Chapter 12

7 1 0
                                    

Ian Rayyan berlegar di unit pemasaran. Jika sehari tidak melihat wajah gadis pujaannya, hatinya tidak senang untuk membuat kerja. Aura Arleena begitu kuat padanya. Untungla dia big boss jadi ke mana dia pergi stafnya tidak akan menyoal. Kalau ada yang bertanya, alasanya cukup klise, pemantauan terhadap staf. Padahal pergi mengusha staf. Ada sahaja alasan yang direka untuk membolehkan dia bercakap dengan Arleena. Bukannya dia tidak nampak mata-mata yang memerhatinya. Malah dia juga sedar Arleena juga naik segan dengannya. Ada dia kisah.

            Ian Rayyan buat bodoh sahaja dengan reaksi tidak senang yang ditunjukkan oleh Arleena. Hendak diluahkan mungkin Arleena segan dengannya. Bukannya dia tidak perasan riak tidak puas hati Arleena apabila dia bertanyakan perkara yang sama berulang-ulang. Yang dia mahu hanyalah mendengar suara gadisnya. Satu hari tidak mendengar dirasakan harinya tidak bersinar. Arleena diibaratkan matahari yang menyinari hidupnya.

            Sejak mengenali Arleena dia bertambah faham dengan sikap Arleena. Seorang gadis yang tegas walaupun nampak lembut. Senyuman yang sentiasa dihulurkan kepada sesiapa sahaja yang berselisih dengannya. Bijak mengawal keadaan. Yang penting pandai berkomunikasi. Sesiapa sahaja senang berurusan dengannya. Itu yang dia cemburu. Senyuman Arleena dirasakan cukup manis sekali. Membuatkan orang memandang lebih dari sekali. Malah nama Arleena cukup dikenali oleh kliennya.

            “Ish.. mana dia ni..” bebel Ian Rayyan apabila tidak melihat kelibat Arleena di unit pemasaran. Tak kan dia nak menunggu di hadapan bilik Arleena. Dia beredar ke biliknya setelah bertegur sapa dengan staf yang berselisih dengannya.

Berlari anak Arleena ke biliknya sebaik mendengar interkom di mejanya berbunyi. Mengeluh dia sebaik selesai mendengar arahan si pemanggil. Panggilan dari big boss yang meminta Arleena berjumpa dengannya.

“Ingatkan dia sibuk, legalah aku hari ni. Ni aku jugak yang kena mengadap dia.” Bebel Arleena sendiri.

            Arleena kurang senang apabila menerima panggilan daripada big bosnya tadi. Berfikir apakah lagi agenda big bosnya. Sedangkan tika ini dia banyak kerja yang perlu diselesaikan. Apatah lagi waktu lunch nanti dia perlu berjumpa dengan klien. Bukannya dia tidak tahu perangai big bosnya itu. Berbual benda kosong sahaja. Lebihnya muka dia yang ditenungnya. Alasan sahaja ada kerja yang perlu dibincangkan. Bukannya dia tidak perasan akan mata-mata yang memandang ke arah biliknya setiap kali big boss singgah di biliknya. Setiap hari wajib big bossnya itu datang ke biliknya. Memangla seronok memandang muka kacaknya tapi melayan punya pasal sampaikan kerja dia terbengkalai sama. Kalau dia jenis suka menggeletis dah lama rasanya dia tawan si big boss.

            Dengan rasa malas Arleena bangun dari kerusinya. Organizer dikelek. Segala maklumat dicatat dalam organizer itu. Ibarat nyawanya. Kalau hilang yang itu, tidak tahulah apa akan jadi padanya. Tidak bersemangat dia menghayun langkah ke arah bilik bosnya.

           

Pintu bilik Mr. Ian diketuk. Arleena melangkah ke dalam bilik Mr. Ian. Salam diucapkan. Ian Rayyan terpegun dengan gadisnya. Matanya tidak berkalih daripada melihat Arleena. Hari ini Arleena mengenakan baju kurung yang mengikut bentuk badannya. Cukup seksi baginya. Hatinya agak geram. Apalah reaksi staf-staf lelaki melihatnya. Bukannya dia tidak tahu ramai staf lelakinya yang berkenankan Arleena.  Kenapalah kamu cantik sangat wahai gadisku. Walaupun Ian Rayyan berkenan dengan Arleena tapi dia tidak meluahkannya. Baginya ucapan sayang terlalu berharga. Bukan senang-senang boleh diucapkan. Dia menunggu masa yang sesuai untuk menyatakan sayang kepada Arleena.

            “Ada hal apa Mr. Ian minta saya ke sini?”

            “Saya nak tanya progress berkaitan dengan majlis Datin Mona.” Kata Ian Rayyan.

Saya Sayang AwakWhere stories live. Discover now