❤5

37 7 5
                                    

Syre POV

Hati ini berbunga-bunga ketika aku menginjakkan kaki di pantai. Namun, tiba-tiba aku menoleh ke belakang dan mataku bertemu dengan mata Fad yang terselindung di balik cermin mata hitam. Aku segera memalingkan pandangan, merasa malu. 'Kenapa dia memandang ke sini?' omelku dalam hati. Aku kemudian duduk di atas pasir, meraih sebatang kayu kecil. Dengan kayu itu, aku menulis namaku, 'Syrena Hawa,' di pasir untuk diabadikan dalam telefonku. Ketika aku asyik dengan aktivitiku, Fad duduk di sampingku.

"Kau tak bosan ke duduk sorang-sorang?" tanyanya. Aku menoleh, terkejut, dan menggelengkan kepala. "Tak berubah ke kau ni walau dah 7 tahun tak jumpa?" katanya sambil tersenyum.

"Nak kene berubah kenapa?" jawabku.

"Takdelah, aku ingatkan kau berubah, kalau tak dari segi perangai pun mungkin dari segi fizikal ke?" Matanya meliar memandang tubuhku. Aku mengarahkan kayu kecilku ke depan mukanya, membuatnya menarik ke belakang.

"Gatal, cucuk mata tu nanti tahu lah. Kau tengok apa hah?" ucapku.

"Kau ni, aku tanya je." Suasana menjadi sunyi kembali. Aku melanjutkan aktivitiku, kali ini mengeluarkan telefon untuk mengabadikan gambar tulisan namaku di pasir. Fad hanya memerhatikan tindak-tandukku, dan dalam keheningan, senyuman terukir di wajahnya melihat kecomelan yang aku ciptakan.


***

Makan Tengahari. Seperti sarapan tadi, aku duduk berhadapan dengan Fad. Suasana hening di meja kami perlahan-lahan dipenuhi dengan riuh rendahnya percakapan yang hangat.

"Fad, kau tak order makanan ke? Kenyang tengok muka orang tu?" perli Shah. Fad hanya tersenyum, dan aku agak keliru dengan pertanyaan itu.

"Taklah, aku kenyang lagi. Lagipun, aku tengah diet sekarang ni," jawab Fad. Aku mendongak untuk melihat wajah Fad pada ketika itu. Dia nampak begitu santai, sibuk dengan permainan di telefonnya.

"Kau Syre tak order ke? Atau kenyang sudah ditemani seseorang?" ejek Shah lagi, kali ini sasarannya adalah aku.

"Aku dah order, tapi belum sampai. Teman-teman apa ni tak faham lah?" ujar Syre. Rasa ingin tahuku kian memuncak. Aku sekali lagi melihat ke arah Fad. "Kenapa pandang aku, lapar sangat dah ke?" soal Fad.

"Tak, cuma apa maksud diorang tentang teman-teman, tengok muka orang dan kenyang semua tu, tak faham lah," jawab Syre.

"Tak penting, tak perlu tahu. Kalau nak faham, faham sendiri," balas Fad. Jawapannya mencuit hati, dan tawa empat dari mereka.

"Hmm, yalah," ujar Syre. Kami pun mula menjamah hidangan yang terhidang di meja.

"Kita asyik makan di kedai je, malam ni apa kata cuba masakan Capybara?" cadang Shah.

"Hah, bagus juga, dapat aku jimat duit nak kahwin nanti," tambah Jay. Cabaran betul abang ni! Aku okay je nak masak, takut awek-awek hang yang tak pandai nanti.

"Kitorang okay je. Malam nanti korang datang lah challet kami," ajak Meen.

"Okay lah, kalau macam tu, jom terus makan!" seru Shah sambil mengacukan garpu ke udara.


***

Fad Pov
Selepas makan, aku dan Syre bergerak lambat dari dua pasangan itu kerana kali ini kami didenda untuk membayar makanan. Aku memerhatikan Syre yang berada di depanku sambil menyimpan dompetnya. Tanpa sengaja, mataku tertumpu pada pinggulnya. Dan... Tiba-tiba, aku melihat tompokan kecil kotor di situ. Opps! Jangan cakap dia tengah 'tut' waktu ni.
Aku menyentuh bahunya dan menolaknya ke arah bangku berdekatan dengan tandas wanita. Tetapi aku memilih untuk menjadi gentleman. Aku berjalan di belakangnya untuk melindungi keterangannya daripada dilihat oleh orang lain. Dia sudah meronta-ronta meminta dilepaskan. Setibanya di bangku, aku meminta dia duduk, tetapi dia degil dan menolak untuk duduk.

"DUDUK JELAH!" jeritku.

"Kenapa pula? Aku tak nak lah!" bantah Syre.
"Aku kata duduk, DUDUK JELAH! Susah sangat ke nak duduk bontot tu? Ada bisul ke?" marahku lagi. Sambil meronta, akhirnya bontotnya mencecah bangku tersebut. Aku duduk bersebelahan dengannya.

"Kau guna pad wanita jenis apa?" bisikku padanya.

Dia merenungku dengan dahi berkerut. Matanya melihat punggungnya dan kemudian menatapku semula. Aku yang faham dengan pandangannya hanya menganggukkan kepala, aku memegang leherku malu.

"Libresse," katanya berbisik, sepertinya dia malu dengan situasi ini.

"Hah?! Apa dia? Aku tak dengar," ujarku. Suasana yang riuh rendah di sekeliling membuatnya sukar didengar.

"Libresse," katanya dengan lebih jelas kali ini.

"Cover dia warna apa?" tanyaku ingin tahu.

"Ish, kau kenapa nak tahu. Malulah aku!" bentak Syre.

"Bagi tahu je, tak perlu malu. Bukan kau seorang je yang pakai benda alah tu," kataku.

"Pink."

"Okay, kau tunggu sini. JANGAN BANGUN, BERDIRI, DAN BERJALAN, DAN SEUMPAMANYA! Aku pergi sekejap je. Kalau aku balik dan kau hilang, siap kau! Aku tak main-main!" kataku sambil memberi amaran. Aku berlari ke kedai dengan pantas. Di kaunter, cashier menatapku dengan pandangan yang berbeza.

"Ehem, for my wife!"

"Oh, saya tak tanya pun." Aku merasa malu, tapi takkanlah tak ada cashier lelaki? Hatiku meraung. "Saya nak minta plastik hitam boleh?" Mungkin cashier itu tidak bertanya, tetapi riak wajahnya memberikan maklum bahawa dia mungkin berfikir lain. Tak apa, aku meminta plastik hitam supaya aku tak perlu malu membawa barang tersebut dengan plastik jernih. Laju aku keluar dari kedai dan berlari ke arah Syre.

"Nah!" aku menghulurkan plastik hitam itu padanya, dan dia mencapai bungkusan itu tapi tidak mendongak memandangku.

"Terima kasih, tapi tolong cover belakang aku waktu aku pergi tandas boleh?" pintanya sambil meraih plastik itu dan membukanya. Kepalanya menunduk sejak tadi.

"Dah pergi tukar cepat!" kataku seraya menolaknya ke tandas. Aku menunggu di luar tandas sehingga dia selesai. Tiba-tiba, selepas 10 minit, dia keluar semula. Tetapi kali ini, dia memakai baju dan seluar yang tidak sepadan langsung. Macam BADUT doh! Tanpa sengaja, tawa yang aku tahan meletus.

"Adoi! Sakitlah woi!" protesku. Tanpa dijangka, Syre memukulku dengan kuat. Sengaja aku kenekan dia dengan menbeli seluar pandai yang bercorak corak itu, sangat tidak sesuai untuk dipakai dengan blousenya.

"Hah! Tulah siapa suruh gelak. Nak kena lagi, gelaklah," marahnya.

"Bukan reti nak minta maaf ke terima kasih ke apa ke? Tahu pukul orang, marah orang, pukul orang, marah orang. Itu je kerjanya," rajukku.

"Eleh, nak merajuk pula, yalah! Terima kasih, Arfadh Hilman Bin Mohd Aki," katanya seraya senyuman mesranya menyelinap ke wajahku. Ya Allah, betapa mendebarkan ketika senyumannya seperti menyentuh setiap simpul di jantungku.


***

Teruskan vote dan comment ;)

#partner

PARTNER♡Where stories live. Discover now