#5

6K 285 1
                                    

Masuk hari ini, sudah tiga hari Faiz ditahan dan dikurung di dalam hutan yang dia tak tahu nak keluar dari situ macam mana. Khai pun balik sekadar hantar makanan dan keluar semula. Balik lewat malam dan keluar awal pagi. Kadang-kadang dia wondering, Khai ni buat apa sampai macam tu sekali busynya. Dia tidur ke tak?

"Argh! Bosannya." Faiz terbaring di sofa. Dia baru nak terlelap bila terdengar pintu rumah ditolak dari luar.

"Khai!" Dia terus duduk bila Khai melangkah masuk ke dalam rumah.

"Nah, ni makanan tengah hari." Khai meletakkan bungkusan makanan di hadapan Faiz dan dia terus masuk ke biliknya. Tak lama selepas itu, dia keluar semula dengan pakaian yang sudah ditukar. Faiz berhenti menyuap dan melihat Khai di sebuah meja, memasang dan memasukkan peluru. Bagi Faiz kini, itu seperti scene biasa.

" Khai, kau nak pergi mana?" soal Faiz. Ish, macam jadi penyibuk pula. Ingat sikit, kau tu tawanan!

"Obviously, I'm working. Tak akanlah aku nak jaga kau 24 jam kot. You're not a baby." Khai membalas. Dia memandang Faiz. Faiz tersenyum dengan respon Khai.

"You look like an educated person. Ain't you? Because you have that vibe."

Faiz! Kenapa mulut kau laju sangat ni!

"None of your business rich boy." Khai tersenyum sinis.

"Hey rich boy, aku tahu kau bosan. Tapi, bos tak nak jumpa kau lagi. So until that time comes, you're stuck here. Kalau tak, dah lama dah kau tu arwah." terkejut Faiz dengan kata-kata Khai. Jadi betullah aku akan dibunuh? Ya Allah, lindungilah aku!

Melihat reaksi terkejut Faiz buat Khai ketawa kecil.

"Haha. Sorry i'm just kidding. To be honest, aku pun tak tahu atas urusan apa aku kena culik kau. Aku cuma terima arahan untuk culik kau dan diminta untuk simpan kau di sini."

"Seriously Khai don't joke about death. Oh God, I'm scared."

"Esok aku free. So nanti aku tunjukkan tempat yang menarik kat sini. Well you need to enjoy the last bit of your life right?" kemudian Khai keluar meninggalkan Faiz yang ternganga mulutnya.

There she go. Joking about death. AGAIN. Tapi kalau betul macam mana?

Dalam hatinya terdetik, berapa lama Khai terlibat dalam dunia ni? Kenapa dia terlibat dalam dunia ni? Jadi penculik? Tapi dia nampak seperti orang berpelajaran. Khai tak patut jadi macam ni. Pada Faiz, Khai seorang wanita yang baik. (plus cantik.) Walaupun dia tak berapa kenal Khai tapi, entah kenapa hatinya yakin bahawa Khai mampu pergi jauh jika dia tak pilih untuk buat kerja macam ni. Kenapa kau pilih jalan ni Khai? 

Falling For Miss Penculik [✔]Where stories live. Discover now