Tetamu di perkarangan rumah pengantin perempuan semakin ramai. Masing-masing mahu memeriahkan majlis perkahwinan anak orang kenamaan di kawasan itu. Juwita Sidin atau lebih gah dipanggil Tengku Juwita binti Tengku Sidin, anak kaum kerabat di raja. Ayahnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan bersifat merendah diri walaupun dengan orang kebanyakan. Sifatnya itu membuatkan keluarga mereka disayangi ramai.
Ariana berjalan perlahan sambil matanya melilau melihat suasana yang meriah tapi terkawal di sekeliling villa yang dinamakan Teratak Bahagia oleh tuannya. Pintu pagar setinggi 2 meter menghalang pemandangan luar dari kawasan rumah, namun perkarangan villa dua tingkat sudah cukup indah untuk menenangkan sesiapa sahaja yang bermastautin di situ. Tasik kecil, taman nan indah menyambut tetamu dari pintu pagar utama ke pintu rumah, kolam beserta air pancut di tengah-tengah perkarangan rumah yang bertindak seperti round-about , dan binaan rumah yang sejuk mata memandang dengan batu-batu asli serta campuran kayu jati.
“Kawan Cik Juwita ke? ” lamunan Ariana terhenti bila disapa seorang gadis. Dia melemparkan senyuman sambil memerhatikan Ariana.
Ariana mengangguk sambil membalas senyuman.
“ Majlis akad nikah sebelah sana. Cik ikut laluan stone patch ni ye.”
Ariana mengikut arah yang ditunjukkan oleh gadis tadi. Tak pula dia sedar ada taman yang agak terselindung di sebelah kanan villa itu. Dia mengikut stone patch yang membelah padang rumput dan membawanya kepada hingar bingar para tetamu di situ. Bayang Juwita dicarinya.
Tetamu yang kelihatan asing dipandangan matanya dilayangkan dengan senyuman manis tanda hormat. Beberapa buah meja dilepasinya sebelum kelihatan Juwita dan bakal suaminya yang sudah siap bersimpuh di atas pagoda kayu. Menunggu waktu untuk diakad nikahkan. Sekitarnya dihias cantik dengan bungaan tube rose dan mawar putih.
“Sama cantik, sama padan,” telah Ariana dalam diam. “ Tapi sayang…” Ariana mengambil tempat paling hadapan di barisan kerusi kecil yang telah disusun rapi di hadapan pagoda. Menunggu saat tok kadi memulakan upacara.
Uncle Sidin dan Tok Man, ayah serta datuk kepada temannya Juwita mula mengambil tempat di atas pagoda yang sama. Diikuti dengan ketibaan Imam Razlan selaku tok kadi hari itu. Imam Razlan memerhatikan kedua-dua mempelai, yakin dengan ketenangan keduanya, dia memulakan dengan beberapa pertanyaan dan nasihat. Akhirnya acara akad nikah dimulakan oleh Tengku Sidin, ayahanda Tengku Juwita ;
Saya nikahkan kamu, Tengku Adam Kamil bin Tengku Mukhriz dengan putri saya, Tengku Juwita binti Tengku Sidin dengan mas kawin RM300.00 tunai
Adam Kamil mula menyambut lafaz akad ;
Saya terima nikahnya, Tengku …..
“Tunggu !!! ” Ariana bangun mendekati pagoda.
Tetamu mula hingar berbisik sesama mereka sambil memerhatikan Ariana,gadis bertubuh sederhana tinggi berbaju kebaya kuning cair yang baru sahaja melaungkan ayat keramat tadi. Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya. Terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram di hadapannya.
“ Saya pohon…supaya majlis ini tidak diteruskan….” tutur gadis itu sayu.
YOU ARE READING
Ariana rose
Short StoryIa mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan ag...