Selepas membaca surat itu, reaksi aku berubah 180 darjah. Sungguh, aku seriau. Tanpa diduga...
"Assalamualaikum, saya membawa rakan seperjuangan baru untuk semua," ucap En. Azuan setelah memasuki bilik guru. Aku terdiam, terpandang sebuah sosok lelaki berdiri di belakang En. Azuan, berpakaian formal seperti seorang guru baru untuk sekolah ini.
"Hah, Sarina, Cikgu Amar akan duduk di hadapanmu tahu? Jangan sampai kamu tak buat kerja pula sebab dari tadi saya tengok mata kamu tak lekang-lekang dari pandang Cikgu Amar ni," usik En. Azuan.
'Syrena lah bukan Sarina,' bisik hatiku, '-kenapa ramai sangat susah nak sebut nama aku dengan betul ni. Serena, dan pendek dia Sere,' keluhku.
"Baik cikgu, saya tak pandang lagi dah," sahutku, mencoba mengatasi kecanggungan. Pengetua pun meninggalkan bilik guru, alhamdulillah, suasana menjadi sedikit tenang.
"Hai, saya Wan," sapa guru baru itu.
"Err, hai saya..." Belum sempat aku perkenalkan diri, dia laju memotong. "Syrena Hawa binti Samsul! I'm right?" soalnya.
"Haa, betul tu, mana tahu?" jawabku, mencoba menyembunyikan rasa terkejut.
"Aku lah Amar Zaquwan, Wan wan. Tak kan lupa kot?" kata Wan dengan senyuman. Ligat otakku bekerja seperti detektif pribadi, berusaha meretas kenangan untuk menemukan siapa Wan. Namun, setiap langkah yang diambilnya di lorong ingatan itu hanya menemui kehampaan. Aku memberikan reaksi aku tidak mengingatnya.
"Wan mana eh?" soalku, berusaha mengingat.
"Ishh, kawan Sufi lah. Dua tahun lepas kau tumpahkan air kat baju aku masa open house rumah kau," ungkap Wan. Cliche betul ceritanya, sampai tumpah-tumpah air. Geli telinga aku dengar, tapi tiba-tiba, seperti kilat menyambar, fikiranku bergetar, teringat sesuatu. Kawan abang.
"Oh, awak! Maaf, tak berapa ingat lah. Jumpa pun tak selalu kan?" ucapku, berusaha meredakan situasi.
"Haa, ingat pun. Tak kisah lah. Aku faham ingatan kau lemah sikit. Abang kau sendiri cakap," usiknya. Aku hampir saja memukul kepala dia, baru masuk dah tunjuk belang. Rapat dengan aku pun tidak lagi, ada hati nak bergurau begitu.
"Amboi, dah dapat geng baru lupa akak dekat sini ye?" sapa Cikgu Ros.
"Hehe, mana ada lupa, cuma tak perasan akak ada dekat situ," balasku dengan senyuman manis.
"Akak punya besar macam banglo rumah kamu pun kamu boleh tak perasan? Haih, Syre Syre. Ni tak nak kenalkan diri ke?" soal Cikgu Ros kepada Wan.
"Amar Zaquwan, panggil Amar boleh, Wan pun boleh," jawab Wan.
"Panggil Zaq tak boleh ke?" usik Cikgu Ros.
"Eh, boleh, apa-apa pun boleh," seraya Wan senyum.
"Kalau macam tu, sayang jelah panggil," gurau Cikgu Ros. Wan mengusap belakang lehernya, tanda malu dengan situasi itu.
"Eh jap, saya nak tanya sikit boleh?" potongku, mengalihkan perbualan.
"Haa, tanya lah apa dia?" jawab Wan. Aku kembali mencari surat tadi dan hulurkan kepada Wan. "Awak bagi eh?" soalku.
"Haah, asal kau tak suka ke coklat tu?" soalnya. Aku menggelengkan kepala.
"Tak lah, saya suka je. Terima kasih," jawabku."Bagus lah kalau suka. Aku takut kau tak suka je!" balas Wan dengan ringkas dan mesra.
***
Arfadh pov,
Setiap hari, tanpa gagal, aku pasti akan mengambil Qilah dari sekolah. Penat memang ada, tapi apa nak buat? Itulah cara aku berbakti kepada baba dan mama. Baba dah tua, tak ada tenaga. Ini satu-satunya cara aku nak tunjukkan rasa sayang dan tanggungjawab aku sebagai anak.
Selalunya, aku ambil Qilah masa lunch, tapi hari ni dia ada study group. Jadi, kena curi-curi masa keluar dari pejabat. Nasib baik tak busy sangat hari ni. Sekejap je lah, Qilah lebih penting. Baba selalu pesan, 'Jaga adik baik-baik.' Jadi, inilah cara aku menjaga janji dan merapatkan hubungan dengan keluarga. Penat sekejap, tapi senyum baba dan mama adalah segala-galanya.
Sambil menunggu Qilah, perhatianku tertarik pada sebuah kereta Yaris merah yang terparkir indah di tempat letak kereta. Di antara kereta-kereta mewah, kereta Yaris itu begitu menarik perhatianku, mungkin disebabkan warnanya yang terang dan mencolok.
"Bro, maaf lambat," teguran dari belakang menyedarkan aku dari lamunanku.
"Adab dan salam, mana adik ku si Intan Payong?" keluhku kepada adik tersayang.
"Dah bagi lah, tu lah, jangan selalu mengelamun. Pandang apa tu?" serentak, pandangan Qilah tertuju pada kereta Yaris tadi. "Kenapa abang pandang kereta tu? Nak beli Yaris ke lepas ni?" soalnya.
"Tak lah, saja pandang. Warna dia cantik!" Aku tak dapat menahan kecantikan warna kereta itu.
"Oh haah lah lawa baru perasan serupa tuan punya badan" Qilah teruja menyambung perbualan tenatng kereta Yaris itu.
"Lawa sangat ke?" Aku terus bertanya, penasaran.
"Lawa, lawa gila. Dia guru kelas Qilah, sebaya dengan abang" balas Qilah.
"Oh yeke abang tak tanya umur pun?" aku tak ingat menahu tentang pemilik kereta itu. Bukannya aku kenal pun guru kelas Qilah itu siapa.
"Ish saja je nak bagitahu, bukan salah pun dah lah cepat balik Qilah rindu masakan mama ni!" Merajuklah tu, kalau muka dah semasam tempoyak. Rindu masakan mama konon. Sedangkan hari-hari melahap makanan mama, apa yang dirindunya. Bukannya duduk sekolah berasrama penuh susah nak rasa masakan mama.
"Hmm yelah jom gerak, dah baca doa ke belum?" soalku.
"Dah" jawab dia tak ikhlas.
"Tak dengar pun?" aku saja ingin mengusik adikku.
"Dalam hati" balasnya.
"Eleh cakap jelah Qilah tak Ingat, beria nak cover baca dalam hati konon" usikku lagi.
"Ish ingat lah, orang cakap baca dalam hati dalam hati lah. Sibuk je" protes dia.
"Bukan sibuk, tapi tegur. Kena lah biasa kan diri mulakan sesuatu aktiviti tu dengan doa, bismillah pun jadilah supaya selamat ke jalan-Nya. Faham?" Sambil itu tangan ku ligat menyapu kepala Qilah.
"Ish rimas ahh, orang dah besar bukan baby lagi nak usap usap kepala orang pula. Usaplah kepala sendiri " seraya itu matanya menjeling aku.
"Mata tu abang jolok guna garpu tahulah, biar jadi macam kasim selamat. Boleh tukar nama fames 'Qilah selamat' dunia dan akhirat." muka adikku bertambah cemberut. Aku ketawa girang melihat teletah adikku. Tanpa diduga...
"-Adoi sakit lah sayang~" lemak tanganku dicubit oleh Qilah.
"Haa tahu pun, buat lagi tangan adik ni dah lama tak cubit orang" ujarnya dengan geram.
"Ketam" ejekku.
"Eiieeee menyirapnya darah Qilah bila dengan abang ni!" nada suara semakin tinggi. Geram sungguh dengan usikan aku kepada dia.
"Okay okay abang minta maaf ye sayang, dah jom gerak, nanti abang belanja chocolate" pujukku, cuba meredakan kemarahannya.
"Yeayyy ni baru abang Qilah, muah sayang abang~" Qilah memberi ciuman di pipi kiri ku. Senyuman terukir di wajahku, kemesraan kami memang tak tergantikan. Aku menunggu kelahirannya dengan sabar, dia adalah satu-satunya adik-beradikku. Kemesraan yang mama tanamkan pada kami berdua sungguh rapat, menjadikan hubungan kami lebih kuat.
***
Terus kan vote⭐ dan comment #partner
YOU ARE READING
PARTNER♡
Fiksi UmumDisebabkan oleh ego yang merajai hati, keduanya terpaksa menyembunyikan rasa yang tumbuh subur dalam ruangan hati masing-masing. Namun, dalam keheningan itu, doa menjadi penjalin hubungan mereka, semakin erat di sisi Allah. Mati? Kematian adalah kep...