❤3

49 10 0
                                    

Aku terkejut, dan tak dapat untuk tidak terkejut. Tekaan aku betul. Jantan dayus itu adalah Fad, dan Fad ialah jantan dayus semalam. Yelah, sejak semalam dia asyik pakai cermin mata hitam dia je. Hari ini nasib baik dia tak pakai cermin mata hitam tu, tapi dia tetap memakai cermin mata. Mungkin dia silau atau rabun, I don't care at all! Tapi sekarang ni aku tak nak join diorang. Mood aku dah berubah.

"Gais, aku pergi dulu lah, aku rasa macam kenyang pulak," ujar Syre.

"Ahh, tak ada, tak ada, kau kena join kali ni! Full stop," kata Risha dengan tegas sambil menarik aku agar aku tak menjauh. Risha dan Meen mula bosan dengan sikap Syre yang selalu bergerak sendiri. Mereka juga menyedari perkara itu dan rasa tidak puas hati. Mereka datang ke sini untuk meluangkan masa bersama, tetapi Syre asyik bergerak sendiri.

"Hmm, apalah nasib badan dapat kawan macam mereka yang tidak pernah memahami," renung Syre dalam hati. Bila sampai dekat mereka yang tengah asyik berbual, Meen menegur dahulu.

"Hai sayang, hai semua," sapanya seraya menepuk bahu kekasihnya. Muka aku dah macam kerang busuk. Dalam hati dah mengumpat. 'Eii, manjanya member aku seorang ni. Kalau aku jadi Shah, aku cincang je dia ni.' Dalam hati, okay, tak beranilah nak cincang betul-betul. Sayang gila kot dekat dia.

"Hai korang, hai Fad, lama tak nampak," kata Risha.

"Hai, mana nak nampak kalau nampak Jay je dekat mata tu?" ejek Fad. Haih, dia jealous ke tu.

"Ehh, apa lah kau ni kesitu pulak," kata Risha tersipu malu.

"Dah, korang ni dah tak reti-reti nak duduk ke?" tegur Jay. Selepas ditegur oleh Jay, barulah kami duduk. Meja tu ada enam kerusi, memang cukup-cukup je, kiri tiga, kanan tiga. Kanan; Fad, Jay, dan Risha. Kiri; Syre, Meen, dan Shah. Kiranya aku dan Fad ni berhadapan.Hati aku dah carut habis. Haih!? Hari ini hati aku banyak pungut dosa lah adoi. Nak ku tepuk dahi, tapi nanti digelar gila. So, abaikan jela.

"Korang tak nak pesan makanan? Hari ni kita last tau, sebab esok kita gerak pagi. Jadi, tak ada nak breakfast macam ni lagi," Jay bertanya.

"Waiter!" jerit Shah sambil memetik jari nya. 'Hek, poyo, sama saja dengan awek nya,' ejek Syre.Kami memesan makanan masing-masing. Sepanjang tunggu makanan, sehingga habis makan, aku hanya mendiamkan diri, sedangkan yang lain rancak berbual. Bukan apa, aku rasa tak selesa sebab aku rasa seperti ada yang memerhati. Habis makan, aku hendak pergi ke pantai seorang diri, malas nak ikut diorang shopping. Tapi, apa kan daya, dapat member yang suka memaksa ni kan? Aku ikut jelah diorang shopping.

Sepanjang gerai yang menjual pelbagai barang seperti baju, kasut, dan lain-lain, tiada satu pun gerai yang aku berhenti. Hmm, tak minat design kat mana-mana. Aku perhatikan saja gelagat rakan-rakan ku memilih barang yang mereka minati, tapi sekejap. Mana Fad? Mata ku melilau mencari batang hidung Fad.

"Hah, cari siapa?" sergah Fad.

"Ish, kau kenapa nak sergah orang macam tu, nak aku mati cepat?" ejek Syre.

"Bagus pun kalau kau mati cepat, aman sikit dunia ni," balas Fad dengan gelak terbahak-bahak.

"-Ehh, dah tak tahu halal-haram ke nak main pukul-pukul orang? Kita bukan muhrim ye, tak boleh pegang-pegang," sindir Fad sambil mengelak licik dari sentuhan tanganku yang hampir mendarat di bahunya.

"Eleh, dia semalam tarik-tarik tangan orang tu, tak apa lah pula," ejek Syre sambil me'roll'kan matanya ke atas.

"Mata tu aku jolok karang, tak pasal-pasal jadi andartua buta," seloroh Fad.

"Mana kau tahu aku akan jadi andartua? Aku ada pakwe lah, handsome tau. Kami dah tunang, lagi 5 bulan kami akan berkahwin," tipu Syre.

"Oh, dah tunang, asal tak bawa sekali tunang kau tu? Ermmm, btw congrats," ujar Fad tanpa beremosi, serupa ayam sakit perut.

PARTNER♡Where stories live. Discover now