26 - Adli Margera Legacy

1.3K 55 23
                                    

Dalam Kombi, Adli tenang. Ini kali pertama dia beraksi dengan The Jackalls tanpa lineup sebenar. Ziel-O sedang jaga adik di Taman Mesra, Kajang, sementara Alim sedang dalam tour untuk promote video menari raver featuring Shafla Detura di seluruh negara. Hari ni Alim kat East Coast Mall, Kuantan. Dengar kata budak-budak Kubang Buaya, Tok Sira, TC, Cenderawasih, Balok, semua turun ECM. Bas Rapid Kuantan Polisas dan Terminal Sentral Kuantan penuh ultras Alim.

Adli faham pada akhirnya, dialah hero sebenar. Akan datang bila Kamelia dah start tour dengan Paddle Pop Pelangi, atau Ail sangkut dengan MILF Republic Czech pergi travel seluruh Eastern Europe, dia tetap kena pergi. The Jackalls cuma sebuah pasukan.

Tapi dia tetap Adli Margera.

Edry mahu ikut, tapi Adli menghalang. Eleena lebih memerlukannya. Lagipun, Edry tak biasa kerja dajal-dajal ni. Kerja macam ini memerlukan daya mental serta akal jahat yang serius tajam.

Kamelia dari tadi bermain fidget spinner. Dengan fidget spinner tu, dia rasa tenang. Ail pulak dari tadi tension badan belakang dia gatal dan tak boleh nak garu. Itulah harganya untuk menjadi superhero seperti Magnetman.

"Culkin, dari tadi kau main menatang tu, apa yang seronok tu?" tanya Adli.

"Dia bagi aku ketenangan," kata Kamelia.
"Baik main gasing," kata Adli.

"Kau nak aku pakuk gasing dalam Kombi ke, Margera?"

Adli diam. Ada benarnya juga.

"Kali ni susah sikit, Culkin. Sebab aku syak mereka akan gunakan senjata. Ini first time kita akan encounter senjata."

"Magnetman kan ada?" tanya Kamelia.

"Tapi dia tak ada latihan intensif lagi dengan suit dia tu. Nampak sangat dari tadi dia cuba nak garu belakang dia," kata Adli, yang dari tadi memerhatikan Ail.

Semua diam dan berdoa agar Nizam dan yang lain-lain selamat. Dia tahu, pihak tentera akan tiba, tapi sebelum mereka tiba, kena ada rock and roll dulu.

Nizam perlu diselamatkan at all cost.

Mereka tiba di depan hospital dengan pakaian janitor. Adli pasang lagu Slipknot, People = Shit. Semua dah tahu, kalau Adli dah start pasang lagu Slipknot, ini tiba masanya untuk bertindak.

This is a war!

Mereka rempuh dengan memotong pagar dawai untuk memudahkan si Magnetman mencelah dan masuk ke dalam perkarangan hospital, dengan beg sandang di bahu masing-masing.

"Dah boleh on ke?" tanya Ail.

"Lek, karang kau sedut besi apa la pulak, shh! Magnetman, kau ready. On lepas aku buka pintu dari dalam," kata Adli yang panjat tingkap.

"Aku buat apa, Margera?" tanya Kamelia.
"Kau standby, musuh datang, kau terajang."

Adli hulur tangan. Kamelia dan Ail hulur sama.

"The Jackalls!"

Adli masuk, dan buka pintu belakang. Ternyata tiada kawalan di situ. Kemudian dia keluarkan pisau Rambo di tangannya, lepas tu terus mencari mana bilik janitor. Dia buka pintu janitor yang terkunci dengan pisau Rambonya, lepas tu dia mencari barang yang boleh dia buat dajal.

Kamelia masuk. Diikuti oleh Magnetman.
"Kau rampas senjata dia dengan magnet kau, ok?"

Ail tunjuk ibu jari bagus.

Kamelia terdengar suara orang bercakap. Kamelia menyorok tepi dinding.

"Magnetman, now, on!"

Ail muncul di depan dua lelaki bersenjata itu. Dah lama dia tunggu peluang ini.

Adli Margera: Tenggelamnya Harta Karun Van Der WijckWhere stories live. Discover now