#9

5.7K 283 5
                                    

Faiz yang masih terikat melihat Khai dan polis-polis yang terlalu ramai kini di depannya bersilih ganti. Dia takut.

Khai, jangan buat kerja bodoh.

Dia berdoa Khai tak buat apa yang dia fikir sekarang ni. Silap langkah di pihak Khai, dia yakin nyawa Khai boleh melayang.

Ya Allah. Khai please stop.

"Satu pergerakan dan kau akan mati di tangan aku." Kata Khai.

"Kau tak tahu aku siapa." Kata Mr John berbisik. Dia senyum sinis kemudian dia memandang kearah polis yang masing-masing masih dalam keadaan sedia.

"Polis! Tolong! Tolong saya. Saya mangsa kat sini. Tolong! saya diculik. Cepat lepaskan saya dari perempuan gila ni!" Mr John menjerit meminta tolong. Khai hanya tersenyum sinis. Kemudian dia membuat isyarat kearah Fad. Fad mengangguk. Dia buat pula satu isyarat. Kemudian semua polis tadi bergerak, menahan semua konco-koncoBlack dan Mr John di dalam bangunan itu. Tiada satu pun yang terlepas. Kemudian Fad dan dua orangpolis datang mendekat.

"Nasib baik kamu datang. Cepat lepaskan saya! Tangkap perempuan gila itu." Mr John masih dengan lakonannya.

"Eh kenapa tangkap saya? Saya mangsa di sini!" Namun tekaannya silap bila dirinya yang dipegang oleh dua orang anggota polis itu. Dia memandang tajam kearah Khai yang tersenyum kearahnya.

"Well kau yang tak kenal aku siapa." Kata Khai.

"Kau...siapa?"

"Oh I'm glad you asked that. I'm Datuk Harun's daughter. Nice to meet you." Kata Khai penuh sarkastik. Mata Mr John membulat. Tapi bukan Mr John sahaja yang terkejut, Faiz yang mendengar pun terkejut.

Khai pun undercover ke?

"Bukan aku dah bunuh semua ke ahli keluarga dia?" Mr John berkata perlahan.

"Looks like you're not smart enough that time. Obviously I'm in school at that time. How can you kill me?" kemudian Khai ketawa menyebabkan Mr John bergelut kuat untuk melepaskan diri dari pegangan dua anggota polis itu. Dia marah.

"Dah bawa dia pergi. I don't want to see him again." Arah Khai. Anggota polis itu mengangguk dan membawa Mr John pergi.

" Inspektor, semua konco-konco Black dan Tuan John sudah diberkas." lapor seorang pegawai polis. Khai sekadar mengangguk.

" Tahniah, Inspektor Khairin. Another success mission. Sekarang kau dah boleh rasa lega sikit." tegur Fad. Sebenarnya, Fad dan Khai adalah inspektor polis yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes pembunuhan berprofil tinggi kerana melibatkan orang kenamaan. Mereka sedaya upaya menyamar dan bekerja di bawah Black dan membahayakan nyawa sendiri andai rahsia mereka sebagai pegawa polis terbongkar. Dan hari ini, segalanya telah selesai. Mungkin mereka patut mengucapkan terima kasih kepada Faiz yang bersetuju untuk mengumpan Mr John membongkar segala kes pembunuhan yang didalangi olehnya. Pagi tadi sebelum Faiz diserahkan kepada Black, Fad ada berjumpa dengan Faiz dan menerangkan rancangan itu. Maka dengan pengakuan itu, Mr John tak akan terlepas dari hukuman.

Falling For Miss Penculik [✔]Where stories live. Discover now