Ep.4

1.3K 49 0
                                    

Elya mengemas bilik tidur barunya di rumah Azrif yang baru mereka pindah masuk petang tadi

Azrif pula di bilik lain sebelah biliknya

Mereka tinggal di kondo berdekatan dengan tempat kerja Azrif

"Kau nak masak atau makan luar?" Tanya Azrif yang baru masuk di bilik Elya

"Masak ? Awak ada barang dapur ke dalam peti ais tu?" Tanya Elya

"Tak, ok lepas makan dekat luar nanti kita pergi beli barang dapur " kata Azrif dan keluar

"Ingatkan masuk nak tolong, tapi nak tanya je hampeh punya suami" bebel Elya sendiri sambil sambung mengemas cadar katil




Malam tu mereka keluar makan di sebuah restoran mewah kegemaran Azrif

"Kau nak makan apa ?" Tanya Azrif setelah selesai oder dia punya

"Erm..saya nak sphagetti cabonara" jawab Elya

Setelah pelayan tersebut beredar , Azrif merenung Elya tidak lepas

Elya yang tidak selesa ditenung begitu melihat pelanggan yang lain , semua pelanggan lain berpasangan dan ada yang terlebih sweet makan bersuap

"Kenapa tenung saya macam tu?" Tanya Elya perlahan

"Saja, kenapa tak boleh tenung isteri sendiri" tanya Azrif

Elya diam dan pandang meja

"Kau kalau tak pakai tudung tak boleh ke?" Tanya Azrif

Elya pandang Azrif

"Kenapa saya nak kena buka tudung?" Tanya Elya tak puas hati

"Orang pandang aku pelik , mana pernah aku bawa perempuan bertudung datang makan dengan aku" terang Azrif dan bersandar pada kerusinya

"Jadi awak pernah bawa perempuan datang makan dekat sini?" Tanya Elya perlahan , dia sebenarnya cemburu tiba2

"Hm..selalu , boleh diakatakan tiap hujung minggu perempuan yang berbeza akan datang dengan aku"" terang Azrif dan senyum bangga

Dia tahu Elya cemburu , jelas dari riak wajahnya

"Terima kasih" kata Elya setelah pelayan meletakkan makanan di atas meja makan

"Makanlah" pelawa Azrif dan mula makan




Selepas makan mereka berdua membeli barang di Tesco

"Aku tak pernah beli barang dapur ni , kau beli jelah apa pun" kata Azrif sambil menolak troli

"Hm..awak nak ikut ke saya nak pergi ambil ikan dan udang" kata Elya , tahu sangat suaminya ini mengada

"Ee..tak lah aku pergi tempat minuman jap" kata Azrif dan bergerak ke tempat minuman

Ketika Elya sedang sibuk memilih ikan dia diperhati oleh seseorang yang berdiri tidak jauh dari nya

"Elya?" Tanya lelaki itu

"Hm.." Elya pusing dan nampak kawan lamanya

"Eh, Hafiz" kata Elya dan senyum gembira

"Kau datang sorang ke" tanya Hafiz

"Tak lah aku mai dengan suami aku" balas Elya

"Ni kau ni , datang ngan siapa" tanya Elya pula

"Isteri aku la, tu dekat sana" kata Hafiz sambil tunjuk ke arah wanita mengandung di tempat susu bayi dengan seorang budak kecil

"Huish..cayalah anak dua dah" usik Elya

Hafiz senyum

"Kau datang tak nanti Reunion sekolah kita?" Tanya Hafiz

"Oh ya , betul la Zaida ada bagitahu haritu" kata Elya yang baru teringat

"Datang " kata Elya

"Jangan lupa bawa suami kau sekali , kenalkan dengan kami semua" kata Hafiz

Elya senyum dan angguk

"Abah , jom akish lapar" anak Hafiz datang dan memeluk kaki Abahnya sambil mengadu lapar

"Hm jom" jawab Hafiz

"Ok lah , aku nak balik dah ni . Nanti kita jumpa lagi" kata Hafiz dan beredar

Elya senyum dan lambai ke arah mereka sekeluarga

"Pilih ikan ke , pilih jantan" perli Azrif dari belakang

Dia sebenarnya dari tadi lagi usya bini dia bersembang dengan lelaki itu

"Ish..tu kawan lama saya la" kata Elya dan kembali mengambil ikan

Azrif buat muka di belakang

Entah kenapa tiba2 rasa lain bila nampak Elya dengan laki lain

'Ah, lantaklah aku kisah apa aku pun bukannya setia sangat' kata Azrif dalam hati

Kerana Dia IsterikuWhere stories live. Discover now