Chapter 14

34 1 0
                                    





Bilik  yang diduduki oleh Qaira dan Arleena diketuk dari keluar. Puan Serena mengejutkan mereka untuk solat subuh. Dinding kayu agak bergema juga bunyinya. Lena sekali Arleena tidur malam tadi. Letak sahaja kepala di bantal, dia pun hanyut. Terlalu letih barangkali.  

Arleena mencapai tuala yang diletakkan di rak penyidai. Menutup kepalanya. Dia keluar untuk mengambil wuduk. Melintasi ruang tidur Ian Rayyan. Matanya mencari kelibat bosnya itu. Kasihannya. Ian Rayyan kelihatan meringkuk kesejukan. Mesti dia tidak tahan dengan kesejukan malam. Rumah kampung. Malam terlalu sejuk. Tempat tidur di sebelah menyebelah Ian Rayyan telah kosong. Agaknya mereka telah bangun. Tinggal bosnya dan beberapa anak kecil sahaja. Aduhai liat juga bos ni bangun pagi.

 Arleena dan Qaira mengambil wuduk bersama. Usai solat subuh Arleena keluar semula dari bilik. Qaira menyambung semula tidurnya. Kaki diatur ke dapur. Ingin membasahkan tekaknya dengan air mineral. Kelihatan beberapa orang lelaki dan Puan Serena berada di dapur. Si lelaki sedang menunggu giliran menggunakan bilik air. Mendengar bunyi derap kaki, Puan Serena berpaling.

“Belum solat lagi?” tanyanya kepada Arleena.

“Dah...nak minum air saja.” Arleena mengambil cawan lalu menuang air mineral yang berada di atas meja.

“Boleh tolong kejutkan Ian? Yang lain semua dah bangun tu” arah Puan Serena sambil menjuihkan mulut ke arah anak buahnya yang berdiri di tepi bilik air.

Biar betul dia disuruh kejutkan bos.

Puan Serena memandang Arleena. Tiada suara yang keluar daripada mulut Arleena.

“Aunty nak kopek bilis ni. Nenek nak masak nasi lemak pagi ni.”

Faham dengan maksud Puan Serena, Arleena menganggukkan kepala.

Arleena mengatur  langkah ke arah ruang tamu. Menuju ke tempat tidur Ian Rayyan.  Macamana nak kejutkan dia ni? Arleena menggaru pelipisnya. Di mana mahu disentuhnya. Arleena berdehem. Tiada reaksi daripada Ian Rayyan. Bahu Ian Rayyan ditepuk perlahan. Nasib berlapik. Dua tiga kali dia menepuk, Ian Rayyan tetap tidak bergerak. Amboi lenanya. Arleena menguatkan lagi suara memanggil nama bosnya dan tepukan di bahu Mr. Ian.

Dari jarak dekat sebegitu membuatkan Arleena tidak keruan. Menguatkan lagi perasaannya terhadap bosnya itu. Milik siapakah hatinya ini! Matanya tidak berkalih dari menatap wajah bosnya. Sungguh mulus. Tidurnya lena persis anak kecil. Deru nafas juga teratur. Dalam mata terpejam begitu, Arleena merasakan bosnya seksi sekali. Dengan seulas bibir merah tanda tidak merokok. Cukup sempurna ciptaan tuhan. Dia ralit memerhati.

Ian Rayyan menggeliat apabila terasa badannya disentuh. Dia membuka perlahan matanya. Terperanjat apabila melihat wajah Arleena begitu hampir dengannya. Adakah Arleena yang menepuknya tadi.

“Mama bos suruh saya kejutkan bos. Orang lain semua dah bangun.”

Arleena cuba mengawal rasa gugupnya. Itulah perhati lagi anak orang lama-lama. Nasib tidak diflying kick akibat terperanjat. Dia juga terkejut melihat reaksi spontan Ian Rayyan tadi. Apabila melihat Ian duduk, Arleena bangun lalu menuju ke biliknya semula.

Agaknya bos tahu ker dia tilik mukanya tadi. Apa la ko ni Arleena. Buat malu saja. Ian Rayyan masih lagi duduk. Melihat Arleena meninggalkannya. Terbayang wajah Arleena tadi. Wajah suci waktu pagi. Sungguh ayu sekali. Hatinya semakin bergetar melihat Arleena.

            Arleena membancuh air teh dan kopi untuk sarapan pagi itu. Qaira sedang menghidangkan nasi lemak di atas meja makan. Harum sekali aroma nasi lemak. Membangkit selera Arleena. Nenek, datuk dan beberapa orang lagi mak cik sedang duduk memenuhi meja makan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Saya Sayang AwakWhere stories live. Discover now