3 - Adelia?

1.7K 52 6
                                    

Mereka berlima makan soto Johor dengan sambal kicap yang padu maut sampai buat Adli terbatuk-batuk kepedasan.

"Awak tak makan pedas ke, Adli?" tanya Eleena, ingin tahu.

"Makan, tapi ni padu maut sangat ni," Adli tahan pedas.

"Bergedil ni Nizam yang buat," kata Eleena.

"Patutlah masin, nasib baik balance dengan pedas ni," Adli terus bilas tekaknya dengan air kosong.

"Anda dengan Adli tadi pergi mana, sampai bawak teddy bear besar ni?" tanya Nizam.

"Kenapa awak tanya, cinta? Cemburu ya?" Eleena mula mengusik Nizam.

"Mana ada apa-apa la, angkat barang kat funfair Jenaris je," Adli menyampuk.

"Pergi funfair, lepas tu makan kat food truck, makan steak," jawab Kamelia.

"Fuyooo, makan steak," kata Nizam, senyum sinis pandang Adli.

"Sesuatu," kata Eleena, tersengih.

"Kau tak pernah pun belanja aku steak sepanjang aku jadi member kau, Li," kata Nizam.

"Ala, awak tak pernah pun belikan saya teddy bear, belanja makan steak. Beli epal kat English Week pun tak pernah," Eleena caras balik.

Kamelia dah senyum tersipu. Dari hari tu isu epal English Week ni berbangkit.

"Ya Allah hai korang ni, aku mana ada apa-apa la. Weh, lagi dua minggu, Ail balik tau," kata Adli. Eleena singgung siku Nizam, kemudian berbisik.

"Nak ubah topik la tu," Eleena ketawa kecil tepi telinga Nizam.

"Gigit telinga dia, Eleena. Biadab betul Nizam ni," Adli terus mengunyah nasi impit dalam sup.

"Sesuatu kan dorang ni?"

"Eleh, awak jeles kan?"

"La, apa yang nak jelesnya. Kawan-kawan happy, kita happy la," kata Nizam.
"Weh, bisik-bisik pulak," Adli dah start sengal.

"Ha, ha! Apa dia Adli, Ail nak balik?" kata Nizam, menyambung cerita.

"Haa, oleh kerana dia pakar Geografi, bolehlah rujuk kat dia dalam perjalanan ke tempat harta karun tu," Adli menghirup kuah sup.

"Peh, pedas!" Adli minum air untuk membilas tekak.

"Adli, awak pasti ke harta karun tu ada di situ? Karang kalau kita pergi situ, tak ada, macam mana?" tanya Eleena.

Adli buka Google, dan mencari laporan akhbar tentang penemuan syiling kesultanan Melayu Melaka oleh pekerja yang memasang kabel internet di sana.

"Ya, Adli. Benda ini kalau terjumpa, biasa kalau di Melaka. Tapi, harta karun ni saya tak pasti. Lagipun, menurut peta ni, ini tahun 1898. Saya pasti sudah ada orang yang sudah mencarinya," kata Eleena.

"Tu kita kenalah siasat dulu, kalau tak jumpa apa-apa, kira kita dapat adventure lah," kata Adli.

"Rasanyalah abang Adli, sementara tunggu abang Ail balik ni, elok kita buat kajian dulu. Ada beberapa sebab. Kita mana tahu benda ni memang benar-benar asli. Mana tahu orang troll ke," Edry mencelah.

"Lepas makan nanti, kita bincang sama-sama," kata Eleena, menghabiskan soto Johornya.

--

Selepas makan, mereka berlima memotong herba yang dibeli oleh Adli tadi. Sambil itu, mereka mengkaji tentang peta tadi.

"Jonkheer Johan Cornellis van der Wijck, kolonel Hindia Timur Belanda tahun 1898, komander di Palembang sebelum itu. Saya fikir mereka berlayar dari Palembang ke Batavia untuk urusan pentadbiran," kata Eleena.

Adli Margera: Tenggelamnya Harta Karun Van Der WijckWhere stories live. Discover now