“Nina cepatlah sikit. Ko ni terhegeh-hegeh. Nanti habis lauk kat Warung Mak Jah. Aku dahla lapar gila ni. Pagi tadi sempat minum horlicks je....Ko ni pun, time-time macam nilah nak pakai kebaya ketatlah, kasut tumit tinggilah...” leter Arleena Sofea kepada Nina yang asyik memegang kainnya sambil berjalan. Itulah tiba-tiba melaram nak pakai kebaya pulak hari ini.
“Amboi ko ni membebel tak ingat. Lapar sangat ke? Selalu bila dah mengadap kerja ko lupa makan. Time aku melawa nilah ko macam-macam.” Hangin dia dengan Arleena yang tidak menyempat. Dia dah naik semput nak mengejar langkah panjang Arleena.
Inilah ragam mereka berdua. Walau pun asyik bertekak tapi mereka tetap akrab. Dari zaman universiti sehinggalah sekarang mereka masih lagi bersama. Rezeki dia dan sahabatnya Arleena Sofea diterima bekerja sebaik sahaja mereka selesai menamatkan latihan pratikal di Hotel Grenz. Arleena Sofea si gadis tinggi lampai yang berasal dari pantai timur itu walaupun banyak mulut tapi Nina senang berkawan dengannya.
“Sorry beb... Aku lapar sangat ni. Mula nak hangin jer. Macam la ko tak kenal aku..” Arleena menunjal manja bahu Nina. Niat untuk mengusiknya. Maklumlah muka Nina nampak stress sangat. Tu la gatal sapa suruh pakai kebaya ketat lagi.
“Jap lagi aku belanja, ko bayar ok..hehe..”
“Hampeh ko...sempat lagi nak ambil kesempatan. Apa guna gaji ribu riban tapi kedekut dengan member...” balas Nina. Itulah Nina. Suka sangat guna istilah mengikut sesedap mulutnya.
“Aik? Istilah baru nampak.. Mana cilok toot! Cepatlah kau ni pun, nanti habis ikan keli aku tu sapa nak tanggungjawab? Nanti ngan kau sekali aku makan nak? Montok-montok ni sedap jugak.”
“Tak hingin aku... Tu Mak Jah ko dah senyum panjang sambut ko. Kalaulah Mak Jah ada anak, mesti ko diambilnya jadi menantu.”
“Malas aku layan.” Arleena melangkah masuk ke dalam Warung Mak Jah.
“Mak Jah tengoklah kawan kita ni. Pakai macam nak catwalk kat pentas jer. Perut saya ni dah main macam-macam lagu. Cuma belum masuk cromox je lagi.”
“Amboi ko mengata tak hingat. Dari tadi membebel. Aku bagi makan sambal belacan Mak Jah ni baru ko tahu.”
“Hi....Hi...terasa ke? Sorrylah kawan,” ujarnya sambil mengambil pinggan kosong yang diletakkan bersebelahan termos hijau yang berisi nasi putih di dalamnya.
“Dah pergi pilih lauk ko tu. Kalau habis nanti ko merengek-rengek pula. Malas aku nak layan.”
Tanpa mereka sedari, dua pasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka. Ryzal tersenyum nipis memandang gelagat dua orang gadis di hadapannya. Gurauan gadis tersebut mencuit hatinya. Hatinya juga tertarik dengan gadis yang memakai baju kurung berbunga pink dan juga tudung lilit yang berwarna sama tetapi gelap sedikit. Nampak kontra tapi menarik. Typical of girl..tak boleh dipisahkan dengan warna pink.
“Mak Jah....ikan keli dah habis ker? Kempunan la saya macam ni.” Arleena mengeluh apabila tidak melihat bayangan ikan keli yang berada di rak hidangan.
“Ada... Mak Jah dah simpan untuk kamu. Hari ni Mak Jah tengok ramai sangat pengunjung daripada biasa. Jadi awal-awal lagi Mak Jah dah ambil simpankan untuk kamu. Dah hafal sangat lauk wajib kamu tu.” Ujar Mak Jah.
“Sayang Mak Jah.. kalau tak ada tadi, sah-sah saya yang akan jadi kelinya,” sakat Nina.
Arleena menjuihkan bibir ke arah Nina sambil kaki mengikut Mak jah ke bahagian dalam warung. Ikan keli mana boleh dilepaskan. Tak ada yang tu, kurang seleranya. Setelah mengambil ikan keli, dia keluar semula ke hadapan warung. Kelihatan Nina masih berdiri sambil memegang pinggan yang sarat dengan lauk pauk. Amboi tadi yang lapar rasanya dia. Ni dah terbalik. Memang pengunjung hari ini kelihatan lebih ramai daripada biasa. Nak kata dapat gaji belum lagi. Sekarang baru pertengahan bulan.