❤7

27 8 6
                                    

Syre POV

Tiga minggu setelah kembali dari percutian di Langkawi, Pagi Isnin, setelah mata terbuka, langkahku melangkah menuju bilik air. Segera setelah membersihkan diri, saatnya aku menghadap kepada Yang Esa.

Langkah anggun membawaku melintasi ruang dapur, mempesonakan dalam baju kurung Kedah berwarna pink dan bawal maroon yang melambai lembut. Di meja makan, adikku Haiman Sauqif, ayahku Samsul, dan ibuku Sarimah, sudah menunggu.

Mataku tertuju pada nasi goreng ikan masin yang terhampar cantik di atas pinggan, memancarkan aroma menggoda yang mengusik indra. Pagi yang indah ini diberkati dengan kehadiran hidangan kegemaran - nasi goreng ikan masin buatan ayahku. Sungguh, setiap suapan adalah kisah cinta yang terus berkembang di hati, membuatku semakin terhanyut dalam kelembutan masakan ayah yang begitu penuh kasih sayang.

Oh, ibuku tidak pandai masak, biasanya ayah yang memasak, seorang Chef selebriti yang sering tampil di televisyen. Namanya begitu masyhur seperti Chef Wan, namun dia adalah Chef Sul. Ibu sendiri bekerja sebagai pensyarah di UPM, universiti adikku. Aku mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin, Sufi Haris, yang bekerja sebagai cikgu di sekolah luar bandar.

Huarghhhh, tibalah saatnya untuk kembali ke sekolah. Aku bukan pelajar, tapi aku seorang guru. Fakta menarik tentang keluargaku, darah pendidik mengalir dalam diri kami, namun adikku yang bongsu lebih gemar memasak seperti ayah. Di tempat kerjaku, aku dianggap sebagai guru paling cantik, baik, dan penuh semangat. Namun, di dalam kelas, aku tegas, adil, dan setiap murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cendana tahu bahawa peraturan harus dihormati.

Tiba di perkarangan sekolah, aku memarkirkan kereta Toyota Yarisku di tempat khas guru dan pelajar F6. Aku keluar dari perut kereta terus disapa oleh anak murid yang masuk ke perkarangan sekolah.

"Cikguuu Syrenaaaaa!" Pandangan ku terpaling ke arah sumber suara yang memanggil namaku. 'Lah, ingatkan siapa lah tadi' desakku dalam hati sambil menoleh ke arah Aqilah Hizyan, murid yang paling rapat dengan ku. Aku anggapnya seperti adik kandungku sendiri.

"Assalamualaikum cikgu, hihi saja nak tolong cikgu angkat barang," sapanya mesra.

Senyum terukir di wajahku. "Waalaikumussalam. Ehh, tak apa lah, Iyan. Cikgu masih kuat ni. Lagipun, Puan Fadilah tu mungkin lagi memerlukan pertolongan. Kenapa tak tolong dia?" saran ku, menunjukkan begitu ramahnya Iyan. Aku yakin Puan Fadilah membawa bebanan yang berat. Sepatutnya, Iyan lebih membantu dia daripada aku. Aku masih mampu menangani diri sendiri.

"Ai ai kapten! Bye cikgu, jumpa dalam kelas nanti!" serunya sambil melambaikan tangan, segera membantu Puan Fadilah mengangkat barang-barangnya.

Melihat tingkah laku Iyan membuatku senang. Dia berbeza dengan pelajar lain yang kadang-kadang hanya memandang sebelah mata apabila melihat guru mengangkat barang. Beberapa malah sanggup melarikan diri.

Langkahku melangkah ke pejabat untuk punch card dan seterusnya ke bilik guru. Serba serbi di sekelilingku menjadi alur dalam kisah kehidupanku di sekolah.

Di bilik guru, meja ku dihiasi oleh sebuah bouquet coklat dan surat berbentuk hati. Namun, bukanlah Hari Guru hari ini, sudah 2 bulan berlalu. Pertanyaan misteri menghantui fikiranku, siapa gerangan yang meninggalkan ini?

"Kak nampak tak siapa yang bagi chocolate ni? " soalku kepada cikgu Ros yang terkenal dengan sifat garang nya.

"Tak nampak pula! Kenapa? Siapa yang bagi? Untunglah masih muda banyak lah dapat barang barang istimewa. Itu ada surat tu cuba baca. Kalau tak nak baca akak boleh bacakan! Hihi" seloroh cikgu Ros.

"Ehh apa akak ni, tak apa saya baca akak dengar"

"Apa pula begitu, tak nak akak dengar, memalukan saja nanti keluar ayat cintan-cintun pula. Tak pasal pasal akak kena ke tandas untuk buang loya di tekak ni. Tak nak lah dengar kamu bacalah seorang seorang ye. Tapi jangan lupa kongsi chocolate tu! "

PARTNER♡Where stories live. Discover now