Elya keluar dari tandas dengan megelap rambut paras bahunya yang masih basah
Azrif masih dibawa berborak dengan keluarganya yang kini sudah menjadi keluarga Azrif
Elya duduk di hadapan meja solek dan memyapu losyen di sekitar tangannya dan leher
Ketika elya sibuk menyapu losyen pintu biliknya dibuka
Azrif masuk dan terus duduk di atas katil sambil memandang Elya yang membelakanginya
"So apa kata kita berkenalan " kata Azrif
Elya yang terkejut mendengar suara lunak Azrif segera pusing dan lihat Azrif di belakangnya
"Erm..ok" balas Elya perlahan , sejujurnya dia tidak selesa berdua dengan lelaki yang baru menikahinya
"So saya rasa awak tahu saya kerja pilot kan ?" Tanya Azrif sebenarnya dia ingin memancing Elya supaya berborak dengannya
"Tahu" balas Elya
"Ok , saya ada beberapa peraturan sebelum kita balik rumah KITA " kata Azrif sengaja ditekankan ayat kita itu
"Peraturan apa?" Tanya Elya pelik
'Aik, dah jadi suami isteri pun kena ada peraturan ke?" Tanya Elya dalam hati
"First , saya tak suka orang sentuh barang saya , second saya tak suka orang mempersoal sesuatu pasal saya means pasal diri saya . Saya bebas nak buat apa , nak pergi mana , nak keluar dengan siapa , semuanya bebas" terang Azrif panjang
Elya diam dan mendengar walaupun dalam hati memberontak
"Awak pun samalah , awak bebas boleh kemana saja yang awak nak tapi jangan ada lelaki lain " kata Azrif
Dengan mendengar ayat itu Elya geram dan berdiri tapi masih mengawal suaranya
"Stop. Bagi saya ni tak fair , kenapa awak boleh keluar dengan sesiapa sahaja tapi tak bagi saya?" Tanya Elya
Kini Azrif juga berdiri
"Sebab aku tak suka orang curang belakang aku" balas Azrif selamba
"Habis awak curang , tak apa ke?" Tanya Elya separuh memerli
Azrif masih dengan riak tenangnya
"Aku tak apa , sebab aku memang macam ni tak akan boleh setia dengan mana2 perempuan pun . Kau aje tak boleh sebab ayah bagitahu tadi kau tak pernah ada teman lelaki" kata Azrif dan senyum
"So , kau jaga diri kau tu untuk aku je" kata Azrif
Kini bahasanya juga telah berubah dari saya awak ke aku kau
Namun Elya diamkan dan terus bergerak ke katil , Azrif pula terus masuk ke tandas
"This is not fair" kata Elya sendiri
Elya bangun bila rasa pinggangnya dipeluk dari belakang
Dia pusing dan lihat Azrif yang nyenyak tidur sambil memeluknya
Dia dengan perlahan mengalih tangan Azrif dan bangun untuk solat subuh
Setelah selesai mengambil wuduk , Elya merapati katil dan digoncang perlahan bahu Azrif
"Awak , bangun lah subuh " kata Elya perlahan
Namun Azrif hanya menepis tangan Elya
"Kau pergilah subuh sana , kacau je orang nak tidur" kata Azrif dengan mata yang masih pejam
Elya bergerak ke sejadahnya dan mula solat tanpa menghiraukan Azrif
Selesai solat subuh Elya turun untuk siapkan sarapan buat keluarganya
"El, awal bangun . Azrif mana?" Tanya mama Azrif yang kini sudah menjadi ibu mertuanya
"Azrif tidur balik tadi selepas subuh" Elya terpaksa menipu untuk menjaga maruah suaminya
"Hm..El, jangan lah tipu mama , mama tahu anak mama tu tak akan bangun selagi matahari belum terpacak betul atas kepala" kata Mama Azrif dan mengusap belakang badan menantunya
"Maaf ma, El bukan nak menipu" kata Elya berasa bersalah menipu dengan wanita yang memang sudah tahu perangai anaknya
"Tak apalah, perlahan lahan kamu ubah lah si Azrif tu ye" mama memberi semangat pada Elya sambil senyum
Elya juga senyum dan menyiapkan sarapan tadi
YOU ARE READING
Kerana Dia Isteriku
Short StoryApa makna cinta pada Azrif? Adakah hanya sekadar gurauan atau permainan Apa pula makna sayang? Ditaburnya pada setiap gadis yang sering bertukar tukar setiap malam Bagi Elya cinta itu suci dan hanya untuk seorang yang bergelar suami . sayang pula b...