Faiz melangkah keluar dari cafe dan berjalan menuju ke keretanya. Jam menunjukkan angka 9 malam. Hari ini adalah hari pertama dia kembali menjejakkan kakinya di tanah air selepas hampir 5 tahun duduk di negara orang. Tadi dia berjumpa dengan rakannya dan kini dia perlu pulang ke rumah atau ibu bapanya akan risau jika dia balik lambat. Faiz menikmati pemandangan pada waktu malam yang indah dengan lampu-lampu memenuhi setiap jalan.
Oh I miss Malaysia.
Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
"Sorry. Saya tak perasan." Faiz menolong wanita yang dilanggarnya tadi untuk berdiri. Matanya mencari wajah wanita ini yang terlindung dengan rambut ikalnya.
"It's okay. Salah saya juga." Kata wanita itu sambil menyelit rambut ikalnya ke telinga. Wanita itu kemudiannya tersenyum.
Angel.
Faiz terpana dengan kecantikan wanita ini.
"Encik!" panggil wanita itu sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Faiz. Faiz tersedar lalu tersengih. Dia terlalu asyik.
"Maaf!" Faiz senyum malu. Kantoi wei! Wanita itu senyum. Tiba-tiba pandangan Faiz kabur. Beberapa kali dia menggosok matanya. Kepalanya juga tiba-tiba menjadi pening. Dia memegang kepalanya.
"Encik, encik okay?" soal wanita itu risau melihat keadaan Faiz yang sedikit tak stabil. Faiz menggeleng tanda tiada apa-apa. Namun setapak dia melangkah, dia rebah. Pandangan terakhir yang sempat ditangkap adalah senyuman sinis wanita itu kepadanya kemudian semuanya gelap.
***
"Cik, kenapa dengan dia?" soal pejalan kaki yang kebetulan lalu saat Faiz rebah.
"Oh, suami saya ni anemia. Jadi dia pengsan. Saya memang nak hantar dia ke hospital tapi belum sempat saya nak hantar dia dah pengsan." terang wanita itu kepada para pejalan kaki yang mula mengerumuni dia dan Faiz.
"Kalau macam tu, biar saya tolong hantar suami puan ke kereta." Wanita itu mengangguk. Maka, Faiz diangkat lalu diletakkan ke dalam kereta wanita itu.
"Terima kasih ya, encik." jawab wanita itu dan menghidupkan enjin keretanya dan berlalu dari situ. Setelah agak jauh dari tempat Faiz pengsan tadi, dia mencari telefon bimbitnya.
"Hello, Fad! Aku dah dapat dia. Nak bawa ke mana ni?" Khai mencabut rambut palsunya. Rimas. Dikerling seimbas kearah Faiz yang mesih tidak sedarkan diri dikerusi belakang selepas ditembak dengan ubat tidur sewaktu dia berlanggar dengan Faiz tadi.
"Mana lagi? Rumah kaulah. Rumah yang dalam hutan tu. Bukan yang satu lagi tu." kata Fad. Khai mengeluh. Even Fad tak bagitahu pun, dia tak akan bawa Faiz ke rumahnya yang satu tu.
"Ok." balas Khai pendek dan memandu ke destinasi yang dituju.
YOU ARE READING
Falling For Miss Penculik [✔]
Roman d'amour-Cerpen lama yang ada dalam simpanan dan diedit untuk jadi lebih mantap (?)- **** Faiz baru menjejak kaki di Malaysia dan belum lama dia di sini, sedar-sedar dia sudah diculik. Apa yang akan berlaku pada Faiz? kenapa dia diculik? Cuma satu yang...