#6

6.3K 280 4
                                    

Pagi esoknya, seperti yang telah dijanjikan, Khai membawa Faiz melihat di sekitar kawasan hutan tu.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Faiz sedikit teruja.

"Air terjun." Jawab Khai. Dalam kepalanya cuba mengingati mana satu jalan yang betul untuk ke sana. Di pihak Faiz pula, dia menari kecil bila mendengar perkataan 'air terjun'. Serius dia excited.

" Khai, macam mana kau boleh jumpa tempat macam ni dan bina rumah kat sini? Dahlah jauh dari orang." soal Faiz sewaktu dalam perjalan ke air terjun yang berdekatan. Dari tempat mereka sekarang kedengaran sayup-sayup deruan air terjun.

" Tu rumah atuk aku. Dia sukakan tempat yang banyak pokok. Tanah ni pun milik dia." Faiz mengangguk. No wonder rumah tu antara tempat selamat nak sorok tawanan. Yelah tanah persendirian kan. Manalah ada orang nak masuk.

" Wah! Cantiknya. Nak mandilah!" kata Faiz sebaik mereka sampai di air terjun itu. Kemudian apalagi Faiz pun segeralah terjun di dalam air terjun yang jernih lagi menyegarkan tu. Khai sekadar duduk di sebuah batu. Dia ingin menenangkan fikiran yang agak berserabut waktu tu.

" Lusa aku nak kau bawa dia ke sini. Mr John nak jumpa." kata-kata Black, bossnya semalam kembali bermain di minda. Sebab itu dia membawa Faiz berjalan pada hari ini. Sebab esok mungkin Faiz akan menangis atau lebih teruk Faiz akan dibunuh.

" Khai, jomlah mandi! Best air ni. Sejuk!" Faiz ketawa. Gembira betul budak ni. Faiz ni umur aje dah dekat 28 tahun tapi perangai macam budak-budak. Dengan muka yang comel, babyface gitu memang tidak menampakkan yang Faiz tu dah menghampiri angka 3 umurnya.

And he had one of those manly body. Tall and builded. Did he had six pack also? Erk did I praise him? Oh God, I checked on him. What am I doing T.T

No Khai! Nope. You can't. Dia tawanan kau dan kau hanya buat kerja yang diarahkan. Yup dan esok kerja aku selesai. Tapi untung ada life macam Faiz. Duduk UK uruskan syarikat ayahnya, ada family bahagia tapi hari first balik aku dah culik dia. Haha poor soul!

"Senyum sorang-sorang! Gila ke apa?" percikan air dimukanya menyedarkan Khai dari lamunannya.

" Sorry sikit. Suka hatilah! Ambil ni! Balasan." Khai memercik air kearah Faiz.

"Ops tak kena." Faiz menjelir lidah dan dia kembali berenang sambil buat muka memprovoke Khai.

"Kau! Kau tunggu situ!" dan Khai turut masuk ke dalam air yang separas pinggang dalamnya. Dia memusing mencari Faiz. Kalau dia jumpa Faiz, memang dia nak selam Faiz dalam air tu. Biar dia lemas. Haha.

"Looking for me?" Kata Faiz yang muncul tiba-tiba dari belakang dan belum sempat Khai berpaling, terus menolak Khai ke dalam air. Faiz kemudian laju naik ke batu di tepi, lari dari Khai. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Khai yang baru naik ke permukaan, tercungap-cungap mencari udara. Tajam mata Khai memandang Faiz. Faiz makin galak ketawa.

"Kau!!!!!" Khai menahan diri dari memaki si kepala-masuk-air Faiz ni. Kemudian dia tersedar. Dia memakai baju putih. Dan kini dia sudah basah sepenuhnya. Nasib tadi dia tak terus berdiri. Dia ambil keputusan untuk terus duduk dalam air, hanya kepalanya yang dapat kelihatan di permukaan.

"Khai kenapa kau tak naik lagi?" soal Faiz. Dia mengelap rambutnya dengan tuala kecil yang dibawa bersama.

"Ni semua salah kau!" marah Khai. Faiz kerut dahi. Dia melihat Khai yang hanya kepalanya dapat kelihatan.

"Apa pula salah aku...." kemudian dia laju berpaling.

Ok that's my fault. She's wearing white shirt dumbass. And she's still a girl!

"Wei mangkuk! Apa lagi, bagilah tuala kau tu. Kesejukan aku dalam ni kau tahu!" Khai mengarahkan Faiz untuk menghulurkan tuala kecilnya yang memang dibawa bersama. Khai tak bawa apa-apa sebab dia tak tahu benda akan jadi macam ni dan dia memang tak rancang untuk basahkan dirinya. Dan si Faiz merosakkan segalanya. Faiz menghulurkan tuala kecilnya kepada Khai yang sudah bergerak dekat dengan batu tempat Faiz berdiri. Namun Faiz masih belum berpusing menghadap Khai. Kenapa mesti? Itu akan buat Khai malu. Dia berdiri dan turun dari batu itu untuk bagi laluan Khai naik. Dia memandang Khai sekilas dan dia mengeluh.

That's not enough to cover.

Dia mencabut t-shirt hitamnya dan mencampak ke arah muka Khai.

"Kau kenapa!" Kata Khai sambil cuba mengalih baju besar Faiz yang menutup pandangannya.

"Aku balik dulu. Ah! Bestnya dapat mandi air terjun!" kata Faiz tanpa memusing belakang dan terus dia berjalan pulang. Kata-katanya yang jelas kedengaran akward tu mengukir senyum di bibir Khai.

"Thanks idiot."

Tiba-tiba mindanya teringatkan perjumpaan esok. Perjumpaan Mr John dengan Faiz. Dia tak pernah jumpa Mr John tapi selama hari ini kumpulan dia menerima dari Mr John. Dan dari apa yang dengar, setiap orang yang diarahkan oleh Mr John untuk dicari, biasanya akan berakhir dengan kematian. Dia menggigil. Mr John adalah seorang yang sangat berkuasa dan nyawa manusia ibarat permainan baginya. Apalah nasib Faiz esok?

Kemudian masa yang mereka luangkan bersama tadi kembali bermain di mindanya. Tawa Faiz, senyuman Faiz....

I'll protect that smile. I promise.

***

Malam itu, selesai makan malam, Khai keluar lagi. Tinggal Faiz sendirian di rumah. Dia berbaring di katilnya. Keplanya di birai katil. Dia mengira-ngira hari dan waktu dia luangkan disini.

Berapa lama dah aku kat sini?

Kemudian dia teringat memori tadi siang. Dia tersnyum sendiri. Itulah kali pertama dia rasa begitu rapat dengan Khai. Dan itu meyakinkan dia bahawa dia tak silap. Tapi yakin ke dia dengan ini? Atau ini sebab selama ini dia tak pernah sebegitu rapat dengan perempuan? Ah apa-apa pun dia kena cakap soal ini dengan Khai. Cepat. Dia tak nak tengok Khai buat kerja macam ni dah.

Yes, by hook by crook I'll save her.

Falling For Miss Penculik [✔]Where stories live. Discover now