#1

10.6K 318 0
                                    

Khairin pulang dari sekolah dan terus mencari ibu dan bapanya. Hatinya sedikit sebal kerana pagi tadi bapanya, Datuk Harun sudah berjanji untuk mengambilnya dari sekolah. Tapi apa yang jadi, naik lenguh kakinya menunggu bapanya yang tak kunjung tiba. Maka dengan kaki yang masih elok, Khairin berjalan pulang.

Sampai dirumah, dia merasa pelik kerana rumah banglonya itu terasa begitu sunyi. Seperti tiada sesiapa dirumah sedangkan pintu hadapannya terbuka. Dia mencari-cari bayang ibu dan bapanya. Sampai di bilik ibu bapanya, jantungnya ibarat berhenti berdegup. Terasa dunia seolah-olah berhenti berputar. Dihadapannya kini terbaring tanpa nyawa kedua orang tuanya. Masing-masing ditembak tepat pada kepala.

"Papa....mama..." Khairin menggoncang tubuh yang sudah kaku itu. Namun air matanya tetap tak tumpah. Dia hanya duduk kaku sambil memeluk lututnya disisi mayat kedua tuanya. Dia berkeadaan begitu saat jirannya datang dan melihat kejadian itu. Kebetulan jirannya baru balik dari pasar dan datang untuk menghantar sesuatu. Dia masuk bila dia merasa tidak sedap hati dengan keadaan yang begitu sunyi di rumah tersebut.

Tidak lama selepas itu, siren berbunyi dan semuanya berlaku begitu cepat. Saudara-mara datang ke pengebumian, polis masih buat siasatan dirumahnya tapi Khairin, masih diam tiada emosi. Entah kenapa, perasaannya ibarat mati. Dia melihat semua yang berlaku di depannya tanpa ada apa-apa perasaan. Sudara mara yang hadir terasa sedih melihat keadaan Khairin yang seperti zombi. Hidup dalam mati. Sudahlah saat itu umur Khairin baru mencecah 16 tahun.

"Arin, jangan macam ni. Arin kena kuat." tegur mak longnya sebaik selesai kenduri tahlil arwah untuk ibu bapa Khairin. Khairin memandang mak longnya dengan mata bekunya.

"Mak long, walau apa pun yang jadi Arin akan pastikan orang yang buat papa dan mama macam tu terima nasib yang sama."

***

Deringan telefon mematikan memori lama Khairin. Segera diangkat panggilan dari Fad.

"Khai, malam ni kita ada kerja. Ikut rancangan kita yang semalam." Khai mengangguk faham dengan kata-kata Fad dan mematikan talian. Dia perlu bersiap atau dia dengan Fad tidak akan dapat gaji daripada tugas yang diberikan ini. Sabarlah, Khai. Sikit masa lagi dan segalanya akan selesai.

Falling For Miss Penculik [✔]Where stories live. Discover now