Sulaiman Kolbet: Kita di dalam rancangan Larut Malam Bersama Sulaiman Kolbet, artis undangan minggu ini ialah Daiyan Trisha, tetapi sebelum itu, kita bersama Adli Margera, Kamelia Ramlan, Nizam, Ail dan Eleena Mahathir! Apa khabar semua?
Adli: Khabar baik. Cuma ada luka-luka sikit dari mission terdahulu.
Sulaiman Kolbet: Baiklah, saya mulakan dengan Adli dahulu. Berikan tiga perkataan yang menggambarkan siapakah Adli Margera. Tiga perkataan sahaja.
Adli: Punk, dan anarchy.
Sulaiman Kolbet: Baru dua?
Adli: Tu, dan tu?
Sulaiman Kolbet: Dan mana kira.
Adli: Okay, okay. Punk, anarchy, chaos.
Sulaiman Kolbet: Seterusnya, Nizam, berikan tiga band yang mempengaruhi hidup kamu.
Nizam: Hmm, tiga band je? Sebab banyak sebenarnya. Tapi kalau pilih tiga je, hmm. Weezer, Nirvana, dan Death Cab For Cutie.
Sulaiman Kolbet: Eleena, nyatakan tiga benda yang kamu rasa adalah kekuatan diri kamu, kelebihan diri kamu sebagai seorang Eleena Mahathir.
Eleena: Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya, selain itu kelebihan saya dalam bidang matematik menjadikan saya lebih sistematik, dan kekuatan saya ialah, wait for it...Nizam!
Audiens bersorak dan buat bunyi suwit.
Sulaiman Kolbet: Tapi dalam cerita saya nampak kelemahan awak sebenarnya ialah Nizam.
Eleena: Pun jugak.
Sulaiman Kolbet: Baiklah, Kamelia, berikan tiga buah filem kegemaran kamu?
Kamelia: Kill Bill, err vol 1 dan vol 2...
Sulaiman Kolbet: Kira sekali lah tu.
Kamelia: Kill Bill, Black Swan, dan Star Wars.
Sulaiman Kolbet: Star Wars lama atau baru?
Kamelia: Kira sekali lah tu.
Audiens ketawa.
Sulaiman Kolbet: Dia guna balik. Baiklah, Ail, tiga tempat yang kamu akan pergi untuk melancong?
Ail: Saya suka kalau ke Iceland, sebab tempatnya lain dari tempat yang lain.
Sulaiman Kolbet: Nak kira macam tu, semua tempat lain dari yang lain?
Ail: Iceland mempunyai kontras antara gunung berapi yang panas dengan iklim Artik.
Sulaiman Kolbet: Baik.
Ail: Lagi dua, saya fikir saya nak ke Nicaragua, dan lagi satu, saya pilih Iran.
Sulaiman Kolbet: Kenapa Iran? Adakah anda seorang Syiah?
Ail: Haha tak lah. Tapi saya rasa Iran adalah tempat yang menarik kerana ketamadunan Parsi yang selama ribuan tahun, lebih lama dari tamadun Greco-Roman yang membentuk ketamadunan Barat hari ini, sebenarnya datang dari ketamadunan Parsi. Jadi saya suka Iran.
Sulaiman Kolbet: Baiklah, saya nak tanya Adli. Kenapa setiap kali Kamelia pow kamu, kamu tak boleh kata tak? Kenapa akhirnya kamu mengalah dengan Kamelia? Ini bukan Adli Margera yang punk, anarchy dan chaos! Jelaskan.
Audiens bersorak sambil membuat bunyi bising "Adelia! Adelia! Adelia!". Kamelia menahan muka merah.
Adli: Sebenarnya saya rasa Kam ni menarik. Dah usha dia lama dah.
Eleena: Sesuatunya.
Kamelia: Diamlah!
Sulaiman Kolbet: Kamelia dah malu dah!
Adli: Tapi ye lah kan, kalau baca kat novel ni memanglah nampak selalu saya kena pow dengan Kam, tapi kalau baca novel Cheras Perdana pulak, saya yang banyak pow Kam.

YOU ARE READING
Adli Margera: Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck
MaceraAdli merokok tepi koridor. Ada orang tertinggal wallet. Adli panggil brader tu, tapi brader tu sibuk cakap dengan telefon, dan tinggal wallet. Adli buka wallet. Ada la beberapa keping duit seratus. Tapi tu tak menarik hati Adli. Yang buat Adli tert...