Elya yang sampai rumah lewat ditegur oleh Azrif yang sedang menonton televisyen di ruang tamu
"Lambat balik , pergi dating ke?" Tanya Azrif
"Apa masalah kalau saya dating ke apa?" Tanya Elya
"Aku dah bagitahu kan aku tak suka kau curang " kata Azrif kini berdiri menghadap Elya
"Oh lepas dah ambik dara saya , sekarang awak nak atur hidup saya pula" kata Elya
"Saya bukan nak atur hidup awak tapi memang seorang isteri wajib minta izin suami untuk keluar dari rumah , dan pasal dara awak saya cuma ambil hak saya sebagai seorang suami salah ke" kata Azrif
"Salah memang salah , sebab awak ambik dara saya secara paksa " kata Elya air di tubir mata tak lagi mampu ditahan
Azrif melihat Elya menangis terasa sesuatu di hati
sebenarnya dia rindu untuk bercakap dengan Elya tapi dia tidak tahu bagaimana nak memulakan bicara dengan Elya
Elya menangis dan berlari masuk ke biliknya
"Haish..bodoh kan dia dah menangis , baru je berhenti menangis" kata Azrif sendiri
"Elya bukaklah pintu ni saya minta maaf , saya janji lepas ni saya akan layan awak sebagai isteri . Saya dah bertaubat saya nak kita hidup macam suami isteri yang lain , saya dah jatuh hati pada awak" terang Azrif sambil mengetuk pintu bilik Elya
"El...bukak lah sayang" panggil Azrif lagi kali ini dia sudah terduduk di lantai
"Yelah tu , jatuh hati konon boleh percaya ke" kata Elya sendiri
Disebabkan malas fikir Elya masuk tandas dan mandi
Setelah selesai solat isyak elya keluar untuk minum air , ketika elya bukak pintu biliknya Azrif yang sedang bersandar di pintu itu terjatuh di lantai
"Awak! Awak buat apa dekat sandar dekat pintu bilik saya" tanya elya
"Awak ni , marah saya jangan lah bukak pintu tu kasar sangat . Pinggang saya sakit ni tak boleh bangun" kata Azrif sambil memegang belakang badannya
"Awak ni , sakit sangat ke?" Tanya Elya risau melihatkan wajah Azrif yang begitu berkerut menahan sakit
"Jom ke ruang tamu saya sapukan minyak angin" kata Elya sambil perlahan lhan memapah Azrif keluar dari biliknya

ANDA SEDANG MEMBACA
Kerana Dia Isteriku
Historia CortaApa makna cinta pada Azrif? Adakah hanya sekadar gurauan atau permainan Apa pula makna sayang? Ditaburnya pada setiap gadis yang sering bertukar tukar setiap malam Bagi Elya cinta itu suci dan hanya untuk seorang yang bergelar suami . sayang pula b...