"Auw..sayang sakit, slow sikit" Azrif merengek ketika Elya sedang menyapu minyak panas di belakang badannya
"Badan aje keras tapi urut sikit sakit , bukannya saya tekan pun" Kata Elya
"Tapi sayang urut tu kasar sangat" kata Azrif
"Ish..yelah, saya urut perlahan " kata Elya sambil perlahankan urutan di belakang badan Azrif
"Lain kali sandar la lagi dekat pintu , lepas ni kalau nak sandar tu pergi sandar dekat pagar rumah senang sikit tarik je tarik awak sekali" usik Elya
"Sampai hati , apa lah nasib ada isteri pun isteri tak sayang kita ni . Yelah siapa la kita kan" Azrif buat2 merajuk
"Mengada tau dia ni" kata Elya sambil senyum dan tekan kuat sikit dibelakang Azrif
"auw sayang sakit" kata Azrif dan senyum manja
Elya tersenyum dan kembali perlahankan urutan
"Sayang nak makan apa , kita makan dekat luar nak?" Tanya Azrif
"Nak , saya rasa nak makan sate" kata Elya
"Ok , abang tahu kat mana ada jual sate jom" kata Azrif dan bangun sambil menarik tangan Elya masuk ke biliknya
"Awak , bilik saya dekat sanalah" kata Elya
Azrif senyum
"Lupa , tak apa nanti balik saya pindah masuk bilik abang ya" kata Azrif
"Hm..tengok lah macam mana" usik Elya
"Sayang..." azrif merengek
"Awak ni sejak bila pandai merengek" kata Elya dan ketawa
"Dari dulu lagi , tapi saya tak tunjuk . Tak macho la kalau awak nampak saya merengek macam tu " kata Azrif
"Tapi saya suka awak nampak kacak je" kata Elya
"Dah la sayang malu abang , pergi siap" kata Azrif
Elya segera keluar dan bersiap
"Hm..nak pakai apa ni?" Kata Elya
Elya mengambil sehelai skirt labuh dengan baju kemeja dan sehelai selendang
"Ok kot" kata elya dan mengambil beg galasnya"Jom" kata Elya
"Wow, cantik sayang abang" kata Azrif yang dari tadi menunggu
"Awak ni saya malulah" kata Elya sambil tunduk memandang lantai
"Sayang abang ni memang cantik , abang puji lah" kata Azrif
Elya senyum malu
"jom" kata Azrif dan menarik tangan Elya
Ketika tiba di sebuah restoran Azrif memegang tangan Elya tidak lepas
"Awak saya nak makan kan , kenapa pegang tangan saya " kata Elya
"Ops sorry" kata Azrif dan senyum malu lalu melepaskan tangan Elya
Setelah mereka selesai makan Azrif mengeluarkan sesuatu dari poketnya
"Sayang , abang ada beli sesuatu untuk sayang" kata Azrif sambil menarik tangan elya dan menyarungkan sebentuk cincin di jari Elya
"Awak apa ni , cantik nya" kata Elya"Abang kan tak pernah beli apa2 untuk sayang" kata Azrif dan mengusap perlahan tangan Elya
Elya senyum dan cium tangan Azrif
YOU ARE READING
Kerana Dia Isteriku
Short StoryApa makna cinta pada Azrif? Adakah hanya sekadar gurauan atau permainan Apa pula makna sayang? Ditaburnya pada setiap gadis yang sering bertukar tukar setiap malam Bagi Elya cinta itu suci dan hanya untuk seorang yang bergelar suami . sayang pula b...