25 - Magnetman

1.3K 52 6
                                    

Ail sudah siap memakai sut besi yang direka oleh arwah ayah Kak Merlina dulu. Sejarah disebalik sut besi ini sangatlah panjang sebenarnya. Arwah ayah Kak Merlina ni sebenarnya seorang inventor yang sangat mengidolakan seorang saintis yang bernama Nikola Tesla.

Tidak seperti adiknya, Mahathir, ayah kepada Eleena dan Edry yang lebih realistik dan praktikal, dengan menjalankan perniagaan kertas di peringkat Nusantara, Hashim lebih esentrik - dan selalu memikirkan sesuatu untuk mengubah dunia.

Macam-macam lah dia reka, dia cuba reka basikal terbang lah, sistem radar untuk mengesan UFO lah, tapi benda yang paling ultimate ialah dia ingin mencipta satu sut yang bukan sahaja kalis peluru, tetapi mampu menahan peluru macam Neo dalam filem The Matrix.

Dan bukan itu sahaja, ia juga mampu menarik besi macam Magneto. Disyaki sut ini dicipta sekitar tahun 2000 kerana filem The Matrix pada tahun 1999 dan X-Men yang pertama pada tahun 2000 memang banyak mempengaruhi ayah Kak Merlina. Selain itu, pengaruh rancangan TV futurisme - Beyond 2000 menjadi rancangan kegemaran ayahnya.
Eksperimennya berjaya dan dikatakan mahu memohon paten di Amerika Syarikat, tetapi semasa sesi ujikajinya, petir menyambar sut besi ayahnya ketika dia sedang menguji untuk menarik besi.

Seperti idolanya Nikola Tesla, arwah ayah Kak Merlina meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Eleena menyifatkan arwah pakciknya sebagai "pakcik paling awesome" dan banyak mempengaruhi hidupnya, sementara Edry merasakan pakcik Hashim yang menjadikan dirinya seorang peminat gajet.

Tetapi, sut usang ini dibiarkan dalam stor, tak bersentuh, sehinggalah Ail memakainya hari ini.

Kak Merlina pandang saja Ail pakai baju sut besi arwah ayahnya itu. Dia senyum, tapi dalam hati, siapa yang tahu.

"Boleh jalan tak tu, abang Ail?" tanya Edry. Adli mencangkung di laman, mahu melihat sendiri eksperimen ini dijalankan. Sayang, baju ni bukan saiz dia. Kalau tak, mesti dia yang nak pakai.

"Berat sikit la, Edry."

"Biasakan diri."

Ail terus berjalan macam Robocop. Ini kerana materiel yang digunakan bukanlah macam yang digunakan oleh Tony Stark dalam filem Ironman.

"Kat tangan Edry ni, ada kunci. Nampak tak suis kat peha kanan abang Ail tu? Sekarang, tolak ke atas. Tu maknanya, on."

Ail mengikut arahan. Dia rasa ada getaran elektrik yang melalui di tubuhnya.

"OK, peha kiri abang Ail, ada suis putar. Putar ke kiri untuk tarik kunci ni."

Ail terus mengikut arahan. Tiba-tiba kunci di tangan Edry terlepas dan terus terbang ke tangan Ail.

"Fuyoo!" Adli excited sampai berdiri.

"Amacam, macam Magneto tak?" tanya Ail.

"Power gila sial!" Adli begitu kagum sampai meloncat-loncat macam beruk jumpa Legoland.

"OK, sekarang off balik kat peha kanan tu. Bagi balik kunci tu," kata Edry.

Ail memberi kunci itu kembali pada Edry.

"Sekarang, instead pusing kiri penuh, kali ni pusing kiri tapi separuh je," kata Edry.

"OK," Ail jelas.

Edry membaling kunci dan Ail pusing di peha kiri separuh. Kunci itu terapung-apung macam peluru The Matrix bila Ail tahan dengan tangannya.

"Gila babi siaaaaalll!" Adli terkejut kunci itu terapung melawan graviti.

"Sekarang, putar ke kanan!"

Ail putar ke kanan dan kunci itu melantun terus kembali ke Edry.

"Gila babi. Arwah ayah akak memang genius la kak. Memang respek saspek mespek kespek!" Adli punyalah excited sampai melutut-lutut.

Adli Margera: Tenggelamnya Harta Karun Van Der WijckWhere stories live. Discover now