"Syre, kau kemana hah? Kau yang keluar bilik dulu, kau yang hilang. Nasib baik jumpa, aku ingatkan tadi dah kena sorok dengan hantu kopek," ejek Meen dengan riaknya.
"Mulut kau dah tak ada insurans ke Meen? Aku pergi selesaikan masalah seorang budak tadi tu lambat tu, kesian tengok mak dia kena marah." ucapku sambil merenungkan nasibku.
"Mak dia kena marah dengan siapa? Asal kau masuk campur?" sela satu lagi suara, Risha. Haih, sabar je dapat member macam dua orang ni.
"Entah kau ni suka jaga tepi kain orang," balas Meen.
"Kalau korang dekat tempat aku pun korang buat benda yang sama, sanggup ke korang tengok kaum korang kena lempang dengan jantan dayus nak mampus tu?" luahku. Laa, Syre, kau punya mulut pun macam tak ada insurans je.
"Perghhh, ni sampai kena lempang ni, bahaya doh, boleh direman dalam Akta Pembulian 2017 Seksyen 21," tambah Risha.
"Risha kalau ye pun tak payah lah nak buat akta kau tu sendiri je, sekali kau yang kena reman sebab main gubal undang-undang tanpa ahli parlimen, tak ke naya kau?" sergah Meen.
"Dah dah, ni lagi dua orang tu mana?" tanyaku sambil mencari kehadiran Shah dan Jay. "Kat sini," jawab Shah sambil menunjukkan peace sign. Yang ni aku tak pelik, yang aku pelik, kenapa jantan dayus tu ada sekali? Muka aku dah macam tali jerut.
"Sampai pun, dah lah, jom start campfires," ajak Meen.
"Aku masuk bilik dulu lah, hilang mood tiba-tiba," dalihku.
"Alaaa, asal tetiba je kau ni?" Risha memberi respons.
"Entahlah, takpe, korang teruskan je, aku nak masuk bilik. Bye," ucapku sambil meninggalkan mereka. Tapi aku tak terus masuk bilik, jalan-jalan kat luar dulu, ambil angin.
***
Fad POV,
"Ehem, guys, aku pun kena gerak lah, handphone aku tertinggal, sorry tau," kataku.
"Okay Fad, no hal lah," jawab Jay.Aku pun berlalu pergi, mencari akhirnya jumpa juga si dia yang aku cari tu. Aku berlari ke arah dia.
"WOII SEWEL!" Dia toleh. Tapi dia berpaling semula dengan jelingan, amboi, memang nak cari pasal dengan aku ni. Aku meraih perlahan pergelangan tangannya, menariknya ke arahku. Kedua mata kami bertaut, dan dalam dekatnya, hatiku berdebar-debar, mengenang kembali momen indah persahabatan yang telah lalu.
"Ish, kau pahal? JANTAN DAYUS!" seraya menolak aku menjauhi dia. Tapi aku tangkas, laju saja aku menarik dia semula.
"Lepas lah, aku dah pernah warning kau kan jangan sentuh aku kalau nak hidup lama. Ish, lepas lah, JANTAN DAYUS!" ucapku.
"Apa kau panggil aku? Dayus? Hmm? Ulang balik?" soalku sambil mendekatkan jarak antara muka kami. Aku terpaksa membongkokkan badanku kerana ketinggian dia ni hanya paras bahu aku.
"Ehhhh, apa dekat-dekat ni?" ditolak-tolaknya muka aku guna lagi satu tangan dia. Habis cermin mata hitam aku. Aku pun menjauhkan diri dan membawa dia ke satu tempat duduk di bawah pokok. Semasa hendak pergi ke arah pokok tu, aku rasa telinga aku dah berdarah dengar dia jerit 'JANTAN DAYUS, JANTAN DAYUS'.
"Boleh berhenti tak?" aku bertanya.
"Kau tu yang tak nak lepas kan aku," jawabnya.
"-Ni kau nak apa hah dari aku? Tak ingat janji kau, kau kata tak nak kacau perempuan dah kan?" tanya si dia.
"Ehh aku tak kata, benda tu kau yang kata, dan lagi satu, aku tak janji pun, ye? Kau janji sebelah tangan," balasku.
"Ishh, cepatlah kau nak apa hah?"
"Ni duit lebih atas ganti rugi kau tu, ambillah balik," ucapku sambil memberikan sejumlah duit padanya.
"Kan aku kata tak payah bagi balik baki dia?! Tak faham bahasa Melayu ye?" ejeknya.
"Kau cakap bahasa Melayu ke? Kenapa dengar macam Bangladesh je?" selorohku sambil menahan ketawa. Wajahnya yang cemberut seolah-olah tak puas hati, membuatkan senyuman terlepas tanpa ku sedari.
"Ishh, kau ni memang tak reti hormat perempuan kan? Aku terajang kang! Huh!" ngeluhnya.
"Nak terajang konon, sedarlah sikit ketinggian kau yang terbantut tu!" ucapku.
"Eeeiiiiii, dah lah, blah, aku tak nak tengok muka kau lagi!" seraya itu kakinya meluru ke hotel. Habis segala sumpah seranah keluar dari mulutnya.
Mataku menghantar langkahnya menuju hotel. Rindu itu mula menjalar, tapi situasi tak membenarkan kami bersua secara baik. Sepertinya juga, dia tak mengenali aku lagi. Tapi, syukurlah masih ada peluang bertemunya kembali.
***
Syre POV
Pagi hari kedua dalam percutian kami, aku memeriksa telefon sebelum melangkah keluar bilik untuk sarapan. Terdapat 14 pesanan, 176 mesej WhatsApp, dan 6 panggilan tak dijawab. Aku membuka WhatsApp dan terlihat nombor yang tidak dikenali; mataku tertarik untuk membacanya.
+601143277***
Assalamualaikum! Tolong angkat panggilan aku dan balas mesej aku, sekarang! 22.47 malam.
Aku tahu kau belum tidur, baik kau ANGKAT DAN BALAS CEPAT! 22.50 malam.
SEKARANG SYRE! 22.56 malam.
Okay fine, kau tak jawab kan? Tunggu ESOK! 23.00 malam.
'Hek melantaknya dia ni, marah-marah orang, entah siapa-siapa entah, orang gila agaknya,' ngomelku sambil mulut terkumat kamit.
"Kau carut apa pagi-pagi ni Syre?" tanya Meen.
"Mana ada aku carut, aku istighfar," kata Syre sambil menggelengkan kepala seperti orang yang tengah beriktikaf.
"Tak kelakar lah Syre, ni jom lah gerak lelaki dah tunggu kat bawah," cadang Meen.
"Haa, jom," ujar Risha.
"Okay" aku tunjuk thumbs up.Semasa keluar dari lif, mereka bertanya padaku tentang Fad.
"Wei Syre, kau tahu tak pasal Fad join kita cuti? Budak lelaki ajak dia," beritahu Risha.
"Tak tahu pun, serious lah Fad join, aku dah lama tak jumpa dia." Aku agak terkejut dengan soalan Risha.
"Kau tak baca group WhatsApp ke?" tambah Risha.
"Tak, asal?
"Oh, patutlah tak tahu. Malam tadi Jay invited Fad masuk group kita." cerita Meen.
"Ohh, okay," balasku acuh tak acuh.
"Kau ni asal dari semalam macam tak ada mood je?" soal Meen.
Mahu nya nak ada mood, semalam kena kacau dengan jantan dayus tu. Hari ini aku tahu musuh sejatiku itu turut bergabung dengan kami. Dah lah pagi tadi dapat mesej dari orang gila. Hmm, sabar jelah.
"Ehh, tak lah, aku okay je." Aku hanya tersenyum untuk menunjukkan yang aku okay.
"Hmm, ye ye je kau ni. Dah lah, jom cepat, nanti budak lelaki tanya pula kenapa lambat." Risha mencelah.
'Wait, jantan dayus? Fad? Adakah mereka orang yang sama? Suara dia, argh, aku dah tak ingat suara Fad. Muka dia, aduh, semalam jantan dayus tu memakai cermin mata jadi tak nampak muka sepenuhnya, tapi bibir dia tak, Fad tak pakai breces, jantan dayus tu pakai breces. Jadi, orang yang berbeza lah.' Otakku bergeliga memikirkan situasi sekarang, semuanya kelihatan berkaitan satu sama lain.
***
Pendek sangat, *hujan hujan muka sedih*
love,
five kymis
YOU ARE READING
PARTNER♡
General FictionDisebabkan oleh ego yang merajai hati, keduanya terpaksa menyembunyikan rasa yang tumbuh subur dalam ruangan hati masing-masing. Namun, dalam keheningan itu, doa menjadi penjalin hubungan mereka, semakin erat di sisi Allah. Mati? Kematian adalah kep...