarang. Dia takut mimpi itu akan menjadi kenyataan. Dia tak sanggup nak hadapi nya.
Park Jimin kaget melihat isteri nya tiba - tiba menangis. Dengan cepat dia menarik Jieun ke pangkuan nya. Jung Jieun memeluk dia erat bagaikan tidak mahu lepas. Pelukan itu dibalas semula oleh Jimin.
"Menangis lah kalau itu buatkan awak rasa tenang." kata Jimin perlahan dan lembut sambil menggosok belakang isteri nya. Baju kemeja dia sudah basah dengan air mata Jieun.
×××
Dari jauh Kim Raisha melihat pasangan suami isteri itu. Dia rasa cemburu yang amat sangat. Wajah lelaki itu kelihatan sungguh bercahaya dan ada sinar kebahagiaan.
Dia juga melihat bagaimana rupa isteri lelaki itu. Cantik juga orang nya dia fikir. Tak lama selepas itu, Raisha tersenyum sinis sebelum berkata sesuatu.
"Aku akan singkirkan kau, perempuan!" kata nya dengan pemuh kebencian. Segera dia bersembunyi apabila kereta honda berwarna hitam melintasi dia. Raisha melihat kereta itu sampai menghilang dari pandangan mata nya.
"Aku akan dapatkan kau semula, Park Jimin. Aku janji."
×××
to be continued.
Raisha dah balik Korea guys.
HOHOHO. so, what gonna to happem next? fikir sndiri Hahaha. KBYE!vote.
comment.8 June 2017.
YOU ARE READING
[C] Meant To Be | pjm
Romansa- Winner of BESTIES2018 - 🍎 Army Of The Year 🍎 siapa sangka, dari menjadi kekasih olok - olok kepada Park Jimin, berakhir dengan sebuah perkahwinan yang paling tidak disangka oleh Jung Jieun. Jieun terpaksa terima untuk menikahi Jimin, lelaki yang...