Chapter3

19 1 0
                                    


            “Assalamualaikum...” Satu suara yang begitu hampir di telinga Arleena menyebabkan dia berkalih selangkah ke kanan. Terperanjat. Suara itu ketawa kecil. Ooooii...terperanjat beruk. Dahla dia tengah ralit perhatikan hiasan yang telah dilakukan oleh kumpulannya. Boleh tahan juga hasil kerja mereka. Budak muda tentu banyak idea. Ini pun puas dia dan ahli kumpulan mengerah idea. Cuba mencari hasil yang terbaik.

            Ryzal telah lama memerhatikan gelagat Arleena. Arleena begitu comel. Terdapat sesuatu dalam diri Arleena. Belum pernah dia berasa teruja untuk mendekati perempuan. Sebelum ini hanya perempuan yang akan berebut untuk mendekatinya. Ryzal boleh berbangga dengan rupa paras yang kacak dan juga kedudukannya. Dengan badannya tinggi dan tegap membuatkan perempuan akan memandang dua kali ke arahnya. Siapa yang tidak mahu berdampingan dengan lelaki kacak kan. Tapi tidak dengan gadis di sebelahnya ini.

            “Awal encik sampai?”

            “Panggil saja Ryzal. Saya datang untuk melihat persiapan pihak awak.” Ryzal menghulurkan tangannya.

 Arleena hanya menundukkan sedikit badan tanda hormatnya. Mana mungkin dia bersentuhan dengan bukan mahramnya.

                “Maafkan saya,” ujar Ryzal. Melihat reaksi Arleena baru dia sedar, mana mungkin mereka boleh bersentuhan.

“Semuanya seperti yang dirancang.” Arleena menyatakan perkembangan persiapan kepada Ryal. Ryzal hanya mengangguk-angguk. Tunggu masa tetamu hadir sahaja. Seterusnya Ryzal bergerak untuk melihat keadaan sekeliling.

            Arleena memerhati Ryzal dari belakang. Boleh tahan juga mamat ni. Sempurna dari segalanya. Baru kini dia perasan Ryzal mempunyai raut wajah yang boleh tahan kacaknya. Mesti playboy ni. Tengok gayalah.

            Beberapa orang pekerja masuk ke dewan tersebut untuk menguruskan peralatan. Juruteknik juga sedang memeriksa PA System. Pelayan juga telah masuk ke dalam dewan. Air-air mineral disusun di atas meja. Makanan akan dihidang sebentar nanti.

Arleena menuju ke kumpulan pelayan tersebut untuk memberikan sedikit taklimat. “Assalamualikum semua...” salamnya dijawab oleh para pelayan yang berdiri di hadapannya.

“Saya nak sepanjang majlis awak semua berikan services yang terbaik. Pastikan setiap tetamu dilayan sebaik mungkin. Paling penting bahagian makanan jangan dibiarkan kosong. Sentiasa refill jika nampak kurang, faham?”

“Faham Cik Arleena,” balas para pelayan di hadapannya. Mereka terdiri daripada para pelajar kolej kulinari yang juga dibawah biayai Hotel Grenz.

“Ok awak semua boleh mengambil tempat. Jika terdapat masalah cepat-cepat jumpa saya.”

            Kelihatan beberapa orang kakitangan HR Global memasuki ruang dewan. Arleena berada di penghujung dewan. Ralit matanya memerhatikan para pekerjanya menjalankan tugas. Selagi majlis belum tamat, dia berasa agak gementar. Maklumlah ini kali pertama dia dia dipertanggungjawabkan menguruskan majlis. Kredibiliti mesti ditunjukkan kepada pihak atasan. Walaupun dia masih muda, dia mampu untuk menguruskannya. Sekali-sekala Harith datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu. Sebaik mungkin Arleena cuba memuaskan hati mereka.

            Sepanjang majlis berlangsung, ralit Arleena memerhatikan Ryzal. Tak sangka mamat kerek itu peramah orangnya. Penampilannya yang santai amat menarik sekali. Suka dia melihat senyuman Ryzal yang menawan. Kenapalah sebelum ini dia jarang menghulurkan senyuman ketika berurusan dengannya.

            Terasa diperhatikan, Ryzal mengalihkan pandangan ke penjuru dewan. Mata mereka bertembung. Dia memandang Arleena dengan tajam. Arleena tersentap. Seperti pencuri yang telah ditangkap oleh pemiliknya. Bagi mengelakkan rasa kalut, Arleena mengalih pandangan.

Saya Sayang AwakWhere stories live. Discover now