Syre POV
"Langkawi, Here we go!" Teriak Meen sambil menjenguk kepala keluar tingkap kereta Shah. Ini kali keempat kami bercuti bersama selepas tamat sekolah menengah tujuh tahun lalu.
Sejujurnya, aku agak malas nak menyertai mereka. Kami sekelompok 5 orang, nombor ganjil, dan akhirnya aku menjadi yang ganjil kerana Meen sentiasa bersama Shah (mereka bakal berkahwin, sudah bertunang).
Risha bercinta dengan Jay, pasangan sejak tingkatan 3, tetapi masih belum ada rancangan untuk kahwin atau tunang.
Dulu kami lengkap berenam, tetapi setelah pertengkaran dengan 'dia,' kami berpisah dan dia pergi ke haluannya sendiri. Beberapa bulan selepas kejadian pertengkaran aku dan dia, dia pindah tanpa pengetahuan kami berlima.Hingga hari ini, kami tidak tahu apa-apa mengenai perkembangannya. Bebel punya pasal, hampir terlupa bahkan kami sudah tiba di destinasi percutian kami.
Akibat kepenatan dari penerbangan dan perjalanan kereta sewa ke hotel, kami memutuskan untuk berehat sebentar selepas tiba di hotel. Badan sudah penat, perlu mandi untuk menyegarkan diri.
Di bilik bersama Meen dan Risha, kami tidak terus tidur kerana kami bukan jenis yang sedemikian. Ya, badan penat, tetapi kami lebih suka duduk di atas katil, membuat bulatan, dan ada polaroid untuk berswafoto. Selepas kira-kira 157 gambar, kami mandi dan solat. Kerana selepas waktu maghrib Maghrib sekitar jam 7:55 petang, kami perlu turun untuk aktiviti 'campfires.' Selepas mandi dan solat, aku memakai blaus denim, jeans putih, dan bertudung putih. Aku keluar lebih awal sebelum Meen dan Risha, mahu menikmati angin senja.
Aku berjalan di tepi kolam renang, kadang-kadang duduk di kerusi rehat berdekatan. Senang hati melihat kanak-kanak berlari-lari di sini. Tiba-tiba, kesenangan berubah menjadi kebimbangan apabila aku menyaksikan seorang ibu dimarahi oleh seorang lelaki. Tanpa berfikir panjang, aku campur tangan. Aku tidak boleh tahan melihat seorang lelaki merendah-rendahkan seorang wanita di depan anaknya, apatah lagi di tempat awam.
"HOI! Tak ada adab ke?" bentakku, tanpa sedar tindakan aku juga kurang sopan, kerana menyergah orang tanpa tahu keseluruhan cerita.
"Siapa yang tak ada adab, awak tak tahu apa-apa main sergah saya macam tu je," balas 'dia.'
"Kau lah tak ada adab, pukul perempuan depan anak dia, depan khalayak ramai macam ni."
"Ehh aku cakap lagi sekali ye! KAU TAK TAHU APA-APA LEBIH BAIK DIAM!" gelaran 'awak' sudah bertukar kepada 'kau.'
"Amboi~! Memang aku tak tahu apa-apa, tapi kalau kau sampai nak naik tangan kat muka makcik ni apasal?"
"Sebab dia ni tak reti jaga anak, habis kotor baju aku ni faham," seraya tangan sasarannya menunjal kepala aku.
"Woi! Kalau kau nak hidup lebih lama jangan berani sentuh aku. One more thing, pasal ais krim yang terkena baju pun sampai naik tangan, aku rasa bukan makcik ni yang tak reti jaga anak tapi mak kau yang tak reti didik anak dia untuk hormat perempuan. Boleh fikir tak mungkin dia terlepas pandang anak dia ke tadi, lagipun budak kan masih kecil tak tahu apa-apa, mungkin dia tak sengaja ke apa. Kau sepatutnya bertolak ansur sikit, kau muda lagi. Cuba kau bayangkan kalau isteri dan anak kau kena macam diorang ni, kau tak marah ke? Jadi bincanglah elok-elok dulu jangan main nak tampar orang je." Bebelanku panjang lebar, dia sudah bersilang tangan.
"Dah habis, aku tak kisahlah. Yang aku tahu, antara korang bertiga ni ada yang kena ganti pakaian aku, bernilai RM157.88."
"PENIPU! Mana ada t-shirt putih plain macam ni 150 lebih. Setakat corak alien kat tengah-tengah tu 30 ringgit dah dapat," aku tak percaya dengan lelaki itu.
"-Ehh nahlah, lebih tu ambil je. Tapi kau kena janji jangan kacau perempuan lagi."Jeritku sambil melemparkan 200 ringgit Malaysia betul-betul di hadapan mukanya, supaya dia sedar sikit!
Lelaki itu ambil duit dan berlalu tanpa ucapan terima kasih atau maaf. 'Huh, berlagak, dengan cermin mata hitam dia yang tak pernah nak buka,' ngomelku.
"-Acik minta maaf pasal tadi. Lelaki tu memang patut diajar," kataku sambil mengusap kepala si cilik di sebelah makcik itu.
Makcik itu hanya tersenyum dan mengucap terima kasih.
***
Ohh sebelum tu maaf kalau bosan baru bab 1, sabar tau tunggu jalan cerita yang sempurna
love,
aamy
YOU ARE READING
PARTNER♡
General FictionDisebabkan oleh ego yang merajai hati, keduanya terpaksa menyembunyikan rasa yang tumbuh subur dalam ruangan hati masing-masing. Namun, dalam keheningan itu, doa menjadi penjalin hubungan mereka, semakin erat di sisi Allah. Mati? Kematian adalah kep...