MTB | 33

1.5K 167 44
                                    

Bangun aje tidur pagi tadi, suami nya tak de dekat sebelah. Jadi, makna nya Jimin tidak balik semalam. Jieun mengeluh. Marah sangatkah Jimin kepada dia sehingga tidak balik ke rumah?

Jus oren dicapai dan dituangkan ke dalam gelas lalu diminum sampai habis. Gelas tadi diletakkan ke dalam sinki tanpa dibasuh. Jung Jieun kemudian nya, terdengar bunyi pintu diakses. Jadi, dia menapak ke ruang tamu.

"Awak pergi mana?"

"Buatkan aku air sejuk!"

"Air apa?"

"Apa - apa je lah! Cepat sikit!" arah Jimin seraya duduk terkangkang di atas sofa. Jung Jieun akur. Dengan cepat dia pergi dapur dan ambil jus oren di dalam peti sejuk. Kemudian, dia keluar semula lalu diberikan kepada Jimin.

"Awak dah bersarapan belum?"

"Aku nak cakap sikit dengan kau niey. Duduk sini kejap." kata Jimin tanpa menjawab pertanyaan isteri dia. Jung Jieun lantas duduk disebelah suami dia. Jimin memandang Jieun lama.

"Awak nak cakap apa?"

"Pasal perkahwinan tuey."

"Ohh…awak setuju? Bagus lah. Saya harap perkahwinan awak dan Raisha berbahagia selalu. Moga dapat anak yang comel belaka."

Jung Jieun tersenyum walaupun tahu senyuman itu tidak lah seikhlas mana pun. Siapa aje sanggup melihat suami sendiri berkahwin dengan orang lain. Hakikat nya, Jung Jieun tidak suka berkongsi.

"Kau betul ke niey?"

"Betul la. Kan saya dah izinkan awak kahwin dengan dia. Saya yakin awak akan bahagia dengan dia."

"Hurmm aku akan kahwin dengan dia. Mummy dan kau selalu paksa aku sangat kan. Aku setuju kahwin dengan dia sebab kau. Aku sayang kau, Eun."

Park Jimin menarik Jieun ke dalam dakapan nya. Tapi sebelum itu, sempat dia mengucup perlahan dahi isteri dia. Jung Jieun mengeluh perlahan lalu membalas pelukan itu. Sekurang nya, suami dia dah bersetuju untuk kahwin dengan Raisha walaupun dia tidak begitu suka.

"Busuk lah! Pergi mandi." Jung Jieun meleraikan pelukan seraya menutup hidung. Park Jimin mencium badan nya. Setahu dia, dia dah mandi tadi sebelum balik ke rumah.

"Aku dah mandi lah."

"Tak! Kalau awak mandi, kenapa masih bau busuk? Eee tak suka lah!Baik awak mandi sekarang. Kalau tidak, saya tak nak dekat dengan awak."

Jung Jieun menjauhi suami dia sambil tangan nya masih lagi menutup hidung. Park Jimin jadi hairan. Tang mana nya busuk? Dia siap bersabun syampu lagi dekat rumah Namjoon.

"Busuk!" Jung Jieun segera beredar dari ruang tamu. Park Jimin menggaru kepala dia yang tidak gatal itu. Apa kena pula dengan isteri dia?

"Aku dah mandi lah!"

"Tak!!"

×××

Jung Jieun meletakkan segelas air dihadapan Raisha. Geli geliman melihat perilaku Raisha kepada suami dia. Park Jimin pula layankan sahaja. Saja nak buat dia cemburu ke apa? Tadi bukan main lagi, bergurau senda dengan dia. Sekarang? Macam ada dua personaliti pulak.

"Ohh thanks, maid."

"Watch your mouth, Rai. She's not a maid! Datang sini, behave lah." celah Park Jimin. Tidak suka dengan kenyataan Raisha yang memanggil Jieun, pembantu rumah.

"Oopps, sorry!" Raisha berkata seperti dalam nada mengejek seraya mengambil air di atas meja. Jung Jieun masuk semula ke dalam dapur. Tak sanggup lah dia nak melihat kemesraan yang ditunjukkan mereka berdua.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now