MTB | 37

1.9K 174 15
                                    

5 BULAN KEMUDIAN

"Shuben!!" laung Jung Jieun dari dapur sambil memegang pinggang nya itu. Kepala nya dijengahkan untuk melihat sama ada suami nya itu sudah datang atau belum.

"Shub---"

"Coming!!" laungan Jimin membuatkan Jieun tidak sempat nak habiskan panggilan dia. Membuntang mata nya melihat Jimin memakai beanie, baju putih lengan panjang dan berseluar jeans warna hitam.

"Ada apa, wife?"

"Awak nak pergi mana niey?"

"Ohh…saya nak keluar jap. Wonwoo ajak jumpa. Pastu, nak pergi rumah Namjoon kejap. Awak nak ikut ke?" Jimin memberitahu rancangan nya pada Jieun. Jieun mencebik. Patut lah hensem sangat.Nak keluar rupa nya.

"Tak nak. Awak tolong ambil gula dalam kabinet jap. Saya tak sampai lah."

"Pendek." kata Jimin perlahan seraya melangkah masuk ke dalam dapur. Kabinet dibuka dan dia mengambil gula dengan mudah nya lalu diberikan kepada Jieun.

"Awak tuey pun sama je!"

"Laa dengar ke?"

"Mesti lah!"

"At least, saya lagi tinggi dari awak tau! Nak pesan apa - apa tak sebelum saya pergi niey? Cakap aje awak nak makan apa, saya belikan untuk awak."

"Hurm…nasi ayam?"

"Okey, boleh. Kiss me!" Jimin mendekatkan muka dia pada Jung Jieun. Jieun tersenyum lantas mencium kedua pipi Jimin. Dan Jimin balas balik dengan mencium bibir Jieun.

"Drive safely, sayang."

"Hurm…"

×××

Park Jimin membetulkan rambut dia dicermin kereta sambil menunggu Wonwoo datang. Lepas itu, dia intai tengok ke dalam halaman rumah Wonwoo. Dah makin bertambah koleksi motor kawan nya itu. Dari dulu lagi, Wonwoo sukakan motor. Kereta ada tapi jarang dia guna.

"Yo, Jim! Lama tunggu?" sapa Wonwoo seraya masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup. Lepas itu, tali pinggang dipakai nya. Park Jimin mencebik seraya dia mula memandu.

"Dah keluar ekor tunggu kau!"

"Mana ekor? Tak de pun." Wonwoo meraba punggung Jimin. "Woi! Gila apa kau niey? Gay ke?" marah Jimin seraya menolak tangan Wonwoo. Jeon Wonwoo ketawa terbahak - bahak.

"Aku straight ok! Gay niey tak main lah, bro. Haaa kejap lagi. Aku nak kenalkan kau dengan bakal isteri aku tau."

"Bakal isteri?"

"BAKAL ISTERI?!!" tempik Park Jimin sebab terkejut sangat. Mata nya membulat besar. Tak sangka dalam diam, kawan nya itu sudah mahu berkahwin. Kepala Jimin dicepuk oleh Wonwoo.

"Agak - agak lah! Ya. Bakal isteri aku. Aku lebih kurang sama lah dengan kau punya story. Tapi ini pilihan family aku. Aku dah tengok rupa dia tapi dalam gambar lah. Cantik orang nya. Bila aku tengok dia tuey kan, jantung aku berdegup kuat. Seolah dunia niey terhenti sekejap. Rupa dia bak bi--" kepala Wonwoo pula dicepuk oleh Park Jimin. Wonwoo tersengih.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now