Special Chapter 1

1.4K 38 2
                                    

"Arif jangan lari nanti jatuh !" Jerit Elya yang mengejar anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun

"Kenapa sayang jerit2?" Tanya Azrif yang baru datang dengan dulang berisi dua gelas air teh dan biskut coklat

"Anak kesayangan abang la lari2 dari tadi , kalau jatuh karang luka pulak" bebel Elya

Azrif ketawa dan peluk bahu Elya

"Sayang budak nak membesar memang kena jatuh , lagipun bahagian taman rumah kita ni semua rumput sayang jangan risau ye" kata Azrif dan cium rambut Elya

"Abang ni kalau Arif nampak karang?" Tanya Elya yang menolak perlahan pipi Azrif sambil senyum malu

"Biar lah dia nampak , abang cium rambut sayang bukan cium..." Azrif sengaja menggantung ayatnya sambil kenyit mata pada Elya

Elya blush dan sembam wajahnya ke dada Azrif

"Arif , sini baba ada bawa biskut coklat ni meh makan dulu lepas tu sambung main" Azrif memanggil anak mereka dan meletakkan pinggan biskut itu di hadapan Arif

Arif lari terkedek kedek mendapatkan babanya dan duduk di bangku sebelah Azrif untuk makan biskut yang baru diletakkan

"Sian dia penat lari ye " kata Elya dan lap peluh di dahi Arif

"Ma, etang ni arip nak peyi umah tokmak" kata Arif yang masih belum lancar tutur bicaranya

"Ni petanglah sayang , tak apa kejap lagi arif naik mandi pakai wangi2 lepas tu kita pergi rumah tokmak" kata Elya dan tengok anaknya itu makan

"Sayang nak pergi rumah mama , nak tidur sana ke?" Tanya Azrif

"Tak lah , balik la esok kan abang kerja" kata Elya

"Yelah , tapi kalau sayang nak tidur sana boleh je lagipun abang boleh bawa baju kerja pergi rumah mama" kata Azrif dan pegang tangan Elya

"Boleh ke abang ? Ok kalau macam tu kita tidur rumah mama" kata Elya teruja nak pergi rumah mak mertuanya

Pukul 5 mereka bertiga bertolak ke rumah mama Azrif yang tidak berapa jauh dari tempat tinggal mereka

"Tu mama kesayangan sayang dah siap tunggu dekat taman lagi" kata Azrif sambil menunjukkan jarinya me arah mamanya yang sedang menunggu mereka

"Ish abang ni" marah Elya dan tepuk perlahan tangan Azrif

"Abang gurau jelah" kata Azrif dan cubit pipi Elya sebelum keluar dari kereta

"Hah sampai pun anak menantu mama ni" kata mama Azrif sambil senyum dan datang memeluk Elya yang baru turun dari kereta kemudian dia peluk pula cucunya

"Cucu tokmak ni , dah seminggu tak datang rumah tokmak kenapa?" Tanya mama Azrif yang sedang mendukung cucunya

"Arif peyi bercuti ngan umi dan baba" kata Arif

"Pergi bercuti tak ajak tokmak pun" kata Mama azrif sambil sengaja berpura merajuk

"Ala baba tak gitau pun " kata Arif dan garu kepalanya

"Pandai cucu tokmak ni" mama Azrif mencium pipi cucunya itu

"Ma mana papa ?" Tanya Azrif ketika mereka sudah duduk di ruang tamu

"Papa kamu keluar pergi minum petang dengan kawan2 dia tu" kata Mama Azrif yang tidak lepas bermain dengan cucunya

"Ni kami ada belikan mama buah tangan waktu kami pergi Bali" kata Elya dan menghulurkan sesuatu pada ibu mertuanya

"Oh terima kasih" kata mama Azrif

"Seronok pergi bercuti?" Tanya mama Azrif

"Seronok la ma , nak pula ni ada cucu mama yang mulut banyak ni" kata Azrif dan usap kepala Arif

Mama Azrif ketawa

"Kamu tidur sini kan hari ni?" Tanya mama Azrif

"Ye kami tidur sini" jawab Azrif

" kalau macam tu Arif tidur dengan mama eh malam ni" kata mama Azrif

"Tak apa ke ma , lagipun Arif ni buas" kata Elya

"Tak apa , mama rindulah cucu mama ni" kata mama Azrif

Azrif menganggukkan kepalanya dan senyum pada mamanya

"Malam ni...Arif tak ada nak ganggu kita" kata Azrif yang sedang baring di atas katil

"Kalau Arif tak ada kenapa? " tanya Elya

"Sayang ni buat2 tak faham pulak" kata Azrif

"Oh...abang nak ..." kata Elya dan pusing menghadap Azrif

"Hm...dah lama abang tak manja dengan isteri abang ni , selalunya abang busy dengan kerja sekarang ni dah kita ada peluang mana boleh lepaskan" kata Azrif kenyit mata pada Elya

"Abang ni nakal lah , kejap lagi lah saya nak mandi dulu" kata Elya sambil mencapai tualanya

"Kita mandi sama2" kata Azrif dan bangun dari baring

"Dalam kiraan tiga kalau abang lambat saya kunci pintu bilik air" kata Elya dan segera berlari masuk tandas

"Eh sayang mana aci" Azrif juga segera berlari masuk

Kerana Dia IsterikuWhere stories live. Discover now