"Yang kau siap lawa2 ni nak pergi mana ? Dating?" Tanya Azrif
Elya yang sedang melilit tudung shawl pusing dan memandang Azrif
"Awak lupa ke, kan semalam saya dah bagitahu saya nak pergi majlis Reunion dekat sekolah Rendah saya dahulu" kata Elya dan pandang Azrif
"Oh , aku lupa" kata Azrif
"Ni awak tak siap ni , awak tak nak ikut ke?" Tanya Elya
"Kejap lah bagi aku 40 minit" kata Azrif dan masuk ke biliknya
Elya sambung melilit tudung yang tergendala tadi
"Dah , jom" kata Azrif dan mengambil kunci keretanya
"Nanti kau nak cerita ke dekat kawan2 kau pasal perkahwinan kita ni?" Tanya Azrif
"Saya cerita tapi saya akan cakap yang kita kahwin sebab cinta , saya tak nak diorang tahu saya dijodohkan" kata Elya dan tunduk
"Ok , kalau macam tu maknanya aku kena berlakon lah ni" tanya Azrif
Elya menganggukkan kepalanya , dia sebenarnya malu nak berlakon pegang tangan dan sweet dengan Azrif
Sampai sahaja di tempat parking kereta , Elya nampak ramai kawan2 lamanya yang sudah sampai
"Jom" kata Azrif bila Elya masih tak bergerak
"Awak" panggil Elya dan menarik tangan Azrif yang baru hendak buka pintu kereta
"Apa kau ni?" Tanya Azrif
"Saya rasa kita .... balik ajelah " kata elya
Azrif meraup rambutnya
"Kau ni, kita dah sampai kan . Kau jangan nak macam2 aku penat tau tak pandu " kata Azrif dan terus membuka pintu
"Wei siapa tu , kawan kita ke?" Tanya Syahirah kepada Dina
"Entah . Hensem siot , siapa tu?" Dina senyum sambil bermain dengan hujung rambutnya
"Ke laki kawan kita?" Sampuk Ati
"Ala melapas lah pula" kata Dina dan memuncungkan bibirnya
Elya keluar dan semua mata kawannya tidak berkelip bila nampak Elya
[Itu bayangan Elya]
"Assalamualaikum " sapa Elya dan menghulurkan tangannya kepada Zeti , Dina dan Syahirah
"Waalaikumsalam, elya ke ni?" Tanya Dina
Elya senyum dan angguk
Kemudian mata mereka memandang Azrif yang dari tadi berdiri di belakang Elya
"Ni kenalkan suami aku , Azrif" kata Elya
Azrif senyum pada mereka bertiga
Dina sudah senyum malu , manakala Zeti dan Syahirah pandang Azrif tidak berkelip
"Wei , korang buat apa kat bawah kenapa tak naik lagi?" Jerit Shah kawan Elya dari atas
"Nak naik la ni" balas Dina dan senyum pada Azrif sebelum berlari naik
Mereka naik dan macam tadi semua mata lelaki kawan lama Elya pandang Elya tak berkelip
Kemudian diorang pandang tangan Azrif yang memeluk pinggang Elya
"Aku Shah kawan Elya" shah menghulurkan tangannya pada Azrif
Azrif sambut sambil senyum
"Azrif , suami Elya" Azrif kenalkan dirinya
Mereka semua memperkenalkan diri mereka yang lain
"Wei elya , laki kau kerja apa?" Tanya Zeti
"Pilot" jawab Elya sepatah
Mereka semua terlopong kerana terkejut
"Wow , mana kau kenal dia?" Syahirah
"erm..kami..terserempak dekat Shopping mall" tipu Elya
Mereka sembang , sebenarnya lebih kepada sibuk nak tahu tentang Azrif
Setelah pukul 6 petang Elya dan Azrif meminta diri untuk pulang
"Bye Azrif , nanti kalau u nak belikan Elya baju dress ke apa datang butik i tau" kata Dina
Azrif cuma senyum dan masuk dalam kereta
"Elya nanti jangan lupa tau datang rumah kitaorang" kata syahirah pula
Elya senyum , dia tahu mereka mahu berjumpa dengan Azrif bukannya dirinya
Dalam kereta Elya banyak diam , maknakal Azrif pula banyak bertanya tentang Dina
YOU ARE READING
Kerana Dia Isteriku
Short StoryApa makna cinta pada Azrif? Adakah hanya sekadar gurauan atau permainan Apa pula makna sayang? Ditaburnya pada setiap gadis yang sering bertukar tukar setiap malam Bagi Elya cinta itu suci dan hanya untuk seorang yang bergelar suami . sayang pula b...