"Dah banyak kali pesan, tuala tuey sangkut lepas guna. Tapi still tak nak dengar aku cakap. Nasib suami, kalau tidak dah lama tangan tuey aku rotan sampai lunyai." bebel Jung Jieun sambil mengutip tuala milik suami nya lalu disangkutkan pada hanger.
Jieun menunduk ke bawah untuk menyapu di bawah katil. Tika dia menarik semula penyapu, dia menarik sekali gumpalan kertas. Jung Jieun mengerutkan dahi nya dan dia duduk di atas lantai sambil membuka gumpalan itu.
Anniversary JiJi.
1- Tempah hotel ✔✘
2- Kek (?) ✔
3- Hadiah for Eun is a must!!
4- Salsa dance (?) HAHAHA ✘✔
5- Makan minum ✔
6- Special for Eun; abe Jim nyanyi.
7- asdfghjkl
*conteng*Jung Jieun menekup mulut nya. Adakah suami nya sedang merencanakan sesuatu pada hari anniversary mereka? Jieun tergelak kecil. Nak buat kejutan tapi dah terbongkar. Nak buang sampah pun agak - agak lah. Bawah katil pula tuey.
"How sweet…comel je laki aku!" Jung Jieun bangun seraya mencarikkan kertas tadi menjadi cebisan kecil lalu dibuang ke dalam tong sampah. Penyapu diambil dan dia kembali menyapu dalam bilik tidur mereka.
×××
"Masuk!" laung Jimin. Kang Seulgi membuka pintu dan menapak ke majikan nya. Park Jimin mengangkat kepala seraya mengambil buku catatan yang diberikan Seulgi.
"Semua dah settle?" soal Jimin.
"Dah cuma…band aje yang saya tak dapat nak cari. Nanti saya akan tanya dengan kawan saya. Mana tahu mereka ada kenal."
"Okey. Pastikan settle sebelum hari selasa ini. Oh ya! Saya nak tambah lagi satu. Reserved semua bahagian atas hotel itu. Saya nak bersama dengan my wife je dekat situ. Boleh kan?" buku catatan tadi diserahkan semula ke Seulgi.
"Boleh, tuan."
"Bagus. Before that, panggil Changkyun masuk. Awak boleh keluar sekarang." Kang Seulgi mengangguk. Pintu ditutup. Tidak lama selepas itu, Changkyun pula yang masuk.
×××
"Tengok niey, yang!" Jung Hoseok menghalakan telefon nya pada Lee Jihee. Jihee ketawa kecil. Gambar dimana Jieun turut sama buat memek muka menangis bersama anak nya yang tika itu sedang menangis barangkali.
"Eun, Eun…" Lee Jihee menggeleng kepala seraya kembali melipat kain. Jung Hoseok masih lagi menatap gambar itu dan dia tertawa kecil. Dia gembira sebab adik nya gembira sekarang.
"Pa…Pa…" Jung Dawon merangkak mencari appa dia. Telefon diletakkan ke atas permaidani. Jung Hoseok berpaling dan mengambil anak nya seraya dia mencium pipi Jung Dawon.
"Dah bangun pun!" kedua tangan Dawon dipegang dan letakkan dekat kedua pipi Hoseok. Jung Dawon masih lagi mamai dan tak mampu nak tersenyum.
"Dawon nak susu?" soal Lee Jihee pada anak nya. Jung Dawon tidak menjawab malahan meletakkan kepala nya dekat bahu Hoseok. Hoseok menjongket bahu kanan nya, dimana anak nya letakkan kepala dekat situ.
"Saya pergi buat susu lah!"
"Okey."
×××
"Jimin!!" laung Namjoon. Lantas, dia berlari ke Jimin yang sedang menunggu nya itu. Dia tercungap - cungap mencari nafas. Jimin dihadapan nya itu ketawa kecil dan menggosok perlahan belakang kawan nya sambil berkata 'rilex'.
YOU ARE READING
[C] Meant To Be | pjm
Romance- Winner of BESTIES2018 - 🍎 Army Of The Year 🍎 siapa sangka, dari menjadi kekasih olok - olok kepada Park Jimin, berakhir dengan sebuah perkahwinan yang paling tidak disangka oleh Jung Jieun. Jieun terpaksa terima untuk menikahi Jimin, lelaki yang...