Semua staff Hotel Grenz berkumpul di assembly area seperti emel yang diterima oleh setiap unit yang terdapat dalam Hotel Grenz. Hari ini pemilik Hotel Grenz akan memperkenalkan anaknya kepada kakitangan hotel sekaligus menggantikan tempatnya. Desas–desus mengatakan yang anak Dato’ Kamarudin boleh tahan hensemnya. Kalau dilihat kepada Dato’ Kamarudin sendiri, Arleena tidak merasa hairan kerana walaupun telah berusia namun wajahnya masih mampu menarik perhatian wanita-wanita di luar sana. Apatah lagi beliau berkahwin dengan wanita warga Australia. Sudah tentulah hasil perkahwinan campur mereka mampu melahirkan zuriat yang good looking…
Kelihatan Datuk Kamarudin menghampiri stage di hadapan assembly area diiringi seorang pemuda di sebelahnya. Pemuda tersebut memakai kot berwarna kelabu. Arleena tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemuda tersebut kerana kedudukan dia agak terlindung dan dihadang oleh seorang pekerja yang berbadan besar di hadapannya.
Seperti biasa majlis perhimpunan akan didahului dengan bacaan doa oleh pengurus bahagian pengurusan. Selepas itu dia menjemput pemilik Hotel Grenz untuk memberikan ucapan.
“Assalamualaikum W.B.T… semua sedia maklum tujuan perjumpaan kita pada pagi ini adalah untuk memperkenalkan anak saya bagi menggantikan tempat saya menerajui hotel ini. Kepimpinan daripada orang muda mungkin akan menaikkan lagi nama Hotel Grenz. Saya sudah lama di hotel ini dan tiba masanya saya berundur. Saya perkenalkan anak saya Ian Rayyan bin Dato Kamarudin. Selepas ini beliau akan ambil alih tugas saya di hotel ini. Saya amat berharap agar kamu semua dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada beliau,” ujar Dato Kamarudin dengan panjang lebar.
Usai Dato Kamarudin berucap, pemuda tersebut bangun dan menundukkan diri tanda hormat kepada kakitangan hotel. Seterusnya pemuda tersebut berjalan ke hadapan untuk memberikan ucapan sebagai tanda pengenalan dengan kakitangan hotel.
“Terima kasih kepada Dato’ Kamarudin yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan deligasinya terhadap Hotel Grenz. Saya amat berharap tuan-tuan dapat memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha memajukan Hotel Grenz,” usai En. Ian Rayyan berucap dia berjalan menuruni stage dan bersalaman dengan kakitangan hotel.
Ketika pemilik baru hotel sedang berucap Nina mencuit siku Arleena. Arleena berpaling ke arah Nina sambil mengerutkan kening tanda hairan dengan tingkahnya.
“Hensem siooot…” Nina menunjukkan muka terujanya.
“Ye ke?” dia menyoal Nina kerana pandangannya dihalang oleh pekerja yang berbadan besar di hadapannya.
Walaupun dia tidak dapat melihat dengan jelas namun suara garau itu menggetarkan hatinya. Dia berasa sesuatu apabila mendengar suara tersebut. Dia amat tertarik dengan suaranya. Garau dan serak-serak sedikit. Suaranya menusuk ke hati. Sesuatu yang tidak dapat Arleena gambarkan dengan kata-kata.
Arleena Sofea terpegun dengan keindahan kurniaan Tuhan terhadap insan di hadapannya. Kulit putih kemerahan, hidung mancung, tinggi, tegap..ni mesti ada six pack..cukup sempurna kejadiannya. Di tambah pula rambutnya yang dibuat ala Mohawk..begitu kena dengan wajahnya. Pakaian yang membaluti tubuhnya lebih menampakkan imej korporat.
Setelah bersalaman hampir dengan separuh kakitangan hotel, Ian Rayyan, Dato’ Kamarudin serta beberapa pemegang saham mula meninggalkan assembly area.
“Ala…. Tak sempat sampai la turn kita.”
Arleena menoleh kepada Nina sebaik sahaja mendengar keluhannya.
“Relaksla…macam la selepas ni ko tak jumpa dia..”
“Jumpa memangla..tapi nak salam tu rasanya tak ada harapan la…Nina menggosok-gosok tapak tangannya..kalau aku jadi girlfriend dia lainla…”
