❤6

24 8 0
                                    

Syre pov

Aku pulang ke bilik aku dengan keletihan yang melekat setelah pulang dari perjalanan bersama Fad. Dengan langkah berat, aku segera menuju bilik air untuk menukar pakaian yang baru dibeli oleh Fad tadi. Fuhh, penatnya! Fad agak keliru memilih saiz, dia beli L sedangkan saiz M lebih selesa untukku. Aku menggelengkan kepala, mungkin dia tak nampak betapa kurusnya badanku. Sepatutnya ada saiz free size di kedai tadi.

Dengan tubuh yang rebah di atas katil, fikiran aku melayang. Rakan-rakan ku bertanya tentang pembelian Fad, tapi kepenatan membuatku enggan menjawab. Aku memerlukan rehat yang cukup. Sebelum malam tiba, tugas menanti aku, Meen, dan Risha untuk menghidangkan hidangan istimewa kepada jejaka terhangat di pasaran! Ketika aku terlelap, rakan-rakan ku pergi ke kedai untuk beli barang dapur. Mereka mengajak aku, tetapi letih telah mengatasi keinginan untuk bergembira.


***

Tubuhku terasa segar setelah merehatkan diri sebentar, aku bangkit dari tidur dan melangkah menuju bilik mandi. Sesaat setelah membersihkan diri, kebaikan hatiku menyulam senyuman ketika aku menggosok baju untuk malam ini, tidak lupa juga baju rakan-rakanku.

Sementara mereka masih belum pulang, terjebak dalam hiruk-pikuk big market, shopping mall, atau seven eleven, aku memilih untuk menghabiskan waktu dengan menghilangkan diri di dunia buku. Tanganku mencapai novel yang kubawa dari dalam beg, meskipun hatiku lebih cenderung kepada buku fakta.

Namun, mengingat aku sedang bercuti, aku memutuskan untuk membawa novel, berharap agar vibe percutian dapat lebih terasa. Keseronokan membaca terhenti tiba-tiba ketika loceng challet berbunyi, memecah keheningan yang mengelilingiku. Dengan pantas, aku membuka pintu, dan sorak riang mereka segera mengisi ruangan, membawa semangat dan ceria yang mereka bawa pulang.

"Korang tak bawa kunci ke keluar tadi?" soalku.

"Ada lah, tapi kita nak tengok kau dah bangun ke belum," jawab Meen dengan senyuman manisnya. Mereka membawa pulang berbagai barang belanjaan, dan ide untuk masak tomyam tercetus.

"Apa yang korang beli ni? Nak masak apa?" tanyaku.

Risha menjawab, "Masak tomyam lah."

"Apa? Korang reti masak ke?" ejekku.

"Hehe, tak sangat," akui Risha. Dengan segera, aku terpilih sebagai juru masak. Marah juga, tapi bagaimana nak tegas dengan mereka yang sebaya.
"Hehe, kau tahu kan kitorang bukan reti masak pun, setakat goreng goreng tu boleh lah," Risha meminta pertolongan. Aku mengiyakan dengan syarat mereka membantu aku mengikut tugas masing-masing.

"Hmm, bolehlah. Tapi kalau tak reti masak, janganlah beria setuju. Ingat, terlajak kata, badan binasa," tegasku. Dengan sedikit teguran, mereka pun terdiam. Aku ingin mengajar mereka agar bijak memilih dan berfikir sebelum mengambil keputusan. Lebih baik menyelesaikan masak-memasak ini terlebih dahulu sebelum segalanya menjadi semakin rumit.

Makanan telah tersedia, pakaian juga sudah terlihat dengan indah ditubuh masing-masing, dan segala barang sudah dikemas rapi, menyambut kepulangan esok pagi ke rumah masing-masing. Hanya tinggal jejaka pasaran itu yang belum kunjung tiba. Sesungguhnya, mereka mengalahkan gaya puteri kayangan untuk bersiap. Meskipun kesabaran kami diuji, akhirnya mereka pun tiba.

Seperti yang aku duga! Walaupun hanya berseluar jeans dan berkaus t-shirt, tetapi mereka tetap memancarkan kehebatan dalam penampilan mereka. Ternyata, mereka datang bukan sekadar untuk makan malam, kerana rupanya ada satu permainan menanti.

Game ini sebenarnya patut dimainkan semasa acara berkemah hari itu, tetapi kerana aku tidak menyertai, mereka memutuskan untuk melangsungkannya hari ini. Perutku mulai bersuara protes. Beruntungnya, permainan itu berakhir dengan cepat, memberi aku peluang untuk segera menikmati hidangan yang telah disediakan.


PARTNER♡Where stories live. Discover now