6 - Episod Paling Cringe!

1.4K 57 11
                                    

Nizaleena bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk candlelight dinner Adelia. Eleena masak kambing panggang dengan herba thyme dan bawang putih bersama kentang boulangère, pasta dengan tumisan tomato dan cili benggala, serta sparkling drink. Untuk menambahkan suasana romantis, Eleena pasang lilin aromatik dengan bauan patchouli.

Sebelum itu, Nizam telah mencari lagu-lagu cinta tapi punk rock yang mengikut kesesuaian Adli di Spotify.

"Kam, jadi datang tak?" Eleena telefon Kamelia.

"Tengah bersiap," jawab Kamelia.

"Bersiap di rumah saya. Saya dan Nizam sedang masak ni."

"Baik, saya on the way."

"See you," kata Eleena.

"Awak, telefon Adli jap?" kata Eleena pada Nizam.

"Tunggu la semua prepare dulu."

--

"Apa? Rumah Eleena kena rompak? Fuck! Woi, apa pak guard depan tu buat woi! Gila, berapa yang hilang? Jap, jap. Aku datang," kelam kabut Adli dari katil. Dia hanya pakai boxer sambil baca komik Spiderman seorang diri sambil kunyah Pringles perasa cream and onion dan pasang playlist Adli Margera di Spotify yang dibuat oleh comradenami.

Kelam kabut dia sarung seluar jeans dan capai baju Faith No Morenya. Terus capai topi dan terus bawa motor dan memecut laju ke arah rumah Eleena. Setibanya di rumah Eleena, dua orang lelaki berbaju hitam dan seorang memakai bertopeng Darth Vader mencekup Adli dan membawa Adli ke arah bilik Edry.

"Woi, kimak! Apa ni woi!"

"Diam kalau nak selamat!" kata mamat yang pakai topeng Darth Vader.

Dua lelaki itu bertindak menanggalkan baju dan seluar Adli.

"Woi, kau nak rogol aku ke sial?" Adli meronta-ronta. Tapi mamat pakai topeng Darth Vader tu sado menyebabkan Adli tak boleh nak melawan. Lelaki pakai topeng Darth Vader tu kemudian mencampakkan Adli dalam bilik air Edry.

"Sila mandi kalau anda nak selamat!"

Baju dan seluar jeans Adli disorokkan, dan mereka meletakkan baju uniform sekolah ACS Edry.

Dua lelaki itu keluar dari bilik Edry dan buka topeng.

"Fuh, settle," Edry fistbump Nizam.

"Boleh tahan liat mamat ni," Nizam geleng-geleng kepala.

Dalam bilik air, Adli terpinga-pinga, perompak apa suruh orang mandi?

--

"Ala, ketat sikit lah uniform awak ni, Eleena," kata Kamelia.

"Sikit je tu, awak nervous, sebab tu awak rasa ketat. Awak tenangkan fikiran awak, lepas tu duduk diam-diam. Saya nak make-upkan awak macam gaya Hayley Williams."

Rambut Kamelia ditukarkan ke rambut warna merah macam penyanyi Paramore tu.

"Lawa la uniform sekolah awak, macam gaya sekolah Jepun pulak," kata Kamelia sambil melihat Eleena sedang letak maskara di bulu mata Kamelia.

"Diam, diam," Eleena fokus.

"Okay, cuba kelip mata?"

Kamelia kelip mata.

"Good. Sekarang, mata lagi sebelah."

"Awak rasa Adli tak terkejut ke tengok penampilan saya macam ni?"

Eleena diam kerana fokus pada bulu mata Kamelia.

"Saya takutlah," kata Kamelia lagi.

"Ala, masa saya first time nak jumpa mak ayah Nizam dulu lagilah nervous," kata Eleena.

Adli Margera: Tenggelamnya Harta Karun Van Der WijckWhere stories live. Discover now