Aku mengamati gelagat Syre dari jauh, rindu menyelinap di hati. Rindu akan versi Syre yang lembut, sentiasa merajuk, dan dulu merupakan kawan perempuan paling manja bagiku.Namun, sejak perang dingin itu bermula, Syre lebih suka mengelak daripada berdekatan denganku. Inilah sebabnya aku memilih untuk menjauh dari kehidupannya. Meskipun pertengkaran kami bukanlah perkara besar, namun Syre selalu memilih untuk membesarkan masalah itu.
Flashback,
8 tahun yang lalu, Form 4
Aku pergi ke sekolah dengan menunggang super bike kegemaranku. Pagi itu langit menangis dengan lebatnya hujan, dan oleh itu, aku terlambat ke sekolah. Untungnya, peraturan sekolah membenarkan pelajar lewat jika hujan. Ketika aku memarkir motorku, aku melihat Syre berjalan dengan payung untuk melindungi dirinya dari hujan.
Aku memutuskan untuk berkongsi payung dengannya, tetapi situasi ingin berkongsi payung itu berubah menjadi situasi yang berbeza. Ketika aku berlari ke arah Syre, tanpa disengajakan, kaki ku terjerat dalam tali kasut sendiri. Bukan itu saja, aku menolak Syre sehingga wajahnya mendarat di tanah. Aku benar-benar tidak berniat, dan banyak pelajar yang tertawa melihatnya.
"Woi, kau kenapa?" marah Syre kepadaku. Panggilannya yang dulu 'Fad' dengan suara manja kini bertukar menjadi 'kau'. Mukanya berlumpur, mungkin dia malu jatuh di depan orang ramai. Pakaiannya pun kotor terkena lumpur. Aku merasa bersalah. Aku memang tidak berniat, tetapi lidahku kelu untuk meminta maaf."Dalam mulut ada emas ke sampai tak boleh nak minta maaf?" ejek Syre.
"Haah, ada emas berlian. Nah, tengok-tengoklah," ujarku sambil mengangkat mulutku.
"Eeii, geli lah. Entah gosok gigi ke tak. Main nganga je, tak malu," ejeknya lagi.
"Aku gosok gigi lah, sewel," balasku. Gelaran 'sewel' itu aku berikan kepadanya sebagai panggilan manja antara kami.
"Eeiii, dahlah, baik kau minta maaf sebab kau kotorkan baju aku. Dahlah tengah hujan, habis basah baju aku. MINTA MAAF CEPAT!" jerit Syre.
"Kau ni jerit-jerit, dah tak ada maruah ke?" sahutku.
"Maruah aku dah tercalar, semua sebab kau!" jerit Syre lagi dan lagi. Boleh pekak oi telinga! Aku tidak tahu mengapa aku merasa bersalah dan hilang di situ setelah dia memperolok dan berteriak-teriak padaku.
"Habis tu, kau nak calarkan maruah kau lagi?! Baju aku pun kotor tapi tak sampai nak jerit-jerit macam beruk baru masuk bandar," marahku tanpa disengajakan tanganku hampir saja terarah ke wajahnya. 'Hampir' karena aku masih menyayangi perempuan ini, jika tidak, dia sudah menerima pukulanku.Aku seorang yang mudah marah. Aku sukar mengawal kemarahan. Tidak peduli lelaki atau perempuan, tua atau muda, jangan cari nahas dengan aku, sebab kalian yang akan merasakannya."Hah, pukul-pukul, kalau kau nak tengok hubungan sahabat kita ini hancur, pukullah!" cabar Syre sambil mengangkat tangan ke atas. Belum lagi tanganku menyentuh pipinya, tiba-tiba...
"ARFADH?!!" jerit Meen dan Risha.
"Fad, kau dah gila ke? Perempuan kot, cuba kau ubah ego sikit," Shah mencuba menenangkan.
"Korang tak tahu keadaan sebenar. Baik korang diam," marahku.Manusia suka membela perempuan, walaupun perempuan yang bersalah. Ini membuatku kesal!
"Tapi Fad, kau kena lah mengalah. Tolonglah, demi persahabatan kita," kata Jay.
Aku masih tidak puas hati. Apa pun yang aku katakan, mereka tetap menyokong Syre.Lebih baik aku pergi. Aku melangkah pergi ke tandas untuk membersihkan diri dan menukar pakaian yang sudah kotor.
Selepas insiden yang tidak disangka itu, aku masih bersahabat dengan Jay dan Shah, tetapi hubungan rapatku dengan geng Capybara (Syre, Risha, dan Meen) sudah terputus.Sejak itu, aku menjadi mangsa untuk aktiviti membalas dendam mereka setiap hari. Tayar motorku pancit, kena siram dengan air jamban, dan baju sukan ku diconteng dengan tulisan 'si gila, dayus, dan seumpamanya'. Namun, yang paling menyakitkan hati adalah ketika mereka datang ke rumahku untuk mendapatkan gambar bogelku. Nasib baik mereka mendapatkannya ketika aku lepas jogging, hanya memakai seluar bawah lutut tanpa baju.Esoknya, saat aku masuk ke kelas, terjadi sesuatu yang tidak terduga.
"ARFADH HILMAN BIN MOHD AKI!!!"
Aku heran, "Korang kenapa ni? Pagi-pagi dah lari marathon?" Shah dan Jay datang ke arahku dengan nafas yang tak cukup. Mereka menghalangi jalanku, meminta aku untuk tidak masuk kelas."Ish, apa yang menyesalnya? Sana ahh aku nak masuk kelas," kataku, mencuba untuk melepaskan diri.
Tetapi mereka bersikeras. "Jangan masuk kelas! Tolonglah kali ni kau dengar cakap kitorang, kalau tak nanti kau menyesal punya." Aku yang degil, tetap ingin masuk kelas. Mereka mencuba menghalang, tapi aku merempuh mereka dan masuk ke dalam kelas.
Aku masuk ke kelas dan semua mata tertumpu padaku. Aku merasa heran, apa yang terjadi? Ku lihat diriku, mana tahu mungkin aku tak gosok baju atau ada sos di mulut? Tetapi diriku nampak sempurna. Tetapi, mengapa mereka masih terus menatapku dengan pandangan aneh? Aku ditarik keluar kelas, dan mereka memberitahu aku untuk tidak masuk kelas lagi. Tetapi aku degil, dan kakiku laju mengorak langkah masuk ke dalam kelas lagi. Mata yang tajam, gelak tawa yang meletus, aku tidak faham kenapa. Aku periksa penampilan diriku, sempurna. Tetapi kenapa mereka ketawa? Seketika itu, aku melihat figura Shah dan Jay di belakang cermin tingkap kelas, menepuk dahi dan menunduk.Aku mengambil sehelai kertas yang mereka pegang, dan ketika ku lihat isinya, aku terkejut.
"SYYYREENAA HAWAAAAA!!!" Aku diluar kawalan, telingaku seakan-akan asap keluar, dan di atas kepalaku terasa seperti gunung berapi melepaskan lava panasnya.
'Syre, kau memang dah terlalu, tunggu je kau.'
"FAD?! Kau nak pergi mana?" tanya Shah, tetapi aku tidak menjawab. Aku melangkah menuju kelas Syre. Sampai di depan kelasnya, aku tidak serbu terus kerana ada cikgu Zahrin sedang memeriksa kebersihan kelas. Aku perhatikan geng Capybara duduk di belakang, memandangku dengan gelak tawa. Setelah cikgu Zahrin keluar, mata tajam Syre menembusi mataku. Tanpa ragu, aku panggil Syre dan gengnya keluar kelas. Bermulalah perang dunia kedua antara Arfadh dan Syrena.
"Apa benda ni?" soalku dengan nada yang masih menahan marah.
"Buta ke? Tu kan gambar kau?" ujar Syre dengan nada sinis.
"Aku tahu ini gambar aku, tapi sekarang ni aku tanya 'ini apa?', dan dari mana kau dapat gambar ni?" Mereka malu, mungkin aku bernasib baik kerana hanya bahagian atas yang nampak, bahagian bawah tertutup dengan seluar tiga suku."Aku rasa kau tahu dari mana aku dapat gambar tu! Atau kau tak perasan kami datang rumah kau menyorok belakang semak?"
"Kau datang rumah aku?! Untuk apa?"
"Untuk dapatkan gambar tu lah. Susah tau nak dapat, kami rancang benda ni dah dekat 2 bulan, nasib baik berjaya kali ni."
"Kau sanggup menyorok belakang semak semata-mata untuk benda ni? Kau dah hilang akal ke?"
"Woo woo woo, kenapa kau marah-marah ni? Chill ahh, gurau je pun. Sampai nak main otak letak mana ni, parahlah."
"Kalau kau yang kena, kau boleh chill ke? Takkan?" Aku marahkan mereka, dan kertas yang aku genggam tadi kucampak ke muka Syre.
"Woi! Agak-agaklah, boleh bincangkan? Tak payah lah sampai buang sampah merata tempat. Kau pikir ni sekolah bapak kau punya?"
"Aku tak main bapak mak lah! Kau ada bapak mak, mainlah bapak mak kau je. Tak payah libatkan bapak mak aku sekali!" Capybara membuat muka menyampah, tetapi mereka tidak sedar diri dan terus bersikap seperti tidak bersalah, malukan aku. Satu kelas mendapat gambar tersebut, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap meja satu helai kertas.
End Flashback.
***
Jom follow najahkth and support dia punya story 'The Promise'
YOU ARE READING
PARTNER♡
General FictionDisebabkan oleh ego yang merajai hati, keduanya terpaksa menyembunyikan rasa yang tumbuh subur dalam ruangan hati masing-masing. Namun, dalam keheningan itu, doa menjadi penjalin hubungan mereka, semakin erat di sisi Allah. Mati? Kematian adalah kep...