Ian Rayyan tenang memandu ke Hotel Grenz. Seminggu dia berada di Sabah membuatkan hatinya terlalu rindukan Arleena. Kotak yang mengandungi kerongsang mutiara diletakkan di atas dashboard Audi Q5nya. Hatinya amat berharap agar Arleena sudi menerimanya.
“Hi dear,” terjojol kepala Ian Rayyan disebalik pintu bilik Arleena Sofea.
Tersentak Arleena yang sedang ralit meneliti program ditangannya. “Assalamualaikum, boooss...” perli Arleena.
Payah sangat dia ni nak beri salam. Mat salih betullah.
Tergelak Ian Rayyan mendengar kata-kata Arleena. Tahu Arleena memerlinya. Rindunya pada wajah dihadapannya itu.
“How’s your work?” tanya Ian Rayyan. Seminggu dia berada di Sabah. Setiap masa wajah Arleena tidak pernah hilang di matanya.
“Everything ok. I make a few program for the school holidays. Dah siap nanti saya tunjukkan kat bos.” Jelas Arleena. Nampaknya tempoh seminggu dia aman telah berakhir. Bermulalah hari-hari diganggu oleh Ian Rayyan.
“Nah.. for you.” Ian Rayyan meletakkan kotak kecil bewarna coklat di hadapan Arleena. Arleena mengerut kening memandang Ian Rayyan. Suspen ni.
“Apa ni?” tanya Arleena.
“Mutiara sabah. I hope you suka.” Balas Ian Rayyan. Arleena merenung Mr. Ian suka sangat dia diberikan hadiah setiap kali bosnya itu outstation.
“Bos ni. dari dulu saya cakap. Tak payahla bagi saya apa-apa.”
“Ala.. untuk my best employee. Present for your tip top services.” Balas Ian. Aura menguratnya telah keluar. Mana boleh lupakan kamu wahai gadisku.
“Your another staff?” saja Arleena menyoal. Bukannya dia tidak tahu. Kebiasaannya hanya dia sahaja yang akan dapat.
Ian ketawa kuat. “Of coursela. Kali ni saya baik hati. Saya belikan untuk semua my staff yang cantik-cantik. Kalau tak ada mereka susahla saya nak uruskan hotel ni. But for my dear special sikit la.”
Arleena tersenyum. Pelik je bosnya hari ni. Selalu nama je hari ni dear, dear lah pulak. “Bos ok ke?” tanya Arleena.
“Saya ok je. Sihat. Kenapa?” tanya Ian Rayyan polos. Macam lah dia tak perasan riak muka Arleena berubah setiap kali dia panggil dear.
“Nothing. Saya banyak kerja.” Jawab Arleena. Gila, takkan dia nak tanya kenapa panggil dear. Malu la dia.
Ian Rayyan melangkah keluar dari bilik Arleena. Arleena hanya memandang belakang badan bosnya.
“Dia ni la suka sangat buat aku keliru.” Luah Arleena.
Perhatian yang diberikan oleh bosnya itu kadang-kadang menyentuh hati perempuannya. Apatah lagi dia juga menaruh hati terhadap bosnya itu. Itu lah rasa yang timbul sejak kali pertama dia memandang wajah bosnya. Walaupun ketika itu hanya suara sahaja yang dia dengar, tapi tusukannya sampai ke hati. Hati rasa resah setiap kali berselisih dengan bosnya. Mata sering kali mencari apabila figura yang dicari tidak kelihatan. Walaupun mulutnya tidak pernah meluahkan rasa tapi harapan tetap ada. Hanya satu. Ingin memiliki figura tersebut. Hanya adab gadis Melayu menjadi benteng buat Arleena. Tidak mahu digelar perigi mencari timba. Hanya menanti dan menunggu magis itu terjadi.
Ian Rayyan bersiul melangkah ke biliknya. Barulah tenang apabila melihat pujaan hati.
“Pagi bos.” Pembantunya Kak Yati menyapa.
