Abang jangan lupa majlis kahwin Abang Zainal hujung minggu. Papa minta abang ambil cuti. Kita balik awal ke kampung – Qaira
Mesej yang dihantar oleh adiknya dibaca berkali-kali. Sejak balik ke sini dia tidak pernah menjenguk saudara maranya di kampung. Malah suasana kampung pun dia tidak berapa tahu. Macamana dia hendak tinggal di kampung? Dengan siapa dia hendak bercakap? Rumah ada aircondkah? Runsing. Dari tadi Ian Rayyan tidak putus-putus memikirkannya.
Sememangnya Ian tidak mempunyai kawan di sini. Dunianya hanya di hotel sahaja. Kebelakangan ini sahaja kelihatan Ian rapat dengan staf hotel yang bujang. Itu pun saranan daripada Arleena. Malah Arleena yang memperkenalkan dia dengan mereka. Katanya kasihan apabila melihat Ian tidak mempunyai teman. Dari situlah Ian rajin mengikut mereka bermain futsal.
Malah kadang-kadang Ian akan melepak di rumah bujang tersebut. Barulah ada life namanya. Arleena! Yes!! Dia mesti meminta tolong daripada Arleena. Arleena tidak pernah mengecewakannya. Dia bingkas keluar dari biliknya. Menuju ke bilik Arleena.
Melilau mata Ian apabila Arleena tidak kelihatan di biliknya. Dia mengeluarkan telefon daripada poketnya. Nada deringan terdengar dari dalam bilik Arleena. Adui dia ni tinggal telefon pulak. Hendak bertanyakan staf lain di situ dia berasa segan pula. Dia masih berdiri di hadapan bilik Arleena. Melihat pandangan daripada staf-stafnya, Ian beredar daripada bilik Arleena. segan pula dipandang begitu. Hanya pesanan dihantar kepada Arleena. Meminta dia datang ke bilik. Dia tidak boleh bertangguh. Takut Arleena mempunyai program lain.
Resah Ian menunggu di dalam biliknya. Fail di tangan tidak dapat ditelitinya. Tidak focus. Sekejap sekejap dia melihat telefonnya. Menanti sekiranya ada balasan daripada Arleena. Dalam dia termangu, kedengaran ketukan di pintu. Yes! Penyelamat aku dah datang. Laju Ian menyuruh masuk. Terjengul kepala Arleena di pintu. Ian menggamitnya.
“Kenapa bos?”
“Awak mesti tolong saya.” Ian mula bercerita kepada Arleena.
“Agak-agakla bos. Saya ni bukan ada kena mengena dengan keluarga bos. Apa pula kata keluarga bos nanti.”
“Tolong la saya, Aleen. Saya tak kenal sape-sape kat sana. Ada awak bolehla saya kawan dengan awak.”
“Adik bos kan ada. Papa dan mama bos kan ada.”
“Please Aleen. Takkan saya nak berkepit dengan mereka. Sampai kampung sudah tentulah mama dan papa saya akan join adik beradik diaorang. Qaira dengan sepupu kami yang perempuan. Saya kontang kanting sorang-sorang.”
“Tak manis la bos. Kita bukan ada apa-apa pun.”
“Please la Aleen. Saya tak pernah balik kampung. Saya tak tahu macam mana nak duduk kat kampung. Malu la saya.”
“Bos ni lahir kat mana? Lupa asal usul nampak.”
Arleena menyindir bosnya. Payah sangat ke nak balik kampung.
Ian Rayyan mencerlung kepada Arleena. Susah juga nak memujuk Arleena. Keras juga hati perempuan ni. Mukanya dah habis sayu dimimiknya. Tapi semua tidak dilayan Arleena. Dia tidak boleh berputus asa. Yang pasti Arleena mesti mengikutnya.
“Please la Aleen. Kita berlakonla. Awak minta je berapa saya sanggup bayar sebagai upah.”
“Susahla bos. Apa pandangan orang nanti. Saya ikut bos balik kampung. Dahla family bos pun ada sama. Lagila saya segan.”